Friday, July 22, 2016

Cerita Throwback Yang Menyayat Hati.

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang barakah buat semua rakan2.

Dah puas pujuk dah buat macam2 cara tapi masih dengan keputusan dia. Tak mahu balik ke keluarga kandung masih setia dengan mak tiri angkat walaupun hidupnya amat memilukan.

Sahabat karib my hubby (sudah meninggal dunia dua tahun lepas). Berkawan dengan hubby sejak sama2 menjejakkan kaki ke UK untuk sambung belajar. Arwah berkahwin dengan wanita Eurasian dan tinggal diMalaysia selama 18 tahun. Mereka tidak dikurniakan anak tapi mengambil anak angkat yang sempat isterinya jaga sampai berumur 6 tahun.

Isterinya tinggalkan Malaysia dan keluarga balik semula ke negara asal disebabkan suami curang. Mulanya nak bawa anak itu ikut dia tapi tidak dibenarkan sebab bukan anak kandung dan masih dibawah umur. Alasan kepada curang untuk mendapatkan zuriat sendiri. Memang sudah ditakdirkan mereka mendapat seorang anak laki2.

Walaupun siibu angkat balik ke negara asal tapi beliau masih mengirimkan perbelanjaan untuk sianak. Dia cuba untuk mengembalikan sianak ke keluarga kandung. Duit yang dihantar juga entah ke mana disalurkan. Dengan pakaian yang comot diperlakukan macam pembantu rumah. Bilik yang digunakan hanya sebuah stor yang diletakkan katil usang. Pernah dihantar bekerja dikedai makan dengan adik kepada mak tiri. Dari pagi hingga ke malam bekerja tanpa henti dan makannya pula dicatu. Terperangkap bila adik arwah datang tanpa diberitahu. Rahsia bocor bila duit gaji pun tidak dimasukkan ke dalam bank sebagaimana yang dijanjikan. Adik arwah bawa balik tapi tak lama mak tiri datang ambik semula. Ugutan sentiasa diperlakukan.

Tahun lepas mak angkat datang ke Malaysia dan bercadang untuk membawa balik ke Uk. Atau pun dia mahu anak itu dikembalikan semula ke keluarga kandung dan dia sanggup memberi perbelanjaan setiap bulan. Mak kandung pun sanggup ambik semula anaknya. Sayangnya anak ini mungkin keliru tak tahu nak ke arah mana. Katanya sejak mummy dia balik dia dijaga oleh daddy dan mak tiri sampai dia besar. Semasa daddy hidup pun kehidupannya macam cerita bawang putih bawang merah. Disiksa bukan saja mak tiri tapi anak2 kepada mak tiri. Sahabat hubby tu berkahwin lagi dengan ibu tunggal yang punya anak 5 orang.

Disebabkan pendiriannya yang masih lagi nak tinggal dengan mak tiri kami sudah tidak ambil tahu tentangnya. Tapi kadang2 hati ini teringat dan rasa rindu. Semasa mummy dia ada kami selalu berkunjungan. Harapan ibu bapa kandung yang susah kehidupannya anak yang diserahkan pada orang yang berkemampuan boleh memberi kesenangan tapi sebaliknya.


Anak angkat sahabat hubby bertudung biru manakala mummy angkat berambut pendek dan kerinting. Masa mummy dia datang banyak bawa pakaian dan macam2. Sangat touching masa pertemuan pertama mereka setelah sekian lama terpisah.

p/s : Sesekali bila kami berhubung siibu masih lagi bercerita tentang anak angkatnya.




10 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Allahu..
Ada lagi mak tiri berperangai macam tu pada anak tirinya kan..
Sampai hati nak mendera..
wlaupun didera tapi masih lagi hendak tinggal bersama emak tirinya..

Saya rasa kena terangkan betul2 tu kak zai..
macam kak zai kata dia keliru dan bersangka keluarga tak pedulikan dia lagi..
Kata lah mak angkatnya masih lagi duit tetapi mak tiri tak berikan kepadanya..
Baiklah dia balik kepada keluarga asal dan mak angkat nya masih membantu lagi segi kewangan tu..

Qhaifa Nur said...

Walau kisah dh bertahun ttp diingat..
Betul kata kak yati perlu berterus terang padanya

NEKCIK said...

itulah agaknya dia memang keliru sbb mungkin dia rasa tak diperlukan oleh keluarga kandung serta mak angkat..tapi yang ada didisi dia hanmyalah mak tiri..sehingga dia menjadi dewasa..

saniahibrahim said...

Ingat kan dalam drama2 je yang ada cerita2 begini tapi realiti kehidupan sebenar tetap ada flm masyarakat kita kan kak zai.Betul lah tu mungkin anak tu keliru sebab dia membesar bersama ibu tiri wlpun hidup nya terabai.Doakan je hati nya terbuka untuk kembali pada mak kandung / mak angkat agar kehidupan nya terbela.

saniahibrahim said...

Ingat kan dalam drama2 je yang ada cerita2 begini tapi realiti kehidupan sebenar tetap ada flm masyarakat kita kan kak zai.Betul lah tu mungkin anak tu keliru sebab dia membesar bersama ibu tiri wlpun hidup nya terabai.Doakan je hati nya terbuka untuk kembali pada mak kandung / mak angkat agar kehidupan nya terbela.

Normala Saad said...

Kesian...tak faham kenapa manusia suka bersifat kejam sesama manusia..

Kakzakie Purvit said...

Mungkin sebab dah terlalu lama terpisah walau kesenangan dgn ibu tiri tak ada tapi dia dah lali dgn kehidupan itu. Kesiannya...

Mummydearie said...

Mentang-mentanglah anak angkat arwah suami, sewenang-wenangnya aje diperlakukan sebegitu rupa oleh mak tiri. Ingatkan dalam drama aje ada adegan bawang putih, bawang merah ni rupa-rupanya kisah benar pun ada ya, kak!

Kasihan alahai mengenangkan nasibnya tapi apa nak dibuat kalau itu kehidupan yang tetap mahu dipilihnya.

OKje said...

Bertanggungjawab mak angkat dia ye Kak Zai. Walaupun terpaksa tinggalkan anak angkat tu dgn org lain tp tetap diberi nafkah. Gitulah nasib kalau jadi anak tiri atau anak angkat Kak Zai. Untung sabut timbul, kalau tak bernasib baik dapatlah keluarga yg pilih kasih....
Kesiannya nasib si anak angkat...

OKje said...

Bertanggungjawab mak angkat dia ye Kak Zai. Walaupun terpaksa tinggalkan anak angkat tu dgn org lain tp tetap diberi nafkah. Gitulah nasib kalau jadi anak tiri atau anak angkat Kak Zai. Untung sabut timbul, kalau tak bernasib baik dapatlah keluarga yg pilih kasih....
Kesiannya nasib si anak angkat...