Friday, May 15, 2015

Wild Orchid

Assalamualaikum...

Lagi wild orchid (orkid hutan) yang saya beli. Cantik tapi bunganya tidak tahan lama berbanding dengan orkid yang biasa.



Seorang sahabat saya memberitahu
terdapat satu nursery yang menjual orkid hutan/liar di daerah Besut. Kalau tak silap nama kampung tu Kedeper, Kluang.
Kawan2 jangan silap ya ini bukan di Johor tapi di Terengganu. Memang terdapat
banyak orkid hutan disitu tapi masa saya sampai banyak yang tak berbunga sebab baru saja dijual dengan pelanggan yang selalu membeli di tempat beliau.


Harga memang murah sangat jauh beza jika dibandingkan dengan nursery di KL yang menjual orkid liar. Sekarang dirumah saya sudah terdapat banyak orkid liar selain orkid2 yang biasa saya beli termasuk orkid rama2.



5 comments:

saniahibrahim said...

memang unik dan lain dari orkid biasa ya kak zai...
saya ni tak lah pandai bab orkid2 tapi sya suka tengok orkid2 kak zai,bagai2 rupa.

Unknown said...

saya pun suka orkid, tapi masa je sangat mencemburui, orkid yg ad apun banyak yg ko jugak tapi ada lah sikit2 yg masih tinggal..

Kakzakie Purvit said...

Gambar orkid yg atas tu wangi tak KakZai. Tengok macam anggerik kan. Kalau anggerik wangi tapi pun sama tak tahan lama.

Zaitun said...

Tak ada bau kakzakie. Tulah bunga dia tak tahan lama.

Zaitun said...

Tak ada bau kakzakie. Tulah bunga dia tak tahan lama.