Thursday, April 19, 2012

Alhamdulillah...Dah Dapat

Salam...

Semalam seawal 5.30 pagi hubby telah ke Subang Airport untuk ke Terengganu sebab ada meeting. Flight dia pukul 8 pagi, penerbangan cuma 1 jam saja. Naik Firefly, first time naik flight ini. Saya tak pernah naik lagi, tanya hubby ok ke tak, jawabnya bolehlah. Bukan apa... kalau hubby kata ok saya ada chance kalau nak ke mana2 nanti.

Saya ni jenis yang mabuk bila naik kapal terbang tapi yang hairannya kalau kapal tu besar dan tak kuat goyangnya saya tak mabuk pulak. Masa mula2 naik Air Asia dulu mabuk juga tapi sekarang tidak lagi mungkin sebab kapalnya dah banyak yang besar dan mungkin juga bergantung pada cuaca atau pilotnya.

Pukul 9 malam hubby dah sampai depan rumah naik teksi airport dari Subang, happy sebab dah selamat sampai kat rumah tapi yang lebih happynya ada barang yang hubby bawa balik. Barang tu pernah buat hati ini kecewa sebab tak dapat beli dan juga kecewa dengan sikap pekerjanya, ingat tak saya pernah buat n3 sebelum ini.

Nak tahu apa barangnya?



yang ini baru masak terus naik flight



sosnya

Inilah benda yang membuat saya kecewa tempohari tapi semalam telah dapat ditebus. Terima kasih buat hubby kerana bersusah payah untuk mendapatkan keropok yang sangat2 saya inginkan. Terima kasih juga buat kawan hubby yang tolong jadi driver untuk mendapatkannya. 
Syukur pada Allah dengan izinNya.

Ternyata memang sedap..................................


Monday, April 16, 2012

Hasil Rembatan

Salam...

Masa pergi ke Ipoh tempohari saya singgah di R&R Tapah, sebelum itu dah baca blog Nieda ada menyatakan tempat makan baru . Saya pun mencuba apa yang di sarankan ternyata makanannya memang sedap. Kalau sesiapa nak pergi arah utara cubalah singgah di Restoren Pak Tam. Mee rebus, mee sup memang sedap, saya belum mencuba nasi ayamnya lagi mungkin dilain masa akan saya cuba pula.

Sebelum ini kalau ke Teluk Intan saya tak lepaskan peluang makan mee rebus di Restoren Mastan Ghani. Tapi sekarang kalau dibandingkan dengan mee yang dijual di Restoren Pak Tam jauh lebih sedap, kuahnya yang pekat dan ramuan bersama bahan2 sampingan ternyata jauh lebih ummp. Sampai sekarang saya masih teringat kesedapannya dan terasa nak makan lagi dan lagi, kalau tak percaya cubalah....


mee rebus

Gambar kat bawah ini saya beli kat Bidur masa nak balik ke Kl. Kebetulan hujan lebat kami singgah di Masjid Bidur. Sementara menunggu hujan berhenti kami solat dan berehat, bila hujan dah berhenti kami teruskan perjalanan tapi ikut jalan lama. Tak jauh melepasi masjid ada kiosk menjual buah2an kat tepi jalan. Selepas itu baru hubby masuk semula ke highway melalui tol Behrang untuk ke Kl.

jambu batu tanpa biji

mangga (besar kelapa)
durian belanda

Masa kat kampung buah ini banyak kat belakang rumah tapi selalunya jadi makanan burung tapi sekarang walaupun harganya mahal nak beli juga sebab dah tahu khasiatnya.


Friday, April 13, 2012

Tetamu...Pengantin Baru

Salam...

Petang semalam dapat cal dari husband sepupu yang buat kenduri tempohari, katanya nak datang rumah nak bawa anak2 dan kedua2 menantu barunya. Hubby mencadangkan supaya datang malam minggu dan kalau boleh tidur sekali kat rumah saya. Sepupu minta saya menyediakan masakan kampung untuk makan malam kami nanti. Boleh suruh ikut suka hehehe...sebenarnya saya dan hubby sepupu agak rapat berbanding yang lain. Nanti dilain n3 akan saya ceritakan bagaimana dan bila kami mula rapat macam adik beradik

Selepas talian dimatikan saya berbincang dengan hubby menu apa yang patut disediakan. Hubby kata janganlah kejam sangat paksa budak2 makan sayur2 kampung dan ikan, biarlah ada ayam atau daging. Saya memutuskan untuk buat ayam panggang walaupun terpaksa juga masak masakkan kampung. Bukan apa bila saya masak menu yang diminta takut nanti menantunya tak makan sangat sebabnya anak2 saya pun kurang makan masakan macam itu. Agaknya... apalah yang patut saya masak supaya semua yang datang termasuk penghuni dalam rumah ni boleh makan sekali, tak payah saya mengasingkan lauk pauk yang berjenis2.

Mimi akan balik petang nanti cuti sampai Selasa jadinya saya ada assistant tapi adik esok nak ke Taman Tasik Permaisuri ada jemputan kahwin (garden weeding) abang kawan sekolahnya. Saya tak dapat pergi sebab hubby ada kerja. Pesan dengan adik kalau boleh balik cepat tapi takkan nak paksa, adik pun menumpang keluarga kawannya. Atleast kalau adik balik petang pun bolehlah tolong mana yang patut. Jadinya saya tak payah risau kalau pun terpaksa memasak lebih sedikit dari biasa.

Thursday, April 12, 2012

Kenduri Aqiqah dan Berendoi

Salam...

Kenduri aqiqah cucu adik kat Ipoh. Kenduri ditaja besan adik untuk dua orang cucunya yang lahir dalam satu bulan. Marhaban dan buai ditempah khas dari kumpulan marhaban Ipoh (tak ingat nama tempatnya). Sebelum kenduri disini dah buat kenduri doa selamat dan cukur jambul kat rumah adik di  Taiping, Perak.

Baju sedondon

Nur Alya Aqeelah

Buai gunakan bakul dan dihias dengan bunga2 dan ada pelamin dibelakangnya. Zaman dah moden kalau dulu anak2 saya berbuai gunakan kain batik lepas yang entah berapa lapis lepas tu di gantung dengan bunga2 juga.
 

Comel sangat bila Alya dipakaikan dengan skirt purple.

skirt digandingkan dengan shirt


Tuesday, April 10, 2012

Perjalanan Se Hari

Salam...

Kenduri yang saya hadiri di Seri Manjung, Perak tempohari sungguh meriah, maklumlah anak pertama. Selain dari hiasan kerusi meja yang kemas makanan juga berbagai jenis dan sedap2 belaka. Hidangan semua diletakkan diatas meja tak macam kebiasaan kenduri makan secara buffet.

 pintu gerbang
meja makan untuk tetamu

Saya balik agak lambat sebab hubby dan rakan2 yang dah lama tak berjumpa berkumpul. Kebanyakkan rakan2 hubby adalah yang sama2 belajar di Uk tempohari, macam reunion buat mereka. Kalau dulu bila berjumpa masih ada yang bergaya macam young man tapi kali ini ramai yang dah berubah, berubah dari segi penampilan lagi pun ramai yang dah berambut putih. Selalunya penyanyi Suhaimi Meor Hassan ada tapi kali ini saya tak nampak kalau tidak lagi meriahlah. Beliau juga adalah rakan hubby semasa belajar disana dulu.



Selepas kenduri saya pergi ke Lumut, jalan2 tepi laut dan membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang. Pekan Lumut dah banyak berubah, banyak kedai2 menjual barang2 souviner dan makanan hasil dari laut. Hotel dan resort pun dah banyak bertambah.

terminal nak ke Pangkor
Lumut
air tengah pasang
makanan hasil dari laut
Saya suka sotong kering tanpa gula.

Setelah puas jalan2 hubby mengajak ke Teluk Intan pula nak menziarahi jiran arwah mak dan arwah ayahnya. Lama juga kami bersembang lepas tu pergi ke belakang tengok rumah yang dah tak ada penghuni, hiba rasanya beginilah kalau mak dan ayah dah tak ada rumah terbiar begitu saja. Anak2 kalau datang pun hanya sekejap mungkin dah tak seronok dan meriah macam dulu2.

 isinya fresh

Dari Lumut nak ke Teluk Intan singgah kat tepi jalan (kalau tak silap Lekir) sebab nak minum air kelapa muda. Harganya cuma rm2 sebiji kalau di Kl dahlah mahal itu pun tak fresh. Malamnya kami makan di Food court dekat dengan menara condong, kali ini tak makan mee rebus yang terkenal tu sebab dah makan kat highway Tapah, diRestoren Pak Tam.

menara condong Teluk Intan
(ihsan dari google)


Friday, April 06, 2012

Nieza's 2nd blog Anniversary

Salam...

Mudah2an semuanya sihat sejahtera. Kelmarin singgah kat blog Nieza ada 2 kad yang dia posekan dan suruh rakan2 yang singgah ambik sebagai mengingati ulang tahun ke 2 blognya. Cantik kadnya terutama bunga tulip tu. Saya suka singgah kat blog Nieza sebab banyak cerita luar negara yang diceritakan. Selain itu recepi2 juga banyak dipaparkan dan gambarnya juga cukup cantik. Terima kasih buat Nieza yang sudi berkongsi pengalamannya yang tinggal dirantau orang.




p/s ; esok menghadiri kenduri kahwin anak kawan hubby di Setiawan, Perak manakala hari Ahad pula ke Ipoh ada kenduri aqiqah cucu adik. Kenduri aqiqah tu diadakan dirumah mak menantu adik sebab nak disekalikan dengan anak kakak menantunya yang juga baru lahir.

Monday, April 02, 2012

Berbaloi

Salam...

Nak update tentang kenduri semalam, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tetamu cukup ramai yang datang sampai dah pukul 4 ptg pun masih ramai lagi. Tak dapat nak tunjuk gambar sebab sibuk dengan tugas mungkin bila dah dapat dari cameraman baru dapat tengok dan masukkan.

Dekat maghrib baru sampai rumah, punyalah letih terasa macam saya yang punya kenduri hehehe..
Tapi kan... merasalah tolong pegangkan envelope yang banyak tu, berat jugalah bahu ini dibuatnya.

*****************
 Mungkin selepas ini tak dapat nak mengupdate atau bw sebab lappy saya jatuh sakit, harus dihantar pada yang pakar. Kalau ada pun mungkin meminjamlah nampaknya.

Semoga jumpa lagi dan salam sayang buat semua ....