Wednesday, October 21, 2015

Kepingin Kek Sarawak?

Assalamualaikum...

Tengah duduk sorang2 teringat kek Sarawak. Haisss...sedapnya. Bukan mengidam tau dah menopouse pun, dah jadi nenek. Kalau ada jual dekat2 nak aje serbu sebab dah lama tak makan. Yang saya tahu cuma ada dekat kedai artis Deja Moss kat Ukay Perdana Ulu Klang, itu pun kalau saya tak silap. Rasa macam nak terbang aje ke Sarawak tapi cuti hubby dah habis gara2 tetamu datang tempohari. Kata hubby tunggu tahun depan. Kalau gitu tak payahlah cuma nakkan kek Sarawak lagi pun dulu dah pernah pergi, baik pergi tempat lain kan hehe...

Untuk menggantikan keinginan yang membara carilah resepi yang ada persamaan kek Sarawak tu. Tapi kawan2 jangan salah faham kek ini amat simple berbanding kek Sarawak. Saya dah lupa siapa punya resepi, simpan punya lama. Apa2 pun saya nak ucapkan terima kasih jugalah pada yang memberi resepi.

Kek yang saya buat elok naiknya tapi kenapa dia senyum ya. Dah cantik tapi cacat kat tengah2.  Walaupun cacat tapi rasa dia tetap sedap. Bau daun pandan tu yang membuatkan kek tu jadi wangi. Tak tahu kenapa pulak terbelah kat tengah mungkin api terlalu kuat lot. Kepada yang pakar tentu boleh bagi jawapan kan.

Kek pandan kukus.



Ada lebihan whipping cream. petang tu bila anak balik kerja mulalah mendekor. Tak pakar pun suka2 katanya.








15 comments:

Nieda Ramly said...

kak zai letak la resepi boleh try buat pula..cantik jadi kek kak zai ...makan begitu pun dah sedap nampaknya

Nieda Ramly said...

kak zai letak la resepi boleh try buat pula..cantik jadi kek kak zai ...makan begitu pun dah sedap nampaknya

kakrose said...

bau harum pandan tu mmacam menyelinap masuk ke hidung KY..terasa sedapnya..

saniahibrahim said...

Sian kak zai tiba2 mengidam kek sarawak pulak ya...
Kek senyum tu dah dekor cantek pulak..tentu sedap kan air tangan sendiri.Apatah lagi rasa pandan tentu wangi.

paridah said...

kekpandan zai kalah kek serawak sedapnya tu dgn deko yg menarik menambah selera...

Unknown said...

wah kakzai mcm sedap tu, kek apa nama nya ni kakzai kalau ada resepi boleh gak ikut nnt

Bunda_nora said...

wah rajin kak zai membaking....lepas lah jugak yang dok mengidam kek serawak tu yer....
Nampak cantik n gebu jer kek nyer tu...

OKje said...

Hihi....kak Zai ni pandai jugak melawak rupanya.....
Tulah kalau sawan mengidam dah dtg, mmg tak boleh ditahan tahan lagi akan kak Zai....Tak jadi sebiji, hampir hampir sama pun jadiklah hihi ....

Rajinnya Kak Zai mendeko, kalau saya harus ngap togel togel gitu jer....
Hari tu saya buat kek coklat pun jadi gitu kak Zai, bukan tersenyum lagi dah, ketawa terbahak bahak gayanya haha...

Qhaifa Nur said...

Sedapnya...mengidam juga kek sarawak..lama x makan

Lee said...

Hi Zaitun, this coming to you from Canada. That is a very beautiful cake. Nice colour and texture too. 3 pieces of the cake would do me fine. Ada iced kopi? Ada lagi cake tu? Ha ha ha.
I can see you make good cakes, I guess you must be a good cook too. Next day make the famous Sarawak laksa.
Have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

Kakzakie Purvit said...

Kat JB ni Kak Zai banyak outlet yg jual tapi biasalah size kecik pun dah beratus-ratus harganya berbanding kalau beli di sana.

Tak apalah makan kek yg fresh form oven and sweet deco lagi best.
Gebu lagi kakak tengok pun tahu:)

che mid said...

Tak reti bayangkan rasanya kak..yang pasti sedappp..

sweetie said...

Terlebih pukul kot... tu yang 'tersenyum' lebar kek tu... Apapun tak kisahlah kak Zai, sendiri nak makan. Kalau saya tak kuasalah nak menoping dan mendekor... siap je masak terus potong-potong...ngap! hehehhe...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nampak sedap kek kak zai tu..
Memang betul kak zai.. kalau api kuat memang jadi tersenyumlah kek tu..
Saya dah kena tu hari..
Lepas tu mula mengukus dgn api yg sederhana..
Ye lah kakzai.. bagi lah resepinya..
Boleh saya cuba nanti.. :)

Wak Lat said...

kek lapis sarawak takde ke makk ? hehe2