Wednesday, January 27, 2016

Perjalanan Pergi dan Balik.

Assalamualaikum...

Masa nak pergi Taiping tempohari singgah R&R Bukit Gantang untuk membeli buah2an. Kebanyakkan gerai menjual buah2an yang sama seperti jambu, mangga, limau bali, mata kucing dan sebagainya.





Masa nak balik ke KL pulak jalan2 Taman Tasik Taiping. Sangat terpesona bila tengok pokok2 yang unik dan cantik.  Saya rasa mesti pokok2 itu sudah berumur puluhan tahun sebab tengok dari batangnya yang besar dan merendang. Dahannya yang merendang membentuk sangat cantik. Tasik tu juga menyediakan bot2 yang berbentuk itik untuk disewa kepada pengunjung. Bukan itu saja basikal pun disediakan untuk ronda2 taman. Kalau sesiapa yang menghala ke Utara singgahlah boleh jalan2 ambik angin Taiping Bandar Warisan.











Dah habis ronda2 Taiping kami ke Kuala Kangsar pulak. Hubby kata dia nak ikut jalan lama boleh tengok kampung2. Maklumlah orang tak ada kampung dapat tengok pun dah rasa seronok. Bila sampai ke bandar Kuala Kangsar saya terpandang bangunan yang memang terkenal di Kuala Kangsar. Disini lahirnya cendiakawan dan ramai pemimpin negara. Bangunan yang saya maksudkan adalah Malay College (MCKK).

Di Kuala Kangsar kami jalan2 dekat bazar. Banyak jual craft tangan terutamanya labu sayong, bakul rotan, tikar mengkuang, bantal, tilam kekabu, songkok, barangan tembaga, golok, pisau yang berbagai bentuk dan macam2 lagi. Kuala Kangsar memang terkenal dengan labu sayong. Tak banyak ambik gambar kat bazar Kuala Kangsar. Perut sudah berbunyi menandakan kelaparan tambah pula cendul dan laksa sudah didepan mata.




Kuala Kangsar terkenal dengan laksa dan putu beras. Sayang saya terlupa membeli putu beras. Rasa laksa perak agak berbeza sedikit bukan kuah tapi laksanya. Saya tak pasti buat dari tepung apa. Kami memilih gerai yang mengadap ke sungai Perak. Kalau saya tak silap disungai itulah diadakan pesta air setiap tahun.



Sudah habis jalan2 kami masuk highway dan meneruskan perjalanan balik ke KL.




22 comments:

Kakzakie Purvit said...

Perjalanan yg memuaskan hati KakZai
Pergi balik dlm suasana mendamaikan.
Mata dijamu dengan keindahan
Perut kenyang dengan hidangan enak.

NEKCIK said...

Nekcik ni dah lama tak menghala ke utagha...kuda besi ni asyiik sempot jer..

NEKCIK said...

Bagus kalau kita gunakan alam semula jadi untuk merehatkan fikiran...bukan bermegah dengan bangunan yang bertingkat tingkat tu

NEKCIK said...

Bagus kalau kita gunakan alam semula jadi untuk merehatkan fikiran...bukan bermegah dengan bangunan yang bertingkat tingkat tu

NEKCIK said...

Nekcik ni dah lama tak menghala ke utagha...kuda besi ni asyiik sempot jer..

NEKCIK said...

Nekcik ni dah lama tak menghala ke utagha...kuda besi ni asyiik sempot jer..

Mummydearie said...

Masa adik saya belajar di MCKK dulu rajinlah ikut abah ke sana. Sekarang ni lama dah tak jejak Perak. Ingatkan baru ni balik dari Penang naklah juga singgah kat Kellie Castle tu tapi mengejar masa, tak dapatlah nak menolong.

Cantik pemandangan kat Taman Tasik Taiping ni, Kak Zai. Teringin nak pergi. Tapi kalau tersebut aje nama taman tasik ni teringat pulak adegan dalam majalah Gila-Gila, From Taiping with Love kalau tak silap ^_^

Malinda said...

kalau benti kat RnR tu memang bole rambang mata menegok gerai buah...semua nampak segar2 je tapi sedikit mahal...

Nieda Ramly said...

laksa beras kak zai...

Nieda Ramly said...

dia buat dgn tepung beras

Ana Jingga said...

kak zai, ana suka sangat singgah Kuala Kangsar ni, melihat labu-labu sayung, taman tasik tepen tu memang nyaman sangat cuma hari minggu jem susah nak cari parking kan hihi :)

Unknown said...

Cantiknya pemandangan tu kakzai terpesona lah, kakzai pun pandai amik gambar nampak menarik
buahan2 pun sedap nampak nya tu, kalau saya mmg dah borong banyak tu

paridah said...

Taman tasik Taiping ni mmg cantik sgtkan...aman damai suasananya....seronok kan dapat jln melalui jln lama n dpt melihat keindahan kampung2 sepanjang perjalanan.

JunAina said...

kak laksa Kuala Kangsar buat dari tepung gandum...

babYpose said...

Wah sangat menarik perjalanan kak zai, geram tengok gambar-gambar cantik terutama 4 terakhir tu ada bukit,walaupun gerai buah, bila dihargai, penjalanan menjadi lebih menarik.

OKje said...

Rajin pulak Kak Zai ronda ronda dulu ek...siap jalan Tasik Taiping lagi. Saya ni selalu jer hala Ipoh Kak Zai tp tak pernah terlintas nak singgah Taiping. Nanti bila bila bolehlah jugak ke sana.

Kuala Kangsar tu pun pernah sekali jer sampai.

OKje said...

Rajin pulak Kak Zai ronda ronda dulu ek...siap jalan Tasik Taiping lagi. Saya ni selalu jer hala Ipoh Kak Zai tp tak pernah terlintas nak singgah Taiping. Nanti bila bila bolehlah jugak ke sana.

Kuala Kangsar tu pun pernah sekali jer sampai.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Redup jer tengok suasana dibawah pokok tu Kak Zai..
Dah lama saya tak singgah Kuala Kangsar sebab tak menghala kesana..
Saya juga suka singgah beli buah-buahan disini.. fresh..

saniahibrahim said...

Alhamdulillah,kak zai saya dah opret 27 haritu...harini dah boleh balik.Terimakasih sentiasa beri semangat pada saya .

paridah said...

salam jumaat zai...

saniahibrahim said...

Alhamdulillah,kak zai saya dah opret 27 haritu...harini dah boleh balik.Terimakasih sentiasa beri semangat pada saya .

kakrose said...

Seronok zai selalu dpt jalan2 sambil bersantai. Ky pernah pusing satu malaysia menyusur jln tepi pantai..sangat seronok. Jika di beri peluang ingin rasanya mengulangi sekali lagi..