Sunday, July 10, 2016

Hari Raya 2016

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya buat semua maaf dari saya jika ada perkataan dalam penulisan yang membuat terasa hati. Bagaimana sambutan raya? Tentu meriah kan terutamanya yang dapat balik ke kampung. Dapat berkumpul dengan sanak saudara. Mungkin ada yang sudah balik semula ke rumah masing2.

Saya macam biasa sambut raya dirumah sendiri. Pagi raya kumpul dengan anak2 makan bersama. Malam pula ziarah ke rumah adik di Shah Alam jumpa ayah dan adik beradik. Tahun ini semua beraya disana sebab turn adik menjaga ayah.

Raya kedua saya, suami dan 2 orang anak ke Besut, Terengganu kerana menghadirkan diri untuk kenduri kahwin anak sahabat. Tinggal 2 malam disana. Balik semalam jam teruk berjam2 diatas jalan raya.

Majlis sangat meriah ramai tetamu kebetulan time raya ramai yang balik kampung. Sembelih seekor lembu, seekor kambing dan beberapa ekor ayam. Makanan sangatlah sedap2 belaka. Ada dua jenis lauk yang tak pernah saya makan sebelum ini. Masakkan ini biasanya hanya terdapat di Pantai Timur. Kerabu sarek iaitu rumpai laut dicampur dengan ikan dan bahan2 lain dijadikan kerabu. Satu lagi teresek jantung pisang macam gulai kari tapi kering dicampur dengan ayam. Kambing dimasak kari. Lembu pulak dibuat gulai kawah dicampur dengan umbut kelapa. Sangat unik dan sedap2 belaka. Majlis yang sangat mewah dengan makanan. Selama 3 hari 2 malam saya disana macam2 juadah dihidangkan untuk kami sekeluarga.

 Kerabu Sarek

Teresek jantung pisang. Abaikan pinggan yang selekeh.

 Sup kaki lembu

Nasi manis a.k.a wajik

Gambar  dibawah ini juadah hari raya dirumah saya.



Juadah satu raya. Saya buat nasi minyak, rendang daging, ayam masak merah, nasi impit, kuah kacang, butter kek, orange kek dan lemang hubby beli.

6 comments:

sweetie said...

Seronok dan meriah raya kak Zai kali ni ye, sampai ke Terengganu berjalan.

Kakzakie Purvit said...

Selamat Hari Raya Kak Zai
Kerabu serek itu yg kakak tak pernah tahu.
Menarik sangat.

paridah said...

SALAM IDILFITRI ZAI N FMLY MAAF ZAHIR BATIN...SEDAPNYA HIDANGAN RAYA ZAI

OKje said...

Seronok bila ke kenduri lain negeri ni kan Kak Zai. Yg bestnya tulah tu lauk yg tak pernah kita jumpa kan....

Ohh Kak Zai masak nasi minyak eh...ketupat tak buat ke Kak Zai?

OKje said...

Seronok bila ke kenduri lain negeri ni kan Kak Zai. Yg bestnya tulah tu lauk yg tak pernah kita jumpa kan....

Ohh Kak Zai masak nasi minyak eh...ketupat tak buat ke Kak Zai?

Mummydearie said...

Seronoknya dapat pergi kenduri-kendara yang mewah dengan makanan yang tak pernah dirasai/dilihat. Pada saya ni, kedua-dua makanan tu memang tak pernah merasalah, kak.