Salam Jumaat yang barokah buat semua. Terima kasih buat semua rakan2 yang mendoakan adik saya hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
.....................................................
Alhamdulillah setelah lebih sebulan saya mengamalkan pil ini tapak kaki saya tidak lagi sakit. Kalau dulu bila nak berjalan terasa macam memijak kaca atau duri. Macam2 telah dicuba termasuk mengamalkan suppliment yang sememangnya diambil sejak sekian lama. Bila sudah tidak tertahan akhirnya saya berjumpa dengan doktor.
Selain dari ubat yang dibekalkan doktor menyarankan saya untuk membeli Neurorubina Forte difarmasi. Mulanya saya agak ragu2 sebab sebelum ini saya amat2 mengamalkan suppliment kenapa nak tambah dengan produk yang saya tidak pasti. Bila dah makan dan berkesan saya berani rekemen pada yang menghadapi masaalah macam saya. Pil ini bukan ubat tapi vitamin darah. Ianya sungguh baik bagi yang mengidap sakit saraf.
Saya juga sudah lama mengamalkan OsteMatrix dan Joint Health Tablet produk Shaklee. Selain ubat2an dan suppliment exersice dan turunkan berat badan adalah salah satu perkara yang sangat baik jika boleh dilakukan.
10 comments:
Bila dah bertemu 'jodoh' utk mengubati apa yg dicari lega rasanya Kak Zai
Cantik pulak pilnya warna pink:)
Alhamdulillah..
Dah tak sakit tumit kaki kak zai lagi ye..
Kekadang macam tu lah kak zai..
Cuba bermacam suplement tapi yg lain pulak berkesan bila dimakan..
bolehlah cari di farmasi jika aada masalah yg sama...
saya pon tumit belah kiri kalau jalan banyak2 bisa2 gak kak...berat badan saya naik pon antara faktor pon ye...bole la try nanti mana tau Allah izinkan sembuh sakit tumit saya kan...
Alhamdulillah dah jumpa yang sesuai, turun berat badan untuk kurangkan beban dikaki ye, inshaAllah.
Kena minta nasihst doctor juga kan Zai..
SYUKUR ALHAMDULILLAH ZAI DH TEMUI UBAT YG SERASI...KAK KALAU SILAP MKN UBAT XBANGUN JWBNYA...
Saya biasa jadi sekitar 2004 dulu..doktor sarankan satu kat saya...cuba kuruskan badan. Saya pun start jogging siang malam. Bulan puasa makan kurang..terus hilang sakit tapak kaki saya...
Alhamdulillah, ada juga ubat yang elok untuk mengubati sakit tu, KakZai. Bukan senangkan nak jumpa ubat yang sesuai dengan sakit kita. Saya ni lepas bersalin anak pertama, dah mula kena sakit sendi. Dari pinggul turun ke sendi kaki, sendi tangan semualah. Sampailah satu hari berjumpa seorang doktor ni, diberi tiga jenis pil serangkai kena makan. Alhamdulillah, lega dah sekarang!
Bila dah tak tahan sangat terpaksa mengalah jumpa doktor yeh Kak Zai.....
Bolehlah rekemen sapa sapa yg sakit nanti.
Post a Comment