Salam....terlebih dahulu saya minta maaf sebab tak dapat membalas comment2, masa mengejar saya insyaAllah bila waktunya dah tak ribut akan saya balas. walau macamana pun semua comment saya baca dan terima kasih buat semua.
Sambungan cerita percutian saya....kali ni nak cerita tempat yang sangat saya suka, tempatnya kawasan tinggi udaranya bersih, ada hutan2 teringatlah pula suasana dikampong. Saya ke Bogor ( dah dekat Jakarta ) untuk ke Taman Safari, perjalanan memakan masa dekat 3 jam. Tak ada highway untuk kesana, jalan sempit dan agak sibuk. Banyak pekan dan kampong di sepanjang jalan, itu yang membuatkan perjalanan agak lambat, rasanya kalau highway lebih cepat sampai.
Tiket nak masuk kesini sebanyak rp85,000 seorang, kawasannya luas tak boleh keluar dari kereta tapi dihujung taman ini ada disediakan sebuah lagi taman binatang, disini kita boleh keluar dari kereta dan bergambar dengan binatang2 yang disediakan tapi kena bayar tau. Sebelum sampai ke taman ni kat tepi jalan ada ramai orang menjual pisang dan karot untuk diberi makan pada binatang kat dalam nanti. Kalau nak murah suruh aje pemandu yang beli. Sebelum masuk juga kalau rasa nak buang singgahlah ke tandasnya simple aje tapi cantik dan bersih.Waktu petang masa saya nak balik pun masih bersih.
ada pintu gerbang setiap tempat binatang
Setiap kumpulan binatang diasingkan dengan pintu2 yang unik.Ada jalan sengaja dibuat ada air supaya binatang tak melintas.
akar pokok yang masih hidup
tempat monyet
unik
Banyak landskaps disini menggunakan bahan buangan.
kawasan ni sejuk, ada rainbow
train
baca kat signboard tu
kawasan gajah
jadual pertunjukkan
kawasan ini boleh keluar dari kereta, didalamnya ada banyak lagi binatang2 dan burung2.Landskapnya cukup cantik.
kedai sourvenir
tempat makan halal
dalam hutan
dalam restoren ada pokok
Kami makan kat restoren ni ada bertingkat, makan sebelah atas sebab nak tengok pertunjukan gajah. Belalainya boleh capai restoren yang tak berdinding. Saya cuma boleh makan garlik bread sebab bila angin bertiup bau najis gajah membuatkan saya tak berselera.
taman mini
station penghabisan
pelakon tambahan hehehe....
kambing gurun
Di kawasan ni binatang akan datang ke kereta dan kita kena bagi makan kalau tak nanti tak boleh lalu. Jangan buka tingkap luas2 sebab kepala kereka akan masuk ramai2.
kawasan ni tak boleh buka tingkap, ramai penjaga ada dalam kereta safari memerhati dari jauh.
tengok yang melekap tu, bulu sampai tak nampak muka
Boleh bergambar dengan harimau ni tapi kena beli tiket.
cantik dan bersih kulitnya
bayar tol... baru boleh lalu
27 comments:
cerita jalan2 yang pasti akan terkenang2...
jika bawak anak kecik Cm ni pasti seronok:)budak budak suka lihat binatang yang macam macam ni.
JunAina
Masih lagi teringat...orang kata banyak berjalan luas pandangan, lain rumput lain belalang... ehh betul ke ni? hehe...
cikmanggis
Salam cm...memang seronok lain sikit dari zoo dinegara kita.Budak2 lagi suka sebab boleh suap makanan kemulut binatang.
Assalamualaimum,
Seronoknya dapat berjalan-jalan macam ni yer. Terima kasih berkongsi gambar dan cerita.
Teringin rasanya ke sana.
Salam,
Syoknya...takut pun ada jugak,Kak ros tengok la tempat ni macam dalam filem jurasik park ja...
Kak zai..
kenangan indah yg akan dikenang sampai bila-bilakan akak...:)
seronok tengok binatang2 tu..lain pada zoo kitakan..
Memang gebu-gebu binatang kat situ ya.. makan jamu kut...
Kak Zai... jalan2 di Bandung ye... bestnya... saya dah lama teringin nak ke sana... Insyaallah satu hari nanti...
dalam zoo tu,mesti penat pusing2 kan,kawasannya luas..
tapi tak jadi masalah kerana seronok pergi ngn keluarga..
Memang benar kak ZAi. Kreatif sungguh orang indon ni membina tembok-tembok/kota-kota lama yang ala2 dah nak roboh macam betul2 pula.
teringin nak ke sana.....tentu seronok kalau bawa anak2...
Seronok ikut pekej ni nampaknya... Puas hati dapat melihat banyak tempat2 menarik..
kunang-Kunang
Salam...memang seronok sebab disana banyak tempat2 menarik lepas tu boleh shopping sakan hehehe....
Ros
Salam...kawasannya memang luas tapi tak takut sebab orang ramai lagi pun kita tak keluar dari kereta,hanya sebahagian kawasan saja yang kita boleh jalan2.
azi
Setiap tempat yang kita pergi mesti ada kenangan yang tersendiri kan.
Binatang kat Taman Safari tu ada juga kat zoo negara kita tapi bezanya binatang disana sihat2 dan cantik2.
che mid
Mungkin terlebih sihat sebab banyak makanan. Setiap pengunjung yang lalu akan menghulurkan makanan,bersepah2.
aNIe
Boleh aje...tengok kalau ada tiket murah kat sana jalan sendiri tak payah pakai package.
sal
Kawasan memang luas tak penat pun sebab kita duduk dalam kereta,hanya sebahagian aje yang kita boleh jalan sendiri.
Nieda
Memang betul kan persekitarannya dan binaanya cukup unik,agaknya sebab tu binatang kat sana sihat2.
MulutPayau
Kak Zai rasa budak2 memang seronok tambah lagi boleh tengok binatang2 berkeliaran dan boleh suap mereka makan,teruja sangat sebab cantik.
kamariah Awang
Saya pergi tak guna package tapi guna khidmat hotel,lebih murah dan selesa.
African Village???... wah, dah macam kat South Africa pule...:)
Nida
Unik kan... macam2 nama ada,itu yang special tentang Taman Safari Indonesia.
salam Kak Zaitun
Bandung,cantik kan tempatnya
tqvm kak,sudi bertandang ke blog saya
Seronok Kak Zai, macam dekat safari layaknya sebab kenderaan boleh masuk menyusuri... Cuma agak ngeri kalau binatang tu dekat kat cermin kereta kan.... bestnya kak zai:)
bestnyer tgk gambar-gambar kak zai ni..saya lum pernah sampai lagi bandung ni...nanti blk dok Malaysia bolehla jlnx2 ke sana:)
Post a Comment