Friday, July 03, 2015

Menu Istimewa Dibulan Ramadhan.

Assalamualaikum...

Bubur lambuk sangat terkenal bila bulan Ramadhan menjelma. Setiap masjid ada menyediakan buat penduduk setempat. Kesedapannya terletak pada tukang masak yang ditugaskan. Kalau sesiapa yang biasa ke Kg Baharu sudah tentu biasa dengan bubur lambuk Masjid Jamek.

Bagi saya dari dulu tak pernah tinggal masih pilihan no 1. Kesedapan bubur lambuk Masjid Jamek hanya orang2 yang pernah merasa atau yang sudah biasa menikmatinya. Selalunya selepas solat asar petugas sudah mula mengagihkan pada pengunjung yang datang. Sekarang ini cepat aje habis munggkin sebab ramai yang suka.




Salah satu kuih Pantai Timur yang terkenal ialah kuih akok. Kalau sesiapa nak tahu kuih akok yang sedap adalah yang banyak kedutan. Lagi banyak berkedut lagi sedap kuihnya. Petua ini orang Pantai Timur yang pakar memberitahu pada saya. Sudah beberapa kali saya cuba memang ada kebenarannya. Rupa memang tak cantik tapi sedap. Ada yang berbentuk bunga pecah lapan ada juga yang berbentuk bujur atau bulat.




Caremal puding dibawah ini hasil air tangan anak kawan saya.





Gambar2 diatas adalah makanan yang disaji masa berbuka puasa dirumah sahabat saya.





9 comments:

paridah said...

wah sedapnya kuih2 buat berbuka puasa...akok n bubur lambuk mmg mnyelerakan.

miss eimanhikmah said...

sedap nye bubur lambokkkk

saniahibrahim said...

tentunya sedap bubur lambuk kg baru tu kan kak zai sebab tu popular seluruh mlsia tau...kalau lah dekat ingin juga merasanya.

Normala Saad said...

Bulan posa ni bubur lambuk baru sekali saja buat walaupun faveret mungkin kerana waktu tak posa pun selalu buat jadi keinginan nak makan tu tak begitu kuat..

NEKCIK said...

Nekcik pun suka tapi sekarang ni kuat rasa rempah...tu yg tak berani nak beli

LadyBird said...

Bubur lambuk tu yg paling sedap.. feberet nih

kakrose said...

di KL ni bubur lambk kg baru paling terkenal dan sedap..

Unknown said...

tak pernah makan bubur lambok ni kakzai, macam sedap je kan, nak kena cari resepi ni

OKje said...

Yg bawah tu faveret anak anak kat rumah ni Kak Zai... Okje suka gak kuih akok tu, makan panas panas , sedapnyaaaa