Thursday, October 08, 2015

Tetamu Jauh nun Dari UK

Assalamualaikum...

Terima kasih buat semua rakan2 yang comment n3 saya. Kepada semua yang ingin menjadi tetamu saya dialu2kan. Boleh aje kalau nak makan nasi Arab atau apa2 yang termampu boleh saya berikan.

N3 lepas saya ada memberitahu ada lagi tetamu yang akan datang ke rumah saya. Alhamdulillah mereka telah selamat tiba setelah 14 jam dalam penerbangan. Kedua2 orang tetamu saya adalah isteri kepada sahabat hubby semasa menuntut di UK. Salah seorang pernah menetap diMsia selama 18 tahun kerana mengikut suami orang Msia tapi kembali semula ke negara asalnya. Tiga tahun lepas suaminya telah pun meninggal dunia diMsia

Hari pertama dan kedua tak pergi ke mana2. Duduk kat rumah saja lagi pun mereka masih penat. Hari ke tiga baru saya bawa mereka jalan2 utara. Singgah Kelley' s Castle kemudian teruskan perjalanan ke utara. Selepas melancung diutara saya bawa mereka ke selatan tanah air pulak. Disini kami berjimba bersama anak2. Percutian ke Johor Baharu dan seterusnya ke Melaka. Bila ramai yang turut serta percutian menjadi lebih meriah.

Dapat pergi Legoland, tempat2 sekitar berhampiran dan jalan2 bandar. Bawa mereka makan dekat Restoren Singgah Selalu. Di Melaka juga sama jalan2 tempat sejarah, makan dan shopping. Banyak barang yang mereka beli diDataran Pahlawan untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Hubby ambil cuti selama 10 hari manakala anak2 pula buat cuti tambahan weekend. Semalam mereka telah selamat pulang ke UK setelah 14 hari bersama saya. Bersyukur sesangat dapat memberikan mereka keseronokan cuti2 Msia walaupun pada asalnya mereka hendak tinggal dihotel. Jika saya pula hendak ke UK rumah mereka menanti kedatangan saya sekeluarga selain ada rumah anak disana.



Maaf...semua gambar ada ditangan mereka dan anak2.



13 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Seronok dapat menggembirakan hati tetamu kan kak zai..
Sebenarnya teringin juga nak menengok gambar tetamu akak tu :)

Unknown said...

bestnya kakzai ingatkan menantu dan anak kakzai yang balik dari UK hehee
bestnya meraikan tetamu sampai 2 minggu mesti banyak tempat menarik kan
yalah kalau dpt kongsi gambar mesti besttt

saniahibrahim said...

Patutlah kak zai menyepi seketika..tertanya juga apakah kak zai pi jumpa cucu nun di sana.....rupanya ada tetamu jauh.
Tentu sahabat kak zai gembira berada di mlysia dengan layanan first class dari kak zai sekeluarga..

saniahibrahim said...

Patutlah kak zai menyepi seketika..tertanya juga apakah kak zai pi jumpa cucu nun di sana.....rupanya ada tetamu jauh.
Tentu sahabat kak zai gembira berada di mlysia dengan layanan first class dari kak zai sekeluarga..

Kakzakie Purvit said...

Layanan Kak Zai mesti akan diingat oleh mereka.
Hampir dijelajah M'sia kalau dah dari utara sampai ke selatan Kak Zai bawa
Seronoklah... lain kali kalau Kak Zai ke UK mereka pula akan buat utk Kak Zai pula

sweetie said...

Patutlah lama menyepi.. rupanya bawa tetamu cuti-cuti M'sia. Sayapun pernah singgah di restoran Singgah Selalu tu kak Zai beberapa tahun dulu dengan anak-anak...

paridah said...

sibuk melayan tetamu jauh yg berkunjung ya zai patut lama menyepi...semoga kelak akan bertemu lagi...insyaAllah.

OKje said...

Patutlah senyap lama Kak Zai menyepi....
Bestnya kak Zai ada rumah besar.....senang nak bagi sedara mara tumpang tido ek....
Wah.... sure depa seronok duduk rumah kak Zai kan, layanan bagus, makan nasi Arab lagi hihi...
Alahhhhh tak puaslah Kak Zai sebab tak de gambo

Normala Saad said...

seronok Zai kalau dapat bercuti bersama begitu

Amir renovation said...

Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

Amir renovation said...

Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

Bunda_nora said...

Padan dah lama agak menyepi... lepas ni tetamu kak zai pasti tak sabar nak berkunjung lagi, dan pulang dengan kenangan manis..

IndaMarya said...

seronok kalau ada tetamu dtg duduk umah kita kan...bolih masak makanan kegemaran.bolih sembang sampai jauh malam...best