Friday, November 18, 2011

Anjingkah Dia....

Salam.....

Semalam saya singgah ke rumah kakpah, dalam n3 nya dia menceritakan kekesalannya terhadap banyak sangat hutang yang tertunda masih belum dibayar. Dah dekat hujung tahun lagi pun sekolah sudah pun mula bercuti.

Hari ini saya terpanggil untuk meluahkan perasaan saya yang dah lama berbuku disebabkan dengan hutang yang tidak dibayar. Bulan Januari yang lalu seorang kawan hubby meminjam wang dari hubby tanpa pengetahuan saya. Satu hari saya terjumpa buku cek dan dengan tak sengaja saya terselak. Amat terkejut bila nampak ada satu keratan cek bernilai Rm 15,000 baca betul2 ya... takpe saya tulis dengan perkataan... lima belas ribu ringgit Malaysia. Mulanya saya ingat Rm1,500 saya gosok mata berkali2 tapi memang betul apa yang tertera.

Agak kecewa sebab dia bukan orang susah, punya 2 perniagaan itu pun yang saya tahu yang lain tak tahulah kalau ada lagi. Bulan puasa yang lalu hubby cuba meminta untuk dijelaskan, adik ikut sama ke rumah sipolan. Menurut adik rumahnya tersergam indah, kereta berderet2 depan poach, Mercedes pun ada.

Hubby mengadu dengan sepupu kedatanganya tempohari ke rumah sipolan disambut amat dingin sekali, macam meminta sedekah. Tidak lagi bermanis muka dan menjauhkan diri. Minggu lepas saya diberitahu dia buat kenduri kahwin anaknya tapi kami tidak dijemput.

Hubby memang selalu merahsiakan benda2 macam ni dengan saya sebab saya agak tegas. Saya akan mengkaji dahulu adakah perlu membantu atau sebaliknya. Itu sebabnya bila ada masaalah hubby tidak akan merujuk kepada saya. Mungkin nak berkongsi dengan masaalah, hubby mengadu dengan sepupu.

Bagai melepaskan anjing yang tersepit....

Kalaulah kawan2 semua ditempat kami apalah agaknya yang harus dilakukan, minta cadangan yang sebaik2nya supaya kami dapat semula duit yang diberi pinjam.

20 comments:

cikmanggis said...

masyallah..banyak tu Zai..rasanya dari apa yang zai tulis ni si polan tu mmg tak berhajat nak membayar hutang tu..susah zai jika duit dah di tangan orang.....berdoa saja lah agar di lembutkan hatinya untuk membayar nya...

lemongrass said...

Memang banyak tu Kak Zai. Kalau kami, rasanya tak sanggup nak bagi pinjam duit banyak tu kat kawan.
Hubby kak Zai takde buat perjanjian bertulis ke masa pinjamkan duit tu? Kalau ada, senang sikit nak mintak.
Macam mana lah dia boleh tidur lena ye dah oinjam duit tak bayar balik.

azieazah said...

Sebaiknya berbincang cara terbaik untuk orang tu boleh memberikan komitment membayar semula. Ansuran mungkin...
buat perjanjian terhadap janji pembayaran tersebut, sama-sama tandatangan sebagai setuju dan adil.

Pendapat saya.

Zaitun said...

cikmanggis

Saya ingat pun macam tu,sebab tu dia cuba menjauhkan diri.Rasa nak buat sembahyang hajat tapi tak sampai hati pulak.

Zaitun said...

lemongrass

Kalau ada buat perjanjian bertulis senang bawa ke mahkamah aje.kak Zai rasa dia kaya raya pun sebab menipu orang,business tu dibelakang tabir aje.

Zaitun said...

azieazah

Dah bersemuka suami isteri lagi,dah berjanji bayar bulan2 sampai hari ini masih tak nampak duitnya.

saniah said...

kak zai..saya nk cerita ni..bkn nk menunjuk ya..gini..husband saya pernah mengalami keadaan yg sama..satu kontraktor (kwn husband) nk lobi satu projek gomen ni..takde duit so diaorg minta pinjam dr husband saya..konon mereka akan lantik husband sbg salah seorg consultant bila dpt projek ni dan dijanji akan memulangkan semua jumlah wang tersbt tak kira lah dapat ke tidak projek tu...

husband buat perjanjian bertulis dan sbg nya..tau tak berapa kak zai? 180k++ yg ++ tu sbb saya rasa husband tk cerita habis kat saya...

dan yg geram nya projek tak dpt dan duit yg di pinjamkan pun lesap...dan mereka ni bkn calang2 org...datuk datuk semua...sampai la ni saya tak halal kan sebab pada saya lah kan..saya pun ada hak ke atas duit tersbt..:( geram kan

itu jelah nk cerita...dipendekkan cerita...jgn mudah kesian kat org...nanti diri sndr yg susah..betul kak...saya sekeluarga dah terkena..

sal said...

payah nak pinjamkan duit pd org yg tak sensitif nak bayar semula yee..

brdoa jelah moga digerakkan hatinya untuk membayar hutang yg telah dipinjamkan..

Unknown said...

byk tu kak zai..kena hati-hati sama kalau nk pinjamkan pada org ni kan.agaknya org tu memang jenis suka pinjam duit org pastu tak ingat nak bayar blk kot.semoga dia sedar dan bayarkan blk la kan...sama-sama kita berdoa yer kak.

Acik Erna said...

Assalam zai..baiknya hati suami bagi pinjam dengan orang yang berada macam tu..kalau betul pun susah..orang tu boleh jual aje kereta dia yang banyak tu kan..buat la apa cara pun zai..buat sembahyang hajat..bukan sikit tu zai..

Kakzakie Purvit said...

Pada kakak duit itu terlalu banyak kak Zai. Memang patut pun abang kena pergi tuntut. Cuma susahnya bila pinjam macam ini tak ada black & white. So kalau buat aduan tak ada bukti duit itu dia yg ambil. So cara terbaik kena bagi dia tempoh lunaskan bayaran itu walau secara ansur. Setiap kali pergi menuntut juga kak zai kena ikut sekali supaya kak zai juga dapat bersuara sama.

itu pandangan kakak, maaf ye kak zai. pada kakak jumlah itu terlalu banyak.

Zaitun said...

saniah

Ya Allah banyaknya,tak tahu nak cakap apa. Boleh tak lena tidur kalau fikirkan,susahnya kita menghimpun duit last2 orang lain yang enjoy dengan duit tu.

Saniah dan hubby tak nak bawa kes tu ke mahkamah ke?

MulutPayau said...

Bila nak pinjam...muka mmng manis..tapi nak pulangkan balik mmng liat...macam kita ni musuh pulak...kat mana2 pun ada orng mcm tu kak zai....Semoga Allah membuka pintu hatinya utk mmbyar duit tersebut...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

MasyaAllah...banyaknya Kak Zai.
Sanggup makan hasil kengkawan.

Semoga suami Kak Zai dapat semula duit yang dipinjamkan.

sekadar satu coretan said...

Byk tu kak zai... Mmg kene tuntut..kalau saya mmg tak halalkan...bile mase nak duit kemain lagi janji2manis dia org ni kan....

Hubby saye pn ade gak terkene dgn kwn dia sampai sekarang mmg dia serik la...nk kasi org pinjam duit...kalau setakat sikit2tu x pe la jugakkan....

ibuintan said...

banyaknya kakzai... rasanya orang tu memang tiada niat nak bayar, buatlah solat hajat kakzai.. minta Allah lembutkan hatinya untuk bayar hutang itu

azi said...

Salam Kak zai..
Akak..memang pedih dan sakit hati "melepaskan anjing " yang tersepit ni...saya tahu betapa sakitnya hati akak, sebab yang meminjam tu bukan orang susahkan...lepas tu bila nak minta balik...layan kita macam kita yg.pinjam duit diorang...:(
kes akak macam saya...sepupu Cik Abang pinjam RM 15,000.00 jugak...dah lama dah..mula2 bayar ok le..sikit2...dalam RM 6,000.00 dia bayar...tapi lepas tu senyappp...nak kata susah...kereta mewah berkilat2, banding dgn keta kita ni...memang org tak pandang le..jumpa selalu bila balik kampung...tapi buat selamba saja...isteri pulak punyalah berlagak...geram saya kak..bilalah dia nak bayar balik Rm9,000.00 tu..Cik Abang pulak tak nak bising..saudara le katakan...

Anonymous said...

Zai,

Banyaknya dia berhutang yer. Lepas tu pandai2 buat tak tahu. Ramai yang terkena macam tu. Kak Ani ni pun salah seorang yang menerima nasib yang sama.

Apa nak buat. Sepatutnya tak payah tunggu diminta. Ingatlah berhutang ni kalau mati, roh kita tertahan tak boleh naik kelangit.

Kamariah Awang said...

Susahnya kalau duit dah jatuh ketangan orang, yer Zai... Ma tak ada idea nak tolong camane, cuma berdoalah, buat sembahyang hajat.., sebab banyak jumlahnya tu bukan sikit2.
Orang yang menanggung hutang tu pun takkan senang duduknya dunia akhirat. Diakhirat nanti segala amalannya tergantung, dan segala ganjaran pahala dari amalannya akan jatuh ketangan orang yang memberi pinjam... Itu sajalah buat penyejuk hati kita.... Bersabar yer, Zai...

Nieda said...

Banyaknya kak Zai. Itu yg susah, belum dapat muka manis, dah dpt hampehh.

minta dia bayar2 sikit2lah kak zai