Friday, February 12, 2016

Cerita CNY.

Assalamualaikum....
Salam Jumaat yang barakah buat semua rakan2 blogger.

Cuti Tahun Baru China saya tak pergi jalan jauh. Pergi MitSui Outlet diSepang dengan anak lelaki dan menantu. Mimi keluar dengan kawan manakala adik pulak ke rumah kawan ada makan2. DiMitsui seperti biasa banyak kedai yang menjual barangan branded. Rasanya tak ramai yang membeli cuma tengok2 aje berbanding diJPO. Kalau saya pun pilihan lebih ke JPO. Dah habis jenjalan kami mencari tempat untuk makan malam. Mula cadang ke Kg Baru tapi bila tengok kereta yang bersesak ubah fikiran ke Bangi.


Tujuan nak makan western food. Sebelum ini pernah makan dekat satu restoren di Bangi berdekatan dengan kedai tudung Faridah. Bila sampai tengok penuh orang beratur panjang sampai keluar jalan. Rupanya Me'nate Restoren yang pernah jadi controversi gara2 salah faham.

Malas nak beratur panjang kami pusing ke belakang nampak ada sebuah restoren western food juga. Masa nak ambik order waiters kata kena tunggu 1 jam. Masuk balik ke kereta dan mencari lagi. Nampak satu restoren pulak dari jauh tengok ramai orang. Parking kereta terus cari meja. Bila waiter bagi menu masing2 buat order. Rasa letih dan lapar tak boleh nak cakaplah.

Setengah jam menunggu pelayan datang mengatakan lamb chop habis. Hampa sangat tak tahu apa malang hari tu. Restoren penuh orang jalan raya pulak jam bersesak2. Dah tu anak lelaki dah kemaruk sangat nak makan kambing. Akhirnya buat keputusan untuk ke Kajang makan satay. Sampai Kajang berpusing cari parking. Saya, anak dan menantu turun dulu sementara hubby menunggu kalau ada orang yang keluar.

Saya dan menantu terus ke kaunter buat order. Sekali lagi kena tunggu satu jam memandangkan orang yang terlalu ramai. Dah tak tahu nak ke mana lagi dan pada waktu itu sudah pukul 10.30 malam kami redha ajelah. Nasib baiklah air minuman dapat awal sikit. Sambil minum berdoa agar dipermudahkan. Alhamdulillah setengah jam lepas itu pelayan datang menghantar satay yang kami pesan. Masing2 nampak ceria setelah penat mencari sampai lupa nak ambik gambar satay.
Rezeki telah ditentukan malam itu makan satay bukan western food.





13 comments:

saniahibrahim said...

Kesian nya kak zai...asyik kena menunggu je ya.Hari cuti agaknya sebab tu semua restoran penuh...apa pun alhamdulillah dipermudahkan juga makan di lokasi last.

babYpose said...

Belum pernah pergi ke JPo dan mitsui ini pun baru tahu. Hari cuti, restoran penuh tapi dapat bersama family, best juga hujung minggu yang panjang ni kan.

Kakzakie Purvit said...

Itulah KakZai susah-susah tempat kita yg pasti tak mungkin kita akan lapar
Cuma sebab ramai sangat umat manusia itu aje - lapar tak mungkin punyalah.

miss eimanhikmah said...

sb semua orang bercuti...tu yg kedai makan pun penuh

cahayahidupku.blogspot.my said...

Aduhai... makan pun kena tunggu lama ye kak zai..
Menguji kesabaran kan kak zai..
Penyudahnya satay yg kakzai dan keluarga dapat..
Alhamdulillah rezeki hari itu..

paridah said...

MASA CUTI RAMAI YG BERCUTI MEMASAK JUGA ZAI...RAMAI YG AMBIL PELUANG BERSAMA FAMILI MAKN DILUAR KAN...ITU YG KENA HADAP MSLH GITU ZAI..TAPI DPT REZEKI SATE OKLH TU.

AMIIZAA@Mieja said...

salams kak zai,
alahai ....cuti CNY restorann semua tutup...tu yg frust sangat...

iryantyismail said...

singgah rumah akak..sambil makan limau..lalala

Normala Saad said...

Saya pun kalau nak makan tengok orang beratur panjang..memang tak masuk dah...cari tempat lain. Tak kuasa menunggu, lainlah kalau tempat tu boleh santai2..open view yang menarik..tepi tu ada nursery pokok bunga ke..hehehee...boleh lah tunggu...

Hsna Rahman said...

kalau setiap kali keluar mesti nak pegi tempat kurang or takde orang tapikan namanya tempat awam mmg la ramai org..lg2 time perayaan ke cuti sekolah ke..better duk diam2 kat umah msk sndr..huhu..

aizamia3 said...

Frust bila apa yang kita nak tak dapat tapi Alhamdulillah, sekurang2nya masih dapat merasai makanan walau bukan seperti yang diinginkan.
Musim perayaan, saya kurang minat nak berjalan sana-sini, tak suka bersesak berhimpit..

OKje said...

Ramai org juga ye Kak Zai....Diaorg tak balik kampung ke agaknya hihi....
Kesian Kak Zai.....nasiblah memasing penyabar orangnya. Kalau suami saya tu Kak Zai, mmg makan apa yg cepat jerlah...

Mummydearie said...

Kali ni cuti CNY masih ramai lagi orang di KL nikan, Kak Zai. Saya pulak sejak beberapa tahun kebelakangan memang cuti CNY tak balik kampung, kami melenjan kat shopping malls sebab seronok senang cari parking. Boleh tidur, baring dan pilih nak parking kereta sebelah pintu masuk ke, depan pintu masuk ke dan sebagainya. Tapi tahun ni tengok masih lagi ramai orang! Tak best betul!

Saya tak sukalah Mitsui Outlet ni, tak berapa best. Nak kata murah sangat pun tidak juga. Nak kata banyak pilihan pun, tak juga.

Orang kata langkah kaki kirilah kiranya kak hari tu. Asyik nasib tak menyebelahi. Takpa, banyak masa lagi boleh makan western food ^_^