Tuesday, May 12, 2015

Aktiviti Lasak...ohhh... tidak.

Assalamualaikum...










Selalunya kalau pergi holiday dengan parents tak dapat buat aktiviti lasak macam ini. Saya rasa semua mak mak pun macam itu. Banyak larangan bukan apa sayang kan anak takut jadi apa2 kannn.

Dapat tiket flight murah Mimi bersama dua orang sahabatnya holiday ke Langkawi. Sebelum pergi dah pesan macam2 jangan buat itu jangan buat ini. Tapi bila dah sampai dia call minta izin nak merasa katanya. Berat hati juga nak bagi.

Saya jadi fobia tengok laut sejak terjadi Tsunami di Acheh. Kalau masuk laut pun dekat tepi2 aje takut dengan ombak. Itu sebabnya saya tak bagi anak2 pergi tanpa pengawasan my hubby. Kalau nak berenang kat pool sekalipun mesti ada my hubby. Sebagai ibu kehendak anak2 seharusnya kita pertimbangkan. Lagipun tidaklah bahaya sangat apa yang dia lakukan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.




5 comments:

saniahibrahim said...

saya pulak suami yang takut sangat bila anak2 nak buat aktiviti lasak ni...sya takde masalah sebab sya muda2 dulu agak lasak juga.

Kakzakie Purvit said...

Hati kita ni sebenarnya tak kuat Kak Zai. Selalu bimbangkan yg tidak-tidak. Anak kita yg cekal mereka beranilah..

NEKCIK said...

sama jerlah kita Zai...tapi bila diorang dah dewasa. .dah kerja mmg kena lepaskn jugak..sebab nak bagi dia orang ada keyakinan diri..tapi cam Zai lah jugak. .segalan pesan bagai...siap buat solat hajat klau mereka berpergian....mojon dilindungi Allah

paridah said...

doakan yg terbaik saja utk mrk n semua urusan lncar semua..

Qaseh Vee said...

enjoy sungguh dia dgn percutiannya ... hati ibu tetap bimbang wpun anak ok je ...