Wednesday, January 13, 2016

Baru Bercadang

Assalamualaikum...

Sudah bercadang dari tahun lepas lagi tapi tertangguh disebabkan sahabat hubby dari UK datang. In syaa Allah sudah membuat keputusan untuk pergi ke Turki tahun ini tapi kena mengikut jadual cuti siadik dan keadaan cuaca disana. Kami bercadang untuk ke sana pada bulan oktober nanti.

Tiba2 semalam Istambul kena bom betul2 didataran Masjid Biru. Masjid setiap orang yang pergi wajib singgah dan menunaikan solat sama ada fardu berjemaah atau pun solat sunat. Sesiapa saja yang melancung sama ada ke Turki atau ke Istambul memang disinilah tempat wajib singgah. Kawasan ini juga terdapat Hagia Sophia yang dulunya gereja ditukar masjid dan sekarang dijadikan muzium.

Hati sudah mula takut walau pun jangka masa nak pergi agak lama lagi. Ticket pun masih belum dibooking. Masih mencari info2 yang boleh dijadikan panduan. Ada juga N3 cuti2 Turki yang sudah saya baca termasuk mencari pakage yang harganya berpatutan. Mudah2an ianya tidak akan berulang lagi dalam masa yang terdekat ini.

Terfikir pulak masa kami bercadang nak ke Beijing dua tahun lepas pun ada kejadian. Kisah MH370 yang hilang. Nasib baik tak booking tiket lagi. Kami memutuskan percutian ditukar ke Perth. Bila sudah booking tiket MH370 dipercayai terhempas dilaut China Selatan pula. Teruskan juga percutian walau pun waktu itu Perth menjadi tumpuan. Alhamdulillah percutian kami selamat. Beijing sudah tidak lagi termasuk dalam senarai percutian.





19 comments:

Bunda_nora said...

Selamat bercuti Kak Zai....semoga semuanya selamat...InsyaAllah..

saniahibrahim said...

Smoga perancangan kak zai dan keluarga akan termakbul juga tanpa ada halangan...semoga dipermudahkan percutian nya.
Yalah saya tengok gak berita pasal turki tu,terfikir juga tempat2 itulah kawasan ramai pelancong kan...

Unknown said...

amboiii kakzai awalnya dah merancang bercuti bestnye

iryantyismail said...

Awal betul plan ni...nak kumpul duit dulu ye kak :-))

iryantyismail said...

Ada nyawa terkorban tak kak kat turki..baru tahu...

Kakzakie Purvit said...

Kakak ni yg tak bercadang nak ke sana pun bila tengok keadaan pengeboman itu terkejut dan terkilan juga KakZai. Bersama kita berdoa semoga umat Islam yg rata-rata sedang diuji dlm perlindungan Allah...

OKje said...

Saya ni jadi fobia nak naik kapal terbang Kak Zai, yelah mmg ajal maut tu urusan Allah tp tulah....takut!.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga tiada perkara yg tidak diingini berlaku ye kak zai..
Kita merancang Allah yg menentukan ..
Selamat bercuti kak zai..

kakrose said...

semuga percutian Zai di permudahkan dan selamat pergi dan balik..Aamiin.
ky pun risau juga ni. insyaAllah..sedang menanti penerbangan ke 3 distinasi nie sehingga bulan appil..

Wak Lat said...

wahh bestnyer gi turki tuu., harap dipermudahkan., ;p

Ana Jingga said...

erm semalam kan dalam berita terdengar.. kak Zai di mana-manapun tak selamat dah sekarang,walau dalam rumah kita sendiri, cuma berpegang pada takdir Allah dan Kun Fa Ya Kun Nya.. :)

raihanah said...

selamat bercuti kak zai, semoga urusan dipermudahkan

Unknown said...

ye..saya pun dengar beritu tu..agak merisaukan jugak..hati2 je la..pantau juga keadaan semasa di sana..kalau semakin teruk nak buat cemana..kan??

babYpose said...

Seronok merancang percutiankan, kadang tu risau dengan kejadian yg kerap berlaku sekarang ni. InshaAllah dipermudahkan..

paridah said...

sudah merancang nk bercuti ke turki pula ya bestnya insyaAllah..selamat pergi selamat kembali ..

Mummydearie said...

Sekarang ni memang macam-macam hal berlaku. Kalau ikutkan takut memang tak boleh nak ke mana-mana. Bak kata kawan saya, takut-takut pun, duduk dalam rumah sendiri pun dah tak selamat!

InsyaAllah, kak takda apa-apalah! Lama lagi nak travel. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah!

NEKCIK said...

Wah istanbul aku datang ye Zai...best tu...apa apa boleh terjadi di mana mana pun ..yng pentingnya kita doalh semug kita dilindungi serta di jauhkan dari segal yang tidak diingini..insyaallah

NEKCIK said...

Wah istanbul aku datang ye Zai...best tu...apa apa boleh terjadi di mana mana pun ..yng pentingnya kita doalh semug kita dilindungi serta di jauhkan dari segal yang tidak diingini..insyaallah

NEKCIK said...

Wah istanbul aku datang ye Zai...best tu...apa apa boleh terjadi di mana mana pun ..yng pentingnya kita doalh semug kita dilindungi serta di jauhkan dari segal yang tidak diingini..insyaallah