Monday, November 30, 2015

Cemas

Assalamualikum....

Semalam masa saya siapkan hidangan untuk makan malam bersama tetamu tiba2 dengar suara anak lelaki balik dengan hubby yang sepatutnya ke airport untuk menjemput Mimi balik dari Penang. Hairan juga kenapa cepat sangat tak sampai 10 minit dah balik. Bila hubby masuk saya nampak mukanya tak ceria dan bagitau akak panggilan Mimi (anak perempuan) kat airport Langkawi. Sepatutnya Mimi sudah berada di KLIA2 tapi kenapa di Langkawi. Saya jadi kebingongan tapi lepas itu baru hubby kata Mimi hantar mesaj sekarang dia masih berada didalam kapal terbang airport Langkawi.

Makanan sudah terhidang selera makan totaly hilang tapi terpaksa juga layan tetamu. Hubby langsung tidak mahu makan masih lagi menalipon untuk mendapatkan berita dari anak. Agak lama baru ada mesaj... took off. Hubby terus mencapai kunci kereta dan saya pula berlari mengikut hubby. Sempat peluk tetamu suruh makan dan yang lainnya serah pada menantu.

Dalam kereta sunyi sepi hubby diam saya pun diam. Melayan perasaan teringat MH 307, MH17 dan macam2 lagi. Sampai saja diairport terus ke skrin untuk tengok number flight. Saya dan hubby menarik nafas dalam2 dengan luahan alhamdulillah. Berlari ke tempat arrival dan menunggu. Agak lama juga dan my hubby sudah standby dimuka pintu. Sejurus nampak Mimi terus dipeluk seolah2 macam mendukung. Dengar suara Mimi...ingat tak jumpa baba dan mama lagi. Saya pula hanya berdiri dibelakang dengan air mata yang tak berhenti. Sempat pandang muka Mimi dan nampak matanya bengkak.

Moment sebegini selalunya terjadi kalau pergi berjauhan yang lama tapi realitynya baru subuh tadi kami hantar Mimi ke airport untuk ke Penang. Dalam kereta baru dia menceritakan apa yang berlaku. Sepatutnya flight dia tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 7.30 malam tapi dekat dua jam berlegar2 diruang udara. Akhirnya flight divert dan landing diairport Langkawi.  Menurut Mimi semua yang berada didalam flight berasa amat cemas kerana gegaran yang begitu kuat. Kanak2 mula menangis kerana ketakutan. Orang Jepun yang duduk sebelah Mimi sempat cakap... pray to your god and I pray to my God.

Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun kami telah banyak kali menaiki kapal terbang tapi ini adalah pertama kali perasaan cemas sedemikian rupa.Terima kasih Allah kerana masih memberikan masa untuk kami anak beranak bersama alhamdulillah.....






17 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Allahu Akhbar memang cemas tu zai..
Macam2 berlegar difikiran kita waktu tu kan..
Alhamdulillah selamat akhirnya..

saniahibrahim said...

Dapat saya bayang kan perasaan kak zai dengan hubby kakzai disaat itu...ialah sesiapa pun akan cemas jika berlaku keadaan macam tu,apatah lagi ada anak sendiri.
Alhamdulillah2...selamat akhirnya.

paridah said...

syukur alhamdulillah Allah melindungi mimi n yg lain drpd sebarang musibah...siapapunn akan cemas risau x terkata jika alami situasi begini

Ana Jingga said...

Alhamdulillah mimi telah selamat ke pangkuan keluarganya.. :)

Kakzakie Purvit said...

Subhanallah... siapa pun akan rasa macam apa yg KakZai sekeluarga rasa
Syukurlah semuanya selamat. Mesti jadi memori ngeri buat Mimi.

Dr K said...

Divert ke Langkawi?
Petang2 sekarang mmg hujan lebat area Sepang- Putrajaya - Shah Alam...cuaca teruk..

Alhamdullilah....selamat semuanya.

Unknown said...

ni pun boleh rasa cemas nya kak..
Alhamdulillah..selamat semuanya..

Azian Elias said...

ALHAMDULLILAH selamat semuanya.. mmg suspend kan..

Bunda_nora said...

Alhamdulillah dah selamat... sesiapa pun akan berasa cemas begitu...lantaran macam2 kejadian nahas udara sejak kebelakangan ini...

Normala Saad said...

Alhamdulillah selamat...takut dengar cerita mcm ni...

sweetie said...

as/kum kak zai... syukur! semuanya selamat.

kakrose said...

alhamdhulillah..semuanya selamat. ini lah perkara yang membimbangkan bila naik flight..

LadyBird said...

Salam kak..

Alhamdulillah.. Syukur semua selamat..
Memang cemas klu lalui situasi bgni.. Lbh2 lg trgtkn kpl trbg yg hlg tu.. Huhh

NEKCIK said...

Syukur alhamdulilah..kalau yang mendengarnya pun cemas..apa lagi orang yang mengalaminya..ngeri kan..itulah kekadang memang sebelum terbang macam macam terbayang di fikiran..bergegar sikit pun rasa melayang semangat...tiap kali nekcik atau anak anak nak berpergian memang wajiblah nekcik solat hajat 2 3 kali ..mintaak dijauhkan dari segala yang tak diiingini..rasa nyawa kita terawang awang!!alhamdulilah Mimi selamat

Canon Rider said...

Uish tak sangka..first time melati baca kisah sebegini. Ingatkan flight domestik tak de kes berlegar legar lama benor di diawangan. Alhamdullillah...tk de apa apa kan kak zai...

OKje said...

Mau tak cemas kalau cenggitu!Tapi kenapa sebenarnya Kak Zai....ada masalah apa? Hish.....2 jam, lama tu

OKje said...

Mau tak cemas kalau cenggitu!Tapi kenapa sebenarnya Kak Zai....ada masalah apa? Hish.....2 jam, lama tu