Tuesday, August 23, 2016

Duduk Diam Diam.

Assalamualaikum...

Weekend ke Sg Petani, Kedah melawat ayah yang sedang sakit. Hari ke dua berpakat dengan adik nak bawa ke KL sebab kalau dirumah dia tak ramai yang membantu. Cuma dia dan isterinya saja manakala diKL ramai anak menantu dan cucu. Cadangan nak masukkan ke hospital swasta tapi buat dua pilihan. Sama ada hospital swasta atau PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Pernah dulu anak lelaki saya accident dan 11 hari warded diPPUM. Saya juga membuat rawatan disitu semasa mempunyai masaalah sendi tangan. Jadinya memang recomended.

Bila bawa ayah ke KL adik bongsu bawa ke klinik kawan dia diShah Alam. Doktor kawan adik recoment ke hospital Shah Alam. Saya pun tak tahu ada hospital kerajaan diShah Alam. Menurutnya dihospital itu tidak ada out patient. Bawalah ayah dari pagi sampai ke petang masih buat penyelidikan dan belum ada doktor in charge dan belum warded. Tak tahu sama ada tidak ada kekosongan bilik sebab adik yang di Sg Petani telah menyediakan surat untuk ayah masuk kelas pertama. Tengah malam semalam baru dapat masuk ward.

Sangat2 memenatkan. Nama pun hospital kerajaan. Rasa macam nak keluarkan dan hantar ke PPUM atau swasta sebagaimana saya dan adik yang diSg Petani cadangkan. Perbelanjaan rasanya tidak ada masaalah sebab duit ayah pun ada anak2 dan cucu pun boleh berkongsi. Kenangkan saya anak perempuan yang lebih berkuasa tentunya anak lelaki dan yang menguruskannya. Ikutkan ajalah duduk diam diam.



10 comments:

saniahibrahim said...

Betul lah kak zai kalau dekat hospital kerajaan ni nak masuk wad pun kena tunggu seharian kan.Orang yang menjaga lebih penat menunggu sebenarnya.Lebih selesa pada pesakit dan penjaga jika di swasta .Apa pun semoga urusan menjaga ayah kak zai dipermudahkan.

Qhaifa Nur said...

Mmg kna ikut prosedur masuk hospital gomen ni..byk kerenah..melawat 1 hal blum jaga sakit lagi huhu

Moga dipermudahkn segala urusan

Kakzakie Purvit said...

Diam-diam tapi memendam tu KakZai
Kalau macam adik-beradik kakak sebab semua perempuan satu lelaki yg lelaki (abg kami) ikut aje apa cadangan kami. Alamarhum bapak kakak memang terus ke specialist tapi itulah kalau Allah nak jemput tetap pergi juga. Tapi kami puas sudah menjaganya. Tak ada kekesalan sebab dah buat yg terbaik.

Nieda Ramly said...

walau di mana pun rawatan dibuat semoga ayah kak zai beransur sihat

makchaq said...

Semoga ayah kak Zai cepat sihat.

Makchaq x de pengalaman hospital swasta. Pi hospital kerajaan ja.. dah keje kerajaan.

Alhamdulillah pulak x pernah ada pengalaman x ok bila berurusan dengan hospital walaupun hospital kerajaan.

Mummydearie said...

Semoga dipermudahkan urusan dan ayah KakZai cepat sembuhnya.

Hospital kerajaan ni memanglah lama urusannya, kalau di hospital swasta memang cepat sebab semuanya berduit. Lajulah sikit servisnya, kak.

Kalau tak silap saya, katanya Hospital Putrajaya pun not bad juga.

Kamsiah yusoff said...

Ya ALLAH..berilah kesembuhan pd ayahanda..:(

OKje said...

Gitulah Kak Zai....
Apa pun moga urusan Kak Zai adik beradik dipermudahkan. Moga ayah Kak Zai cepat sembuh jugak.
Yelah....eloklah ikut aje apa yg diaorang bincangkan tu. Sebab yg nak jaganya pun bukan kita sorang

paridah said...

semoga ayah zai cpt sembuh...adik beradik saling bertolong bantu menguruskan perawatan ayah zai bagus sgt tu

azi said...

Assalamualaikum Kak Zai..
Semoga ayah akak cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Akak datang ke Sungai Petani ke?..adik akak tinggal dimana...nanti kalau akak datang ke Sungai Petani lagi...boleh la kita jumpa...:)