Wednesday, August 26, 2015

Al-Fatihah

Assalamualaikum...

Tengahari semalam dapat berita Kakak kepada hubby masuk hospital. Hubby ambik cuti separuh hari terus pergi ke Ipoh. Sampai dihospital tengok dia bersembang dengan saudara mara yang datang menziarah. Bukan main rancak lagi walaupun suaranya kadang2 hilang.

Kami balik ke Kl pukul 7.30 malam dah salam2 dia lambai2 tangan. Pukul 4 pg tadi dapat berita dari anaknya kakak pengsan. Satu jam selepas itu dapat lagi berita mengatakan dia sudah tidak ada. Agak memeranjatkan juga sebab bila kenangkan masa kat hospital semalam rasa macam tak percaya apa yang berlaku. 2 3 kali saya bertanya dengan hubby sama ada berita yang dia terima benar.

Arwah dah sakit lebih kurang 3 bulan tapi tidaklah nampak kritikal. Menurut doktor dia mengidap kanser paru2 tahap 4. Adalah juga keluar masuk hospital tapi masih boleh menguruskan diri tanpa bantuan. Arwah tinggal dengan salah seorang anaknya dari anaknya bujang sampailah sudah berkahwin. Suaminya sudah lebih 4 tahun meninggal dunia. Alhamdulillah anak2nya semua berjaya cuma ada 2 orang lagi yang masih belum berkahwin.

Alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.



16 comments:

Suria Amanda said...

Janji allah itu pasti kan kak...al fatihah. .salam takziah dari SA dan keluarga

Nieda Ramly said...

rahsia Allah yang satu ....datang tanpa kita tahu.
Salam takziah

Saniah said...

al-fatihah,, semoga rohnya dicucuri rahmat,, takziah buat keluarga

cahayahidupku.blogspot.my said...

Innalillah wainnailaihiroiun..
Allahumma firlahaa warhamha wa`afihaa wa`afuanhaa.. Amin

Salam takziah Zaitun..

Kakzakie Purvit said...

Salam takziah dari kakak
Perginya mudah kakzai
moga beliau ditempatksn bersama kalangan hamba yg beriman

che mid said...

Innalillah wainna ilahi roji'un..akak tak pi ziarah ke..

saniahibrahim said...

Takziah kak zai....bila mengejut begini terasa seperti tak percaya bila berita diterima kan kak zai..

cikmanggis said...

Takziah zai.Alfatehah..

kakrose said...

salam takziah Zai. alfatihah buat arwah..

NEKCIK said...

inalailahiwainailaihirajiuun..takziah buat Zai dan keluarga
Tapi syukurlah sempat ziarah semasa ada hayatnya ..jadi tidaklah terkilan sangat kan Zai

Sura Mohd said...

innalillah..semoga rohnya dicucuri rahmat..AlFatihah..
Salam Takziah buat keluarga..

Normala Saad said...

Takziah. Alfatihah.

paridah said...

TAKZIAH KEHILANGAN SESEORANG YG SGT DKT DIHATI SEMOGA ALLAHYARHAM DIKASEHI DILINDUNGI BERADA DI SISI-NYA

OKje said...

Alfatihah untuk arwah......bila mana ajal dah sampai kan Kak Zai, gitulah.....

Acik Erna said...

Innalillahiwainnailaihirojiun.salam takziah zai

Acik Erna said...

Innalillahiwainnailaihirojiun.salam takziah zai