Monday, August 24, 2015

EP Tintin

Assalamualaikum....

Satu ketika kucing adik tapi abang yang bela sihat, cergas dan cantik. Ia dinamakan EP tinitin sempena nama asrama adik EP dan tintin sebab dia suka duduk dibawah kereta. Adik temui masa nak balik ke asrama selepas kuliah. Masa itu tintin kecik lagi. Dalam handbag adik sentiasa ada makanan kucing. Hari2 diberinya makan sampailah satu hari saya dan hubby datang ke Melaka untuk menjemput adik dan tintin balik ke KL.

Tintin yang bewarna kuning.

Setahun lebih dia melahirkan 4 ekor anak. Sekarang ke empat2 anaknya semuanya sihat. Puasa tempohari menantu nampak ada perubahan pada tintin. Selera makannya menurun dan badan menjadi kurus secara drastik. Bawa pergi klinik doc bagi ubat tapi macam tak berkesan. Berbagai usaha menantu lakukan bagi minum air zamzam , air kelapa dan macam2 lagi. Perut tintin dah mula buncit, badan lemah asyik baring aje.

Hari Jumaat menantu bawa ke verterinar UPM. Beberapa ujian dijalankan termasuk ambik darah dan sebagainya. Menurut doc penyakit tintin telah merebak ke paru2 dan makanan yang dimakan menjadi air yang membuatkan perutnya buncit. Bila berkeadaan demikian air yang dalam perut itu terpaksa dikeluarkan kalau tidak tintin tidak boleh bernafas.

Agak mahal fees rawatan tintin hari pertama dikenakan bayaran sebanyak rm365 dan akan menyusul setiap kali buat rawatan. Anak kata selagi tintin hidup dia akan pastikan tintin mendapat rawatan yang sebaik mungkin walau pun mengeluarkan belanja yang banyak. Mungkin sebab anak dan menantu belum ada rezeki untuk mendapat zuriat itu sebabnya mereka curahkan kasih sayang pada kucing. Kami semua berdoa semoga tintin cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. 

Akhirnya petang semalam tintin pergi juga. Walaupun ianya hanya seekor kucing saya, anak dan menantu menangis terutamanya adik teresak2 dihujung talian.


Sebahagian dari kucing peliharaan anak. Semua ada 10 ekor termasuk tintin.




10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Biarlah dia pergi KakZai daripada menanggung sakit. Perginya Tintin tak ada dakwa-dakwi macam kita. Tapi di'sana' kelak dia akan jadi saksi atas segala kebaikan seisi keluarga dah buat selama ada hayatnya.

Bunda_nora said...

Bunda dah pernah bela 2 ekor kucing dulu kaj zai.....bila dah lama2...dah sayang...tiba2 jatuh sakit....mati... memang satu keluarga terasa sangat....nanges..terutama anak yang bungsu...

saniahibrahim said...

Sedih sya baca cerita kak zai ni tau...sebab kami skluarga pun sayangkn kucing...apatah lagi kucing sya JJ smpai ni xditemui lgi....
Banyaknya kucing kat rumah anak kak zai...gumok2 nmpknya.

Sura Mohd said...

sura pulak yg bergenang baca ni..paham sangat perasaan tu..sebab sura sekeluarga pon suka kucing..ramainya kak Zai bela kucing..suka tengok..:)

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Huhu...pasti sis sgt sedih sekarang kehilangan kucing tersayang..bersabar la ya

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Huhu...pasti sis sgt sedih sekarang kehilangan kucing tersayang..bersabar la ya

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Huhu...pasti sis sgt sedih sekarang kehilangan kucing tersayang..bersabar la ya

Normala Saad said...

Sedih dan faham sangat perasaan orang yang sayang kucing macam anak sendiri ni..saya sudah banyak kali menangis kerana kucing ni..dari kecil sampai ketua....

Suria Amanda said...

Kesiannya tintin..ini lah dia kasih sayang kan kak...mesti sedih jugak...suka plak SA tgok kucing2 yang lain tu...gemuk2

OKje said...

Adik ni sama mcm adik yg kat sini. Sayang nar kat kucing. Teringat pulak kucing yg suka dtg rumah ni Kak Zai tp okje tak suka sebab dia seme hihi.....kalau bersin tu keluar hingus mcm manusia tu haish....

Comey Tintin, nampak bersih .....