Alhamdulillah dah sampai sini. Dari masa ke semasa nak pergi tapi tak kesampaian. Akhirnya sampai juga. Tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara melewati Pahang, Terengganu dan Kelantan. Jeti dikenali sebagai Pengkalan Jawi. Disini juga terdapat empangan yang dikenali sebagai Empangan Tasik Kenyir.
Kalau nak naik bot pusing tasik pun boleh atau kalau nak ke seberang untuk bermalam pun boleh. Disana juga ada resort pilih mana yang termampu. Diseberang tu juga ada taman burung, taman rama2, taman orkid, taman herba, taman tropika dan macam2 lagi untuk dilawati. Ada air terjun tapi kena naik bot tidak ada laluan darat.
Selalu berehat ditepi pantai sesekali berehat ditasik pulak. Next time kalau ada rezeki dan masa nak berehat diTasik Royal Belum, Grik Perak pulak.
4 comments:
Kak Zai nak pergi Taman Orkidkan sebenarnya hihi.... Okje tak pernah sampai lagi Tasik Kenyir ni
cantik nya kakzai taman ni, memang kalau picnic best ni kan, teringin lahhhh syg lah jauh sngt
tasek kenyir ni mmg cantik nak mancing pun boleh banyak ikannya.
canteknya umpama sebuah lukisan...tentunya jiwa tenang bila berada di sini
Post a Comment