Wednesday, February 15, 2012

Di Hujung Jari

Salam...

Selalunya kalau saya buat kuih keria/gelang selain keledek saya hanya menggunakan tepung gandum. Tapi semalam saya mencuba recepi dari cikmanggis. Dia menggunakan tepung pulut dicampur dengan tepung gandum, ternyata kuihnya lebih lembut dan sedap. Saya berani kata ianya memang lebih sedap sebab my hubby makan banyak. Mulut my hubby susah menyebut perkataan sedap tapi kalau dia makan banyak bermakna makanan itu memang sedap.

kuih keria

Ini pula goreng cempedak, goreng hari Isnin lepas.  Sekarang kan musim cempedak kat mana2 ada  jual. Saya beli sebiji aje rm7 cantik dan banyak isinya, memang berbaloi.



Kek pisang ini recepinya saya ambik  dari sini, sedap juga tapi agak kering kemungkinan kurang pisang sebab pisang yang saya gunakan agak kecil.

kek pisang

Senangkan... kalau teringin nak masak apa jua masakkan tengok saja kat internet semuanya ada. Kalau dulu saya selalu masuk kelas memasak tapi sekarang tidak lagi. Semuanya ada dihujung jari, rajin atau malas. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih khasnya pada cikmanggis dan jintanmanis dan juga pada semua penyumbang recepi kat internet.


Monday, February 13, 2012

Kurang Serasi

Salam...

Saya pernah tanam banyak jenis bunga raya tapi yang hidup cuma 2 colour aje, yang lain semua mati. Itu pun yang bunga warna putih tak berapa nak subur. Setiap 2 minggu letak baja tapi tak mau juga subur. Yang bunga merah pokoknya hidup subur tapi bunganya pulak sekuntum2 aje. Pernah juga beli bunga raya yang bunganya besar tak lama mati juga. Mungkin saya tak serasi menanam pokok bunga raya.

bunga raya putih
cantik kan
 pokoknya tak berapa sihat
bunga raya merah
pokoknya sihat
 
bunganya sekuntum2 aje
Gambar kat bawah ini kalau lg tengok mesti gelak guling2, mana taknya nak kata cili padi buahnya besar nak kata cili merah terlalu kuruslah pulak. Cili ini baru aje saya petik dari 2 biji pasu yang saya tanam cili. Tangan saya langsung tak serasi kalau menanam sayur2an. Bubuhlah baja apa pun hidupnya tak akan subur macam tanaman yang ditanam lg. Kalau pokok orkid mau aje hidup dah tu berbunga pulak walaupun batangnya dah kurus dan layu.

cili yang baru dipetik



Sunday, February 12, 2012

WC

Salam....

Pagi tadi saya ke Pudu Central menghantar anak yang nak ke Kulim, Kedah. Dia tak nak bawa kereta sebab lebih senang dan tak penat. First time saya masuk ke Pudu Raya ( nama lama) setelah diubah suai. Bangunannya tak banyak sangat berubah cuma banyak tempat2 yang diperbaharui dan teratur. Tapi kali ini saya bukan nak cerita pasal Pudu Central sebab dah basi orang pun dah berpuluh kali ke sana. Benda yang saya nak cerita hari ini berkaitan dengan tandas di negara kita.

Tak kisahlah bila nak masuk tandas dikenakan bayaran sebanyak 30 sen bukan mahal sangat pun tapi yang tak seronoknya tandas tak bersih. Tandas tu baru aje beroperasi tapi tak macam tandas yang baru di ubah suai. Waktu saya masuk pagi tadi orang pun belum berapa ramai. Tengok tandasnya dah kotor macam tak dicuci beberapa hari. Tak nampak pun orang2 yang ditugaskan untuk mencuci dan menjaga kebersihan tandas.

Sikap  kurang ada tanggung jawab dikalangan rakyat jelata (sekali lagi guna perkataan ainnoraini hehehe) pun harus diambil kira.Tissue bertaburan walaupun dah disediakan tong sampah, hose paip dibiarkan jatuh ke lantai sedangkan ada penyangkutnya dan yang paling saya terkejut ada orang yang menghempas pintu dengan begitu kuat sekali bila masuk ke tandas. Rasanya kalau semua orang melakukan benda yang sama memang tak heran pintu tu tak lama lagi akan kopak.

Ada juga sesetengah orang yang menggunakan tandas duduk bertenggek bila menggunakanya, kalau tak percaya tengoklah pelapit tempat duduk mesti ada tanda kasut. Nak kata tak tahu nak gunakan tandas macam tu entahlah, saya pun tak tahu nak cakap, maka sebab itulah bila saya masuk ke tandas saya akan menyiram semua mangkuk dan lantai tandas sebelum menggunakannya.

Saya pernah pasang angan2 kalaulah saya jadi first lady saya nak jadikan tandas dinegara kita yang terbersih didunia biar semua orang dan pelancong yang datang akan memuji. Kita kan sedia maklum banyak benda2 yang ada dinegara kita banyak yang TER, tak salah kalau angan2 saya di jadikan kenyataan, tandas yang TERbersih. Setiap tandas diletakkan bunga tak payah bunga mahal2 cukuplah setakat money plant lepas tu masukkan dalam botol air mineral. Negara yang kaya dengan alam flora kan ke cantik kita terapkan ke semua tempat ada kehijauan.

Berbeza dengan sesetengah negara walaupun penduduk mereka padat tapi tandas mereka bersih dan cantik walaupun tidak bertaraf elit. Contohnya di Indonesia, saya dah pergi ke Medan dan Bandung ternyata tandas mereka memang bersih. Kalau nak cerita Singapore, Uk dan ada bebeapa negara lain yang saya dah lawati tandasnya memang bersih. Bukan saya nak memburukkan tentang negara kita tapi ada benarnya. Kadang2 saya berasa segan bila menantu saya nak gunakan tandas awam yang majoritinya memang kotor. Maaf kalau ada pihak yang kurang senang tentang subjek yang saya ceritakan.

p/s: Dalam kereta masa nak balik tadi dengar lagu Janji manis mu nyanyian Aisyah, lama tak dengar, syahdunya...

Friday, February 10, 2012

Masaalah Rambut

Salam...

Semalam saya bawa adik ke salon. Dah lama dia complaint pasal rambut, katanya dia dah tak larat dengan rambut panjang. Bila nak ke sekolah ambik masa yang agak lama untuk berdandan dan begitu juga kalau nak syampoo rambut. Sejak akhir2 ini pula dia selalu mengalami pening kepala mungkin sebab hari terlalu panas dan jangka masa dia bertudung terlalu lama sebab dia stay kat sekolah kadang2 sampai ke petang.


 gambar masa sekolah rendah

Adik pernah potong rambut tapi hanya setakat bahu saja sebab tak pasti macamana kalau rambutnya pendek. Rambut adik berbeza dengan rambut abang dan kakak dia. Dulu masa Mimi kecik pun rambut dia kerinting juga tapi kat bahagian bawah aje bila umurnya meningkat jadi lurus sampailah sekarang. Adik pula sejak dilahirkan memang rambut lebat, kerinting dan kembang. Kalau dibiarkan kering rambutnya akan mengembang boleh tutup muka lebih kurang macam rambut David Arumugam Alleycat.

Rambut Mimi kerinting kat bawah aje

Masa kat salon tengok buku fashion rambut macamana nak gunting rambut adik tapi semua tak sesuai, kesudahannya potong pendek yang amat2 sangat. Walau pun rambutnya pendek muka dia lebih comel dan nampak macam budak sekolah rendah aje. Katanya kepala dia dah ringan dan semalam sekejap aje kat bilik air masa syampoo rambut. Banyak untungnya adik rambut pendek syampoo tak lagi banyak digunakan, masa tak lagi terbuang lama untuk mengadun rambut, dan tak payah guna sikat, guna jari pun boleh. Disebabkan adik pakai jilbab saya tak dapat nak tunjukkan gambar terbaharu dia.

Thursday, February 09, 2012

Sofi Mama

Salam...

Terima kasih buat Erna, Lady Lavender, Nieda, sal, Suri solehah, kak Zai pun rindu kat suri nanti kalau kak Zai pergi Langkawi kita jumpa ya dan kalau suri nak recepi kuih bakar pergi kat sini. azi, susahnya nak masuk kat blog azi tak tahu kenapa stuck, tu yang tak boleh nak tinggalkan jejak. Buat kakak azi kak Zai doakan semoga tabah dengan dugaan dan harap penyakitnya dapat disembuhkan amin.

***********************************

Pagi semalam rasa nak tercabut jantung saya bila tengok sofi (rabbit) dah tak ada kat laman belakang. Walaupun sofi dah diberikan pada saya tapi rasa takut tu tetap ada. Kalau hilang tentu anak buah saya anggap tak dijaga dengan betul pada hal punyalah sayangnya saya pada sofi. Saya susah nak sayang pada binatang peliharaan, seingat saya cuma 1 kucing (tom) dan 2 ekor rabbit termasuk sofi yang betul2 saya jaga dan sayang.

sofi...special kat leher dia
sama colour macam kim dulu beza kat leher aje. Kim dah hilang entah dimana.

Dah tiga hari hubby meminjam rabbit kawan dia untuk dipasangkan dengan sofi. Kebetulan rabbit kawannya baru melahirkan 2 ekor anak, itu yang membuatkan hubby pun nak sofi punya anak. Masa anak buah beli dulu sofi memang ada partner tapi mati, bila diserahkan pada saya sofi hidup sorang2 malas nak cari pasangannya lagi pun masa tu saya hanya penjaga sementara.

rabbit pinjam
bulu dia lebih halus

Disebabkan dah ada 2 ekor setiap pagi hubby akan mengeluarkan dari rumah mereka dan dibiarkan main kat laman belakang. Hubby membuat pagar yang boleh dibuka dan ditutup bila nak ke belakang. Masa saya nak mencuci dan memberi makan tengok dua2 dah tak ada. Puas saya cari dan panggil tapi tak juga jumpa. Hantar mesaj pada hubby sambil tu menangis hehehe...

Cari keliling rumah panggil nama sofi bila tengok kat bawah rumah orkid nampak pokok bunga bergoyang, Panggil macam selalu, sebut nama sofi belakangnya mama (sofi mama) dia pun berdiri. Seronok sangat tak terkata, mula fikir macamana nak tangkap 2 ekor sekali gus. Dapat idea buka pintu rumah luas2 biar diaorang masuk. Bila dah masuk baru senang nak tangkap. Mulanya sofi agak garang ini disebabkan adanya partner dia tapi bila sebut nama panggilan terus datang dekat. Akhirnya selamat saya masukkan kedua2nya ke dalam rumah mereka. Kesian tengok sofi bila tinggal serumah maklumlah yang partner dia tu jantan. Ini gara2 hubby yang nak sofi ada anak. Cis...saya tak rela....

Badan dah penat kejar sana kejar sini ada alasan malas nak masak, bila adik balik dari sekolah saya ajak makan KFC.
 yummy...ihsan google

Tuesday, February 07, 2012

Rezeki Hari Ini

Salam...

Breakfast kami hari ini meehoon goreng dimakan dengan nuget, selalu buat scrambled egg tapi kali ini malas pula. Tengah makan hubby tanya mana telor, baru makan satu sudu terpaksa berhenti. Nak jadi isteri mithali terpaksalah buatkan....

meehoon
  nuget

Pukul 10 malam kelmarin teringat nak buat kuih untuk breakfast hari ini, sambil tu tengok rancangan Maher Zain, kuih pun jadi tak cantik dan terlebih garing, nasib baik rasanya tetap sedap.
 kuih bakar

Tengah buat garden bersama hubby tiba2 jiran hulur bungkusan, isi dalamnya ada pulut dan rendang, alhamdulillah.
pulut dan rendang




Monday, February 06, 2012

Tak percaya?

Salam...

Semalam pergi Giant membeli barang2 dapur, macam tau2 aje cukup bulan banyak barang keperluan  yang habis. Kalau ke sini sekejap aje dah penuh satu trolley, tak payah nak mencari2 sebab susunan barangnya teratur. Kalau nak beli minuman semuanya setempat tak kira brand apa.Pernah juga pergi ke Tesco tapi terkial2 mencari barang. Tesco menyusun barang mengikut brand (ditempat saya). Contoh kalau beli sos atau kicap terpaksa berpusing sebab yang diperlukan berlainan brand)

Beli juga ayam yang dah merinate malas nak cuci2 sebab dah nak malam. Tengah rajin masak nasi minyak sebab siangnya pergi rumah kenduri tapi makan nasi putih, dah habis sebab datang pun agak lewat. Makanlah nasi minyak segera anak beranak.

Dari dulu saya suka stalk barang dapur untuk sebulan, kadang2 lebih, malas nak selalu ke kedai. Saya  ada penyakit yang kadang2 terlalu rajin nak masak makanan, itu sebabnya saya suka segala bahan ada dalam simpanan.. Bila teringat nak buat buka peti simpanan makanan semuanya lengkap. Ada kebaikkan dan keburukan juga, kadang2 tarikh tempoh tamat dah dekat baru kelam kabut gunakan bahan takut pula terbuang.

Pagi tadi buat garden sekejap nak keluarkan peluh, tengok banyak kuntum orkid dah mula keluar. Dalam hati seronok sangat walaupun penat tapi berbaloi. Esok nak sambung lagi bergarden nak mengemas dan mencastas pokok2 yang tak berapa cantik. Minat punya pasal tangan jadi keras, muka jadi lebam, pinggang dan lutut sakit semua diabaikan.

Nak prove pada anak yang mama dia betul2 tak pergi jenjalan.

Jarang berlaku kalau cuti panjang, selalu kalau cuti mesti goda hubby hehehe....