Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat rakan2 semoga apa yang kita akukan hari ini lebih baik dari semalam dan diberkati Allah swt.
Kawan2 pernah tak makan kuih bokor? Kuih ini adalah kuih traditional orang Kelantan. Ia diperbuat daripada ubi kayu. Rasa dia sedap ada rasa lemak2 manis. Santan dia tu yang buat rasa sedap pekat betul.
Menurut kawan saya tuan rumah yang saya kunjungi ubi tu diparut kemudian ditapis campur dengan gula, masukkan sedikit air pandan biar nampak cantik dan harum lepas itu dikukus. Kuahnya pulak pati santan dicampur dengan tepung ubi dan sedikit garam kemudian dimasak atas api biar pekat. Bila nak makan potong kuih tadi dan campur dengan santan. Itulah namanya kuih bokor.
Kalau kawan2 nak mencuba bolehlah tapi jangan tanya saya sukatan sebab menurut kawan saya dia buat main campak2 aje hehehe....
11 comments:
Tak pernah lagi makan kuih ni kak zai...ok juga kalau mencuba buat bila ada ubi kayu ,nak juga tau macamana rasanya.
Teringin pulak kakak nak rasa KakZai
Tengok yg dlm piring tu pun nampak sedap:)
Pasti sedap dengan santan lemak manis..kena google resepimya..:)
nama je orang Kelantan..tp abab kuih tradisi ni sura tak berapa tau..buat malu negeri jer..hihi..klu x silap kami panggil tepung bokor..pernah jugak merasa dulu2..tapi sura kureng sikit...lebih suka lompat tikam..:)
Assalam. Tak pernah tengok dan makan kuih ni. Sedap agaknya ye.
Saya baca dalam entri Cheq Sue hari tu "Kuih Kato"
buat dari ubi kayu juga kak zai..
Kuih Bokor mungkin lain ye kak zai..
Tengok sedap tu ..
First time dengar dan tengok kuih ni kak...rasanya memang susah nak cari kat kedai2 walaupun di Kelantan.
Tak pernah dengar kak Zai....tp cara kak Zai cite tu mcm bingka ubi ek...cuma dicurah kuah jer bila nak makan tu..
Saya ni semua kuih saya bedal Kak Zai....haha.
Lama tak tengok Kak Zai, dah lupa camne rupa Kak Zai. Meh le selpie sikit kak Zai
Tak pernah dengar kak Zai....tp cara kak Zai cite tu mcm bingka ubi ek...cuma dicurah kuah jer bila nak makan tu..
Saya ni semua kuih saya bedal Kak Zai....haha.
Lama tak tengok Kak Zai, dah lupa camne rupa Kak Zai. Meh le selpie sikit kak Zai
Nampak mcm sedap jer..mcm asam gubal pulak..x pernah makan ni
Nampak mcm sedap jer..mcm asam gubal pulak..x pernah makan ni
Post a Comment