Thursday, July 02, 2015

Pemergiannya Sudah 29 tahun.

Assalamualaikum...

Hari ini genap 29 tahun pemergian ibu yang tercinta menemui penciptaNya. Hanya doa dan bacaan ayat2 suci yang selalu dikirimkan. Kesedihan lagi bertambah dibulan Ramadhan dan tak lama lagi hari raya akan menjelma. Sentiasa teringat ibu yang melahirkan dan membesarkan sampailah saya sempat melahirkan anak.

Semasa hayatnya menu yang mesti dia buat sempena menyambut hari raya adalah dodol, lemang, bahulu, putu, wajid dan yang paling istemewa halwa buah kabung. Setiap tahun arwah akan menyediakan menu ini untuk dijamu pada orang masjid yang datang untuk bertakbir. Selain itu arwah juga akan memasak nasi jika tahun itu pusingan ke rumah untuk bertakbir tepat waktu makan tengahari.

Kami jarang membeli ayam dipasar sebab arwah lebih suka membuat rendang ayam peliharaan sendiri. Saya masih ingat sehari sebelum hari raya ayam2 yang hendak disembelih tidak akan dikeluarkan dari reban. Punyalah bising ayam2 tu sebab masih dikurung manakala yang lain sudah bebas berkeliaran. Kenangan seperti ini tidak ujud lagi setelah pemergian arwah.

Doa saya semoga arwah mak aman disana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman, amin.

Al-Fatihah.



8 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

alfatihah buat mak kak zai...kenangan yg tak boleh diputar semula...
tiba2 teringat kat arwah nenek saya...huhuhu

paridah said...

memori indah bersama yg tercinta sentiasa mencuit rasa kan zai...terutama menjelang raya.

Siti Natrah said...

al-fatihah..semoga arwah dicucuri rahmat disana...takpa..kak zai lah cuba hidupkan balik memori apa yg mak kak zai buat...mesti orang lain happy kan

Pokok Manggis Depan Rumah said...

al-fatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat bersama orang-orang yang solah dan solehah.

saniahibrahim said...

al fatihah untuk mak kak zai...sya bulan2 posa ni paling sya ingat sngt arwah mak mertua sbb mnggal bulan Ramadhan ,tinggal dgn kami dari sejak baru kawen sehingga akhir hayatnya.tringat2 sngt wlpun dh 11 thun brlalu.

OKje said...

Alfatihah buat arwah mak Kak Zai.... Lama dah perginya ye Kak Zai....
Anak manalah yg tak sedih bila mengenangkan ibu yg melahirkan dan membesarkan kita ....Kenangan bersama itulah yg boleh menghilangkan kerinduan kan Kak Zai

Nieda Ramly said...

al fatihah kak zai

NEKCIK said...

Alfatihah Zai seuga arwah tenang tenang di sana berkat doa anakanak amiin