Semalam hari jadi hubby. Baru hari ini sempat buat N3. Ahad lepas kumpul dengan anak2 pergi makan dekat Nandos Subang Parade. Terpaksa buat awal sebab minggu ini masing2 ada hal.
Hubby seorang suami dan ayah yang pemurah dan sangat penyayang. Dengan anak2 pantang minta apa saja pasti dapat terutamanya anak2 perempuan. Hidup bersama lebih 30 tahun ada pasang surutnya. Pernah diduga kedua2 kedai terpaksa dijual gara2 anak sakit. Nasib baik ketika itu hubby masih bekerja. Setelah apa yang berlaku ikatan kasih sayang bertambah erat. Saya buat keputusan menjadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah sekarang anak2 sudah meningkat dewasa.
Buat hubby...happy birthday semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, punya kesihatan yang baik2 dan hidup bahagia dunia dan akhirat. Amin.
16 comments:
Salam jumaat Zai.
selamat ulang tahun kelahiran buat hubby Zai.selepas ini dapatlah keistimewaan sebagai warga emas ye..
Birthday kita sama kan KakZai
Tanpa kakak duga birthday en abang Kak Zai pun lebih kurang hubby kakak tau
Kebetulan betul:)
Happy birthday buat encik suami Kak Zai.
Hepi bezday utk suami kak zai ....semoga panjang umor murah rezeki dan bahagia berkekalan bersama kak zai dgn ank2.
Alhamdulillah diberi kesihatan yg baik wlpun diusia emas.
HAPPY BIRTHDAY HUBBY ZAI SEMOGA DIBERKAHI KEHIDUPANNYA BERSAMA ANAK ISTERI YG SGT MENGASEHINYA DIBERI ALLAH KSHTN YG BAIK MURAH REZKI N BHGIA SELALU..INSYA ALLAH...
Buat kak Zai pulak semoga berbahagia bersama hubby dan anak-anak... Dugaan hidup dlm berumahtangga jika diharungi bersama akan mengeratkan lagi kasih sayang...Happy Birthday buat suami kak Zai. Semoga dalam usia itu dia akan sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik...
salams kak zai,
happy birthday buat suami kak zai, didoakan semoga dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezki dan gembira disamping famili tersayang.
assalamualaikum kakzai
HB utk hubby kakzai mudahan Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki ameenn
HB buat hubby K Zai..moga kebahagiaan hidup berumahtangga tu berkekalan kehujung nyawa..InsyaAllah..
Happy Birthday buat suami kak Zai.Semoga dilindungi Allah
semoga berbahgia dan berkekalan hingga hujung nyawa...aamiin
30 tahun bersama, lama tu..selamat harijadi buat suami Zai, semoga bahagia dan berkekalan berdua hingga keakhir hayat. Amin.
tahniah kak zai...bertahan sehingga 30 tahun aman bahagia.
tahniah kepada hubby kak zai juga semoga mendapat umur yg berkat di dunia dan akhirat
Semoga akak sekeluarga sentiasa dalam rahmatNya...Happy belated burthday juga buat suami akak...
Hepy Bezday untuk hubby Kak Zai.....moga makbul doa seorang isteri yg ikhlas menyayangi dan mencintai hubbynya.
Biasalah Kak Zai , kalau tak de pasang surutnya, maka tak matanglah rumahtangga kita namanya.
Tahniah ye kak Zai. Semoga kak Zai dan suami kekal bahagia hingga ke jannah
hepi bezday untuk suami Zai semuga sentiasa sihat ceria dan bahagia di dunia dan akhirat berssma insan insan tersayang amiin
sudah cecah 60 tahun ye suami kak Zai..semoga beliau sentiasa sihat dan kak Zai sekeluarga hidup bahagia aminnn
Post a Comment