Selepas solat subuh saya, hubby dan adik sudah menyusuri jalan raya untuk ke KLIA, tujuannya untuk menjemput sepupu yang rapat dengan saya balik dari mengerjakan haji. Malam tadi dapat mesaj dari anaknya mengatakan flight ibunya akan tiba pukul 7 pagi tapi sampai kat airport tengok kat screen flightnya delay.
Punyalah ramai orang, yang kesian tu budak2 kecil pun ramai duduk kat lantai mungkin masih mengantuk agaknya dan datang dengan baju tidur pun ada. Biasalah kalau orang balik haji sanak saudara ramai yang datang menjemput walhal yang balik tu kadang2 cuma 2 orang aje.
Nak cerita sedikit tentang sepupu saya ni, saya anggap dia wanita yang cekal menempuhi hidup yang bermacam warna. Sejak berumur 7 tahun maknya telah meninggal dunia semasa melahirkan adik yang ke2, Inai masih merah dijari satu2nya adik lelaki meninggal dunia pula dan selepas itu anaknya yang berumur 20 tahun pergi pula untuk selama2nya.
Dari kecil tanggung jawab punyalah besar menjaga adik2 sementara ayah pergi bekerja. Ayahnya membujang sampai ke akhir hayat, tak nak kahwin lagi mungkin sebab terlalu kecewa dengan kematian isteri. Kadang2 adik yang masih bayi dijaga saudara mara yang berdekatan, tapi hanya sementara saja. Berhenti sekolah setelah tamat darjah 6 dan semenjak itu tanggung jawab sepenuhnya dipikul sendirian.
Waktu malam setelah adik dijaga ayah masa tulah dia belajar sendiri kerana tak mahu cicir dalam pelajaran. Baca buku Inggeris yang mudah dibaca dan difahami dan tak kurang juga buku ilmuan yang kadang2 dipinjam dari sepupu atau dari kawan2 sekampung.
Setelah berumur 19 tahun berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga dan mendapat 4 orang cahaya mata. Rezekinya begitu murah, sekarang duduk dirumah besar dan dia juga punya beberapa buah rumah yang lain. Pandai bawa kereta sendirian kemana saja dan agak terkejut kalau saya katakan dia pandai berbahasa Inggeris.
Siapa sangka orang yang tak tinggi sekolahnya tapi boleh setanding dengan orang2 yang berpelajaran dan inilah yang dikatakan ...Tuah ayam nampak dikaki...tuah manusia tiada siapa yang tahu.
16 comments:
dah lama x baca paper n tgk brita..jemaah haji dah start balik yer...sungguh ketinggalan berita la sya ni
tabahnya sepupu Zai menjalani hidupnya...mudah-mudahan rezeki allah terus menyebelahinya.
Alhamdulillah dah selamat pergi dan pulang..begitulah kann kenkadang hidup nie macam roda kalau kiter dibawah tak selamanya akan dibawah tapi bila diatas jangan pula lupa memandang kebawahhh...
Tabah sungguh diyer.kagum..diyer berhak utk hidup lebih bahagia setelah hidup menderita...
salam Zaitun,
Usaha tu tangga kejayan...allah tu maha pengasih.dia akan beri kejayaan kat sapa2 yang rajin berusaha....
Alhamdulillah dah selamat blk dah yer...itulah rezeki Allah kan kak...susah dahulu tidak bermakna dia akan susah selamanya...dan begitulah juga kalau kita senang hari ni belum tentu kita akan senang juga selamanya..apapun syukur pada rezekiNya.
Allah Maha Pengasih. Itulah balasan pada orang yang sanggup bekorban demi2 keluarga terutama ayah dan adik2.
Semoga beliau mendapat haji yang mabrur.
moga sepupu kakzai mendapat haji mabrur
kebaikannya menjaga keluarga semasa kecil telah diberi ganjaran
itulah reality kehidupan..rezki yg Allah bagi brbeza2..ada yg susah dulu ,tpi akhirnya dia murah rezki..semuanya takdir Dia..kita cuma berusaha,berdoa dn bertawakal..
Betul lah pepatah tu Zai..tuah manusia hanya Allah saja yang tahu.
Selamat pulang kepada sepupu kak zai...semoga hidupnya sentiasa dirahmati Allah
Salam Kak zai..
Akak, hidup kita ni kalau kita mahu berusaha...memang ada hasilnya..Kan Usaha tangga kejayaan...
Saya kagum dengan sepupu akak tu....itulah, kita ni jangan pandang orang pada tahap pendidikan saja...sebab kalau pandai tapi tak pandai menggunakan ilmu tu...tak guna jugakkan akak..
Salam Kak Zai...
Allah tu Maha Adil.. setiap insan telah tertulis rezekinya....
Semoga beliau mendapat haji yg mabrur.
Buat semua yang meninggalkan komen
Terima kasih buat kawan2 yang mendoakan sepupu saya,mudah2an segala doa akan dikabulkan,amin.
alhamdulillah...
setiap manuasia memang dah ada perancangan dariNya juga kan kak...
tabah ya sepupu kak zai..Alhamdulillah..orgnya kuat berusaha utk memajukan diri sndr dan yg paling penting sanggup berkorban demi adik2 tersyg...keikhlasan nya di balas Allah dgn kemudahan hidup dia..Alhamdulillah..mudah2an kehidupan dia seterusnya terus diberkati Allah hendaknya..Amin
Sekejaaaap aje rasanya. Rasanya baruuu aje menziarah orang nak pergi ke Mekah, ni dah dengar orang balik dah... Semoga sepupu Zai tu, mendapat haji yang mabrur... Alhamdulillah, atas kecekalannya...
Post a Comment