Monday, March 07, 2016

20 Tahun.

Assalamualaikum...

Hari Sabtu bersamaan 5hb March adalah hari jadi anak bongsu. Genap umurnya 20 tahun. Pejam celik pejam celik semua anak2 telah meningkat dewasa. Hari Sabtu tu pulak adalah hari kedua dia menghadapi exam semester. Exam akan bersambung pulak ke minggu ini dan selepas itu adik akan bercuti selama 3 minggu.

Disebabkan adik diMelaka saya mengajak hubby dan Mimi untuk makan malam bersama adik. Petang Sabtu kami bertiga menemuinya di Restoren Nandos The Shore Melaka. Tiada kek birthday cuma kami bawa hadiah. Bila adik balik KL nanti bolehlah beli kek dan celebrate sekali lagi  bersama abang dan kakak ipar dia.

Mama bagi pihak semua wish adik Happy Birthday. Semoga adik menjadi anak kebanggaan ibu bapa dan berjaya didunia dan diakhirat.  Satu lagi pesan mama cuba belajar berjimat cermat apabila berbelanja sebab adik sudah matang dan sudah besar. Kurangkan membeli alat make up dan yang seangkatan denganya.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG.









14 comments:

babYpose said...

Happy birthday adik manis, moga diberkati selalu dan cemerlanng dunia akhirat. Untung kak zai anak-anak dah besar, pandai pula. Alhamdulillah.

saniahibrahim said...

Hepi bezday adek...dah remaja si bongsu kak zai ya...manis dipandang.
Semoga doa2 kak zai pada nya akan termakbul

makchaq said...

Selamat hari jadi adik...
Semoga cemerlang dunia akhirat

Tak pe la kak zai.. sekali sekala nak beli makeup...

Ana Jingga said...

heppi birthday adek, manisnya.. usia 20 satu usia yang paling indah dalam kehidupan,semoga adek terus sukses dalam apa jua yang diceburi.. amiin :)

NEKCIK said...

Hepi bezday adik .. Semuga adik menjadi muslimah yang berjaya di dunia dan skhirat amiiin

Unknown said...

selamat hari lahir untuk anak bungsu kakzai yang comey
semoga menjadi anak solehah ameenn

Malinda said...

happy besday adik !! beso dah anak bongsu kak Zai lawa pulak tu...remaja sekarang memang gitu la kak...anak dara saya tu pon ape kurang nye...kalau takde budget nak beli yg mahal dia pi beli yg murah...kikiki

cahayahidupku.blogspot.my said...

Happy belated birthday adik..
Anak dara perempuan kak zai..
Memang alat solek lah kegemaran mereka..

Malinda said...

kak Zai nape n3 terbaru akak tu tak bole nak baca?

Normala Saad said...

Happy belated birthday buat anak Zai..comei orangnya

OKje said...

Hepy bezday adik....moga makbul doa mama. Dan cemerlang dlm exam.

Kak Zai biasalah anak dara katanya, mestilah nak melawa hihi...

OKje said...

Hepy bezday adik....moga makbul doa mama. Dan cemerlang dlm exam.

Kak Zai biasalah anak dara katanya, mestilah nak melawa hihi...

Acik Erna said...

Happy birthday adik

Acik Erna said...

Happy birthday adik