Saya membelek setiap badannya ada keraguan sebab kim warnanya lebih hitam walaupun ada persamaan hitam dan putih cuma yang ini warnanya agak ke coklat. kim saya juga akan menaikkan telinga dan menggerak2kan kalau dipanggil. Tapi menurut my hubby manusia lagikan berubah bukan seminggu 2 tapi 9 bulan dia menghilang.Saya cuba memegangnya tapi nyata ia masih seekor arnab yang jinak.Kebetulan sabun mandiannya masih saya simpan, saya ambil towel lalu mengelap seluruh badannya. Rasa ragu2 beransur hilang sebab kim memang senang dimandikan dan dia tak akan bergerak selagi tak siap.Setelah badannya bersih saya peluk, tenung matanya lalu bercakap kalau ini kim yang dulu mama amat bersyukur pada Allah kerana mengembalikannya.(percaya atau tidak boleh tutur mama pada arnab).
Bila siadik balik dari sekolah alangkah gembiranya dia begitu juga dengan my hubby terus beli makanan dan basuh rumahnya yang telah lama terbiar (buat sendiri).Saya mesaj sikakak ternyata dia juga amat gembira.Saya mengatakan pada my hubby nak buat DNA untuk mengesahkan dia adalah kim saya kahkahkah...
Lebih menggembirakan kim saya tak balik berseorangan tapi berdua kata siadik selama ni dia ke Afrika sebab tu dia membawa isteri yang ada menyerupai nege hahaha...saya kurang bersetuju untuk membela kedua2nya tapi my hubby menyatakan jangan pisahkan mungkin mereka dah lama bersama. Akhirnya saya akur walaupun kurang bersetuju bukan kerana tak lawa tapi saya lebih suka tumpukan pada seekor saja. Saya belum lagi beri nama pada partner kim kalau sesiapa ingin nak bagi silakan...
kim
aksi manja
beauty n the beast
berdua2an
Kisah mula saya beli kim dan kehilangannya ada saya coretkan di blog lama saya iaitu di rumah ku syurga ku.



