Monday, September 19, 2011

Ziarah n Terima Tetamu.

Minggu yang agak sibuk, pergi menziarahi sanak saudara, menghadirkan diri ke rumah2 terbuka dan semalam menerima tetamu berkunjung kerumah pula.

Sabtu tengahari kerumah terbuka anak buah hubby di Puncak Alam, sesat jalan bukannya tak pernah pergi tapi tak tahu macamana boleh sesat. Dah sampai ke lokasi nak mencari rumah pula berpusing2, talipon anak buah minta alamat rumah, tanya orang2 kat tepi jalan barulah jumpa, punyalah sakitnya hati rupa2nya lorong ke rumahnya cuma dibelakang jalan yang dah berpusing2 dua tiga kali haisss....

Dah sampai rumah anak buah macam2 makanan dihidangkan biasalah kalau pergi rumah terbuka cuma perut aje yang tak lalu nak makan semua. Ambik sikit2 supaya boleh dapat rasa semua juadah. Alhamdulillah dah kenyang angkat kaki balik rumah.

Pagi Ahad menerima tetamu pula dari pagi sampai dekat maghrib baru semuanya balik. Bila semua dah balik adik jadi mangsa, tolong kemas rumah, tolong kemas pinggan mangkok dan macam2 kemas. Al maklum juga kalau ada kanak2 mesti mainan dikeluarkan, bila dah balik semuanya berterabur. Kalau mereka leka main barulah senang mak dan ayah  makan dan bersembang. Taktik untuk melekakan kanak2.

Selepas maghrib saya tertidur sebab terlalu penat, bila sedar dah dekat pukul 9.30 malam. Terasa  perut lapar, ajak adik makan lepas tu sembang sekejap, cal Mimi nak wish sebab ari ni dia final exam untuk semester ni. Semoga akak mendapat good result sebagaimana biasa, insyaAllah.

Hari ni saya puasa sunat Isnin sebab temankan adik buat puasa 6 dia yang masih berbaki.

11 comments:

cikmanggis said...

Dah hujung hujung syawal ni mmg berebut rebut orang buat rumah terbuka.Cm tak buat rumah terbuka sebab tak cukup kaki tangan hehe.Rumah sentiasa terbuka:)..hai badan pun dah kembang semangkuk penangan rumah terbuka.Good luck buat adik mimi.

Kakzakie Purvit said...

Hari ini kakak tak berpuasa Kak Zai. Mood nak makan menjadi-jadi hihi... Moga mimi berjaya seperti selalu...

Buat adik syabas tolong mama kemas rumah dan segalanya...

Nieda said...

Mesti seronok raya
bila jalan ke rmh terbuka.

kadang2 tak tahu nak makan apa bila juadah penuh di meja.

Kak zai , gambar roti tak boleh tempek ,habis masuk perut.

sal said...

salah jalan..tu yg lambat sampai, terasa penat yee..

di sini pun bnyk rumah terbuka..dah berat rasanya badan, asik makan jee..

sonata anak kancil said...

memang tak larat perti jemputan open house ni-tp org jemput pergi punya...jemputan kawin pun ada jg...kita mkn tempat org ke - atau kita masak utk org datang ke..pokoknya .... kita pun sama2 banyak makan!!!! ha3x...tanggung aje le

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak Zai....

Mood raya tak habis lagi ya kak...seronok pergi rmah terbuka...Tapi yg tak tahannya tak dpat kntrol makan...bdan makin mnggebu...

Acik Erna said...

assalam zai..kebawah rupanya komen pergi..tak perasan..he he

Kamariah Awang said...

Hahaha.. kalau sesat lepas makan, takpelah jugak... Ni sesat belum makan, manalah tak geram. Heehee, gurau aje, Zai...

azi said...

Salam Kak Zai..
Walaupun penat tapi seronok kan akak terima tetamu...saya ni jauh, kalau dekat, nak jugak beraya rumah akak...he..he..teringin nak rasa masakan akak...:)

Bibu said...

belom penh menerima kujungan tetamu dihari raya.kalo kat umah mak selalu penuh gan tetamu.umah sendiri pun tak de.hehehe...kalo le kita tak cukup kaki tgn kot.perlu ambil maid sementara ke?hahaha...abaikan.

sonok, bila tetamu balek dgn perut kenyang.

kpah k-poh Sharifahnor said...

dah tak de mood raya dah..cik eton..tapi kempunan jugak ler nak makan rendang daging..hmmmm...