Wednesday, September 28, 2011

Mengimbas Kembali

Dulu sebelum anak lelaki saya mendapat kerja dia pernah mengusahakan kebun, kebetulan jiran rumah lama punya tanah yang terbiar tapi taklah berpuluh ekar. Dia mencadangkan supaya anak saya menanam cili, masa tu harga cili melambung tinggi. Anak saya menggunakan duit insuran yang dia dapat semasa dia accident motor. Puluh ribu juga dia membelanjakan untuk tanaman tu. Dari menebang segala pokok dengan menggunakan traktor dan membeli segala peralatan untuk menanam cili. Modal menanam cili memang besar sebab dia ditanam dalam pollybag dan agak rumit untuk menyelanggarakannya.

tanaman cili

 Anak saya menanam cili api, cili merah dan selingan ada sayur2an. Alhamdulillah berkat gigih tanamannya menjadi. Masa tu dia dibantu oleh seorang kawan masjid hubby yang baru bersara. Menyerah diri untuk membantu lagi pun sebelum ini kerjanya memang berkaitan dengan pertanian. Katanya dia juga tak perlu bekerja susah payah sebab 2 orang anaknya yang berkelulusan luar negara dah bekerja dan  boleh meringankan perbelanjaan.

antara sayur yang ditanam
fresh kan... buah baru dipetik

Setiap pagi bila anak saya dah mengatur segalanya dia akan balik kerumah. Biasalah orang muda mana betah sangat nak berlama2 duduk dikebun tapi kadang2 dia keluar mencari barang untuk menambah keperluan. Anak saya juga punya seorang pembantu indon. Percaya sepenuhnya pada kawan hubby, dalam diam kawan hubby membuat strateginya sendiri, order barang dengan harga yang sengaja dinaikkan, lebih duitnya masuk poket, jual tanah / sabut yang dah dimasukkan dalam pollybag dan jual semaian anak2 cili secara sembunyi. Bukan itu saja selain gaji dia minta duit untuk merepair kereta dia (beribu) selain makan minum dan rokok ditanggung anak saya.

Satu hari tembelangnya pecah bila terbaca kisah kebun anak saya masuk dalam surat khabar tapi bukan nama anak saya sebaliknya nama kawan hubby. Kononnya dialah yang mengusahakan kebun tu dengan bantuan isteri dan modal yang berpuluh ribu, bangga menjadi petani berjaya. Tak lama pula seorang pelanggan (misteri) yang dah biasa membeli anak2 cili bertanya adakah dia menerima duit hasil jualan yang diberikan pada kawan hubby. Ramai lagi pelanggan (misteri) lain yang menalipon minta untuk menambah pembelian semaian anak2 cili dan sebagainya. Masa tu baru tahu yang anak saya sudah dipergunakan dan ditipu.

Saya dan hubby pergi berjumpa dia dikebun, berbincang dan akhirnya bergaduh, alasan yang diberi anak saya selalu tak ada dikebun dan sebab itu juga cerita dia yang terpangpang kat surat khabar. Mustahil tak ada temujanji kalau wartawan datang nak buat liputan, ingat orang bodoh ke? Disebabkan anak saya terlalu kecewa dia menjual segala2nya dan sekarang kebun tu dah menjadi hutan semula.

Cerita ni sebenarnya dah lama dan anak saya dah pun bekerja tetap tapi saya teringat semula sebab semasa saya menuggu roti canai yang saya order disebuah kedai makan saya nampaklah biawak ni (boleh ke) sedang makan dan bersembang rancak dengan rakannya2. Saya pandang kearahnya... ALAHAI...dalam hati kau masih punya hutang yang banyak pada anak aku. Berlagak seperti orang alim pakai kopiah sana sini tapi perangainya macam syaitan.

TUNGGU  ' DISANA ' NANTI

19 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Zai,

Sedih baca kisah anak Zai tu. Kesian betul.

Tapi percayalah dia takkan senang dengan penipu orang. Mudah2an anak Zai diberikati Allah apa jua usaha yang dilakukannya.

lemongrass said...

Salam Kak Zai,
kesiannya anak kak zai kena tipu dengan orang yang lebih berumur yg sepatutnya menjadi contoh yg baik kan.
Doa orang yg teraniaya ni slalunya didengar Allah. Orang tu akan dapat jugak balasannya nanti, kita tunggu aje kan.

Tirana said...

Kak Zai, orang yang menipu, satu hari dia pula akan ditipu oleh orang lain. Masa tu baru dia tahu langit tinggi atau rendah.

JunAina said...

kopiah kat kepala boleh jatuh kalau nak dikira bab duit dan harta dunia. kopiah bukan melambangkan iman!

sekadar satu coretan said...

tak berkat hidup dia kak zai..kalau dah menipu jer kerja dia tu...

Amie said...

kena hati-hati pada bila-bila masa dan pada apa-apa keadaan sekalipun.....hmmmm namanya juga manusia ye... mesti banyak moral & pengajaran yang Kak Zai & family dapat dari peristiwa itu.

MulutPayau said...

kak Zai..kesiannya anak kak Zai....Suatu hari nnti, pasti dia mndapat balasan atas apa yg dilakukannya...

suri solehah said...

tumpang geram baca cerita kak zai ni..sayangkan projek tu berpotensi tapi sebab sikap manusia jd camtu

Unknown said...

assalam Kak Zai, sedih dgr ceter akak ni...memang tak berkat hidup org menipu ni kan..semoga mendapat balasannya nanti.

Acik Erna said...

assalam zai..kata zai baru pencen..macam tu ke pearangai dia..dasyat betul kesian le ngan orang muda yang baru nak membina kerjaya patutnya kan..
anak zai tanam cili cara fertigasi..memang mahal beanja dia..tapi haraga jual pun tinggi

azi said...

Salam Kak Zai..
Ya Allah!..sanggup dia buat anak akak macam tu...sedih sangat saya kak...akak apatah lagi ye..

Itulah..manusia sekarang ni susah sangat nak percaya...kopiah putih atas kepala pun belum tentu hatinya seputih itu...

Nieda said...

kesian dan sakit hati.

Kamariah Awang said...

Tumpang sedih... Biasalah kak Zai, konon dekati masjid, tapi topeng aje tuu...!

Kakzakie Purvit said...

Benar Kak Zai... Allah tidak memungkiri janji. Kalau jahat pasti balasannya jahat begitulah sebaliknya.... Cuma terkilan sebab anak kak zai dah berusaha gigih bahkan memberi sepenuh kepercayaan ini balasannya...

Alhamdulillah dia dah ada kerja tetap itulah Allah adil kan Kak Zai

sal said...

sedih baca kisah ni..
sabar ye..
moga Allah mengantikan rezki yg lebih baik..

ibuintan said...

kesian anak kakZai... tak sangka kan, orang tua yg sepatutnya memberi tunjuk ajar dan bimbingan, ini dia pulak yg membuat onar


pasti ada balasan Allah untuknya kelak

LadyBird said...

kawan makan kawan.. memang xpatut jadi kawan..

Granny Hani said...

Allah itu satu!

azieazah said...

Allahuakbar, sampai hati menganiayakan tempat dia cari makan. Bagi makan anak bini plak tu.

Sedihnya saya baca Kak Zai....
Kesian.

takpa, doa orang teraniaya ni sering makbul.