Masa sidai baju saya nampak dekat bawah kereta ada benda yang bergerak. Bila diamati macam kucing tapi takan besar dan panjang. Pergi dekat sikit baru nampak ianya seekor biawak. Nak pergi lebih dekat takut manalah tahu kalau dibuatnya melibas macam buaya.
Beranikan diri ambik gambar dari seberang jalan. Dia berjalan menuju ke arah rumah jiran depan rumah saya. Kesian juga bila jiran saya balik nanti tentu terkejut kalau biawak tu ada kat kawasan rumah dia.
Macamana boleh biawak ada kat taman perumahan. Ini dah tentu sebab sarang dia sudah diganggu untuk buat pembangunan.
10 comments:
Betullah kak zai.. kesian habitat haiwan dah carca-marba dek kerana tempat tinggal mereka habis rata jadi bangunan.
Mesti kak zai terjerit-jerit sendiri masa nampak kan..:)
keamanan diorang dah terganggu....kalau tak membahayakan mungkin boleh halau je kan...
Ya lah kak zai camna pulak dekat kawasan perumahan ada biawak...memang sesatlah tu.
Sempat pulak kak zai snap gambar...kalau saya dah lari berkurung dlm rumah lah gamaknya.
kat sini pun kadang2 ada jugak biawak sesat ni kakzai, cuma disini takut sbb banyak kucing kang kena tangkap kucing2 di rumah ni, mmg seram jugak kalau ada yg besar panjang macam tu
Selalunya biawak ni takut dengan orang kalau nampak orang mesti cepat2 lari masuk semak..mungkin biawak ni tersesat kat taman perumahan akak kot.
besar juga biawak tu...kakpernah tengok sepasang biawak berdiri ..pelik kan tapi rumah dekat hutan biasalah zai mmg banyak biawak..
Sarangnya di ganggu salah satu faktor kak Zai... tapi persekitaran yang kotor... maksud saya terdapatnya kedai-kedai yang menjual ikan dan sayur atau gerai-gerai makan sekitarnya juga menyumbang biawak ni keluar ke kawasan perumahan di mana ada makanan untuknya.
Baru-baru ni dekat kawasan perumahan saya pun ada nampak biawak. Mana tidaknya... area kat kawasan rumah saya ni dah banyak sgt kedai makan haram 'tumbuh' mengotorkan dan buat sesak jalan saja.
kita kacau tempat dia...rumah dia ....dia kacau balik tempat kita...rumah kita.....
So, nak salahkan sape...sikit hari lagi ntah harimau, gajah , singa pun duduk setaman...sekampung ngn kita....kannnn...
dia sesat tu Zai. udah lupa jalan pulang..hihi
Soping kot kak Zai biawak tu hihi...
Biawak ni selalu makan telur ayam. Tetiba teringat zaman kecik dulu, mmg tak hairanlah kalau setakat nampak biawak ni, selalu jer ada berkeliaran belakang rumah. Kiranya dah mcm binatang belaan hihi....
Post a Comment