Thursday, October 15, 2015

Tips Menjaga Orkid.

Assalamualaikum...

Kakzakie ada mencadangkan supaya saya membuat N3 tips menjaga pokok orkid. Sebenarnya tidak ada cara tertentu yang saya lakukan untuk pokok orkid saya berbunga selalu.

Apa yang saya buat sama macam kawan2 semua lakukan. Siram dan bubuh baja. Kalau hari panas siramlah dua kali sehari. Orkid tidak memerlukan banyak air. Waktu petang jangan siram lambat sangat takut air siraman bertakung dalam daun. Sekiranya banyak air yang bertakung boleh membuatkan daun dan batang menjadi lembik.

Orkid terbahagi kepada 2 satu yang tahan dengan matahari dan satu lagi memerlukan teduhan. Kalau membeli pokok orkid tanya pada penjual jenis yang macamana. Orkid yang tahan panas lebih mudah penjagaanya berbanding  dengan yang satu jenis lagi. Cara menanamnya juga ada berbeza ada yang gunakan moss atau arang saja. Boleh Google untuk mendapatkan maklumat.

Saya gunakan dua jenis baja satu untuk pertumbuhan pokok dan satu lagi untuk bunga. Baja untuk bunga saya gunakan spikes dan cecair sembur seminggu sekali. Bila ada kerajinan saya siram dengan air beras atau air bawang. Menurut peniaga orkid diSungai Buloh boleh guna baja cecair dengan semburan 2 atau lebih dalam seminggu. Mungkin dengan banyak kali semburan membuatkan bunga2 yang dijual lebih banyak bunganya.

Satu lagi yang biasa saya lakukan suka bercakap dengan pokok sebab saya percaya tumbuhan juga perlukan belaian dan kasih sayang. Kadang2 sambil membuang daun2 yang sudah kering saya bercakap seolah2 ada orang lain bersama saya. Mungkin orang tengok pelik tapi itulah yang saya lakukan. Samalah macam kucing peliharaan dia akan bertindak balas dan mengikut apa saja arahan yang diberi walaupun dia tidak boleh berkata2.

Gambar kat bawah ini adalah baja yang selalu saya gunakan.





Kepada semua yang sukakan orkid cubalah mana tahu kalau lebih menjadi dari pokok2 orkid yang saya tanam.






12 comments:

Kakzakie Purvit said...

Apa yg KakZai ada sama dgn kakak punya cuma gambar yg atas tu kakak beli yg jenis bulat-bulat macam pil tapi besar macam ibu jari kaki tu KakZai. Bab berbual dgn pokok kakak pun berbual tapi agaknya kakak tak semerdu suara KakZai kot haha...

Teduhan itulah yg kakak rasa kakak tak ada. Kena ada macam yg KakZai katakan sebab kakak selalu letak bawah pokok bunga raya ada juga di bawah porch tapi entahlah kakak rasa tangan kakak ni tak serasi dgn orkid agaknya..

Terima kasih dgn tips yg kakzai berikan.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Pokok bunga orkid saya dah mati 3 pasu kakzai..
Bila saya baca tips kakzai tu, rupanya jgn siram pokok orkid petang hari,
saya selalu balik kerja siram pokok2 tu..
Jadi sebab tu matikan..

paridah said...

kena ikuti tips yg zai beri tu utk jadikan orkid subur n rajin berbunga...

saniahibrahim said...

Terimakasih kak zai kongsi tips...
Orkid jiran sya pun meriah brbunga sentiasa ,selain dari air beras dan air basuhan ikan ,dia gunakan kepala bilis yg dibakar hangus dan dihancurkn....tapi sya ni jenis mmm mnalah nk ikut tip dia....hehee beli je boleh terus tabur.
Part nk bual dgn pokok ni sya tak pandai lah kak zai....kdg2 cuba juga tpi mcm janggal je ckp sorang,apatah lagi rumah sya ni dekat sangt dgn kedai mkn,takut juga org tngk sya pelik ,ingat sya tak betul dah tnggl sorang kat rumah...hehe

Nieda Ramly said...

terbaik kak zai

Nieda Ramly said...

terbaik kak zai

kakrose said...

rajin zai nie..patutlah bunga orcid dia meriah..

NEKCIK said...

peminat tegar okid kskzai ni..okid nekcik semua da inalilah. .merajuk tahap gaban..ni baru nak berkebun semula..musim hujan ni elok

Unknown said...

Wahhhhhh... Patut lah bunga orkid Akak cantik2 dan segar2.. Akak menjaganya dgn penuh kasih sayang.. Saya tak pandai jaya pokok.. Tanam serai pun tak menjadi..

OKje said...

Bagus tips yg Kak Zai bagi ni manalah tahu berguna buat mereka yg suka Orkid . Nak harap kan OKje yg menanamnya, huh....entah bilalah gamaknya hihi....

IndaMarya said...

Zai.satu soalan.orkid saya keluar ja kuntum dh kena attack dgn semut.last2 semua jadi kecut dn hitam.pls help me...syg tengok .wat to do.

Unknown said...

Bagaimana sis zai menjaga spikenya. Spike saya selalu saja x kesampaian.