Selepas kenduri anak buah hubby di Terengganu saya ke Kelantan untuk bercuti.Tak lama diperjalanan dah sampai Kota Baharu tapi sebelum sampai saya singgah disatu kedai yang sangat ramai pelangganya, rupa2nya disini terkenal dengan satay dan nasi impit.Nama kedai tu Satay Lanang tapi saya tak tahu nama tempatnya.
Dah makan kami teruskan perjalanan ke Kota Baharu sampai hotel chek in.Malamnya saya berehat saja sebab penat.Besoknya selepas sarapan saya ke Rantau Panjang untuk membeli belah. Ramai sangat orang maklumlah cuti sekolah,bas rombongan pun banyak. Kalau kesini tak sah kalau tak membeli serba sedikit buah tangan, pinggan mangkuk,comforter dan beberapa helai baju. Agak lewat baru balik kehotel lagi pun hujan sepanjang hari. Sebelum sampai ke hotel singgah makan nasi ayam dan abc sedap rasanya. Dalam perjalanan sempat singgah ditepi jalan beli buah nanas yang cukup murah harganya.
abc rantau panjang
Tak jauh dari situ singgah pula di Masjid Beijing, masjid ni sebiji macam bentuk pagoda, cantik konon2 macam pergi Beijing. Beli bebrapa helai t.shirt buat kenangan.Malamnya pergi wakaf cek yeh(kalau tak silap),jalan2 tak beli barang sebab barang2 yang jual disini banyak yang sama macam di Rantau Panjang.
masjid beijing
Besoknya pergi Pantai Cahaya Bulan (dulu dikenali sebagai pantai cinta berahi)jalan2 ditepi saja sebab ombak terlalu besar. Musim tengkujuh memang tidak dibenarkan pergi dekat ke laut sebab membahayakan. Balik dari situ kami melawat bandar Kota Baharu.Sempatlah melawat Muzium,Balai istana,Kampung Kraftangan dan lain2.
Kami ke Pasar Khatijah besoknya,seronok tengok wanita melayu berniaga disini, ramah mesra tapi ada sesetengahnya susah untuk memahami bahasa yang dituturkan. Saya tak lepaskan peluang membeli keropok lekor,sayur2 kampung dan sebotol jeruk anggur. hubby pula di bangunan berdekatan sempat rembat sehelai baju batik. 4 hari kami disini terasa seronok sangat berbeza dengan suasana bandar yang kelam kabut.
pasar khatijah
gua musang
pekan gua musang




