Tuesday, May 05, 2015

Warna Garang Bagai Namanya.

Assalamualaikum....


Sah... memang sah...tidak ragu2. Macam gempak aje kan. Teruja sebab bunga orkid yang berkuntum yang saya ceritakan dalam N3 tempohari adalah Orkid Harimau. Baru kembang 2 kuntum, ada banyak lagi yang masih kuncup. Warna bunga pun cantik iaitu warna coklat kemerahan dan kuning. Saya terpaksa tongkat dengan kayu sebab tangkai bunganya panjang manakala pokok dia kecik aje. Menyesal pulak tanam kat tempat tersorok kalau tanam dekat pasu kan lebih menyerlah.



Belum habis berkembang



Alhamdulillah semoga pokoknya membesar dan berbunga selalu.

Gambar kat bawah orkid hutan yang saya beli di Terengganu. Baru berbunga juga tapi bunganya tak bertahan lama.


Bunga kecil2



9 comments:

Acik Erna said...

satu kepuasan..rasa seronok bila tengok bunga2 tu kan zai

Unknown said...

cantik kakzai orkid tu, kat umah dulu2 ada tapi now dah ko yalah asyik dok masakkkk je tak feduli orkid sbb tulah kan

paridah said...

CANTIK ORKID RIMAU TU...LAMA TAHAN BUNGANYA TU...NANTI DH KMBNG SEMUA UPLOAD LAGI PICNYA.

NEKCIK said...

Cantik bunga okid tu. .
Okid nekcik semua dah bnyak mati..tuan dia bermalasa malasan

saniahibrahim said...

kak zai,memang betul2 macam bulu harimau lah orkid tu ,patutlah diberi nama orkid rimau...kalau dah kembang semua pasti lagi cantek.

Sham said...

Wow mmg cantik le...rare gak ni xpenah sy jmpa okid kaler ni..

Normala Saad said...

Orkid ni senang jaga kan Zai...bunga pula tahan lama..

Kakzakie Purvit said...

Kalau Kak Zai ambil sekuntum dan shoot dekat ada macam muka harimau tau Kak Zai. Bagusnya bunga ni tahan lama..

OKje said...

Selalu nampak orkid tu.....tapi baru tau namanya orkid harimau kak Zai...