Hubby membawa saya melawat projek Empangan Paya Peda di Besut Terengganu. Hampir 5 tahun hubby berulang alik untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Minggu depan sudah nak diserahkan sepenuhnya kepada kementerian Pertanian. Ini bermakna semua kerja2 hubby disini telah selesai dan saya juga tidak lagi dapat pergi selalu ke Pantai Timur macam biasa.
Selain melawat projek di Besut hubby juga dikehendaki ke Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat bersama konsultan. Begitulah rutin kerja hubby selain mengendalikan projek2 lain yang ada di Lembah Klang. Ada juga kesulitan yang dihadapi tapi akhirnya berjaya juga disiapkan.
Hubby juga pergi melawat kilang yang berkaitan dengan projek di utara Semenanjung dan juga ke Manchester dan Shanghai. Alhamdulillah sambil bekerja dapat juga meluangkan masa untuk melancong. Masa ke Manchester hubby ambik masa lebih untuk ke Portsmouth UK berjumpa dengan anak cucu.
Beginilah rupa Empangan Paya Peda setelah siap. Kalau dulu cuma ada tanah kosong tapi sekarang sudah berisi dengan air.
Kat atas ni pula gambar yang saya ambik sebelum projek siap.
10 comments:
Alhamdulilah ,bila dah nampak hasilnya tentu rasa kepuasan ....apatah lagi yg dapat digunakan utk kemudahan semua.
Lama juga 5 tahun tu berulangalik ke terengganu tu kak zai.
Projek empangan apa lagi agak besar tu KakZai kira 5 tahun boleh hand-over dah terbaik dah tu.. Projek yg melibatkan air tak semudah projek yg setakat batu/pasir. Buat rumah 15 tingkat biasa lebih mudah dari membuat swimming-pool size biasa di kondo KakZai. Jadi kalau empangan macam ini KakZai bayangkanlah... kakak pernah terlibat bidang development jadi sikit-sikit tahulah juga.
cantiknya view empangan peda...projek mega yg diselesaikn dgn jayanya hubby zai...tahniah.
Tahniah buat hubby kak Zai... seronok ya... sambil mengiringi asben buat kerja boleh melancong sekali.
best kan kak Zai dapat suami yg terlibat dengan kerja projek mcm ni...time dia g keje kita leh join sekali
2 in 1 kak zai...suami melawat tapak kita pun boleh tumpang sekali
Untung kak Zai tau ....dapat honeymoon memanjang..Takut terdapat anak bongsu pulak hihi....
Tengok empangan ni saya teringat masa belajar dulu, buat lawatan sambil belajar ke Empangan Paka kalau tak silap
Hello Zaitun, nice pics here. The last time I was in Trengganu was wayyyy back in the middle '80s. Used to stay at Primula hotel as well at Tanjong Jara hotel.
Glad to read your hubby takes you places.
Have a fun weekend and keep a song in your heart.
Lee.
indahnya pemandangan di sana, singgah ke sini dan follow perkongsian zai, in shaa allah :) salam ukhwah dari anajingga.com :)
cantik empangan tu kakzai saya belum pernah tengok in real, tpi best lgi bila kakzai dpt ikut hubby jenjalan kan hehe
Post a Comment