Saya bukan buat renovation rumah cuma membaiki mana2 yang rosak. Dah kebetulan bersepah dan berhabuk teruskan plan yang seterusnya. Mencat dinding yang dah kusam. Biarlah nampak ceria sikit masa hari raya nanti. Puasa pun belum dah cerita pasal raya.
Tak salah kan kita buat awal sebab kalau dah dekat puasa nanti tak ada orang pula nak buat kerja2 tu. Asalnya nak cat luar saja tapi alang2 cat satu rumah luar dan dalam. Bila siap mungkin tak perasan cat semula sebab warna yang sama iaitu putih.
Ramai juga yang tanya kenapa asyik putih aje? Entahlah... saya memang sukakan warna putih. Rasa macam bersih dan suci hehe...cuma bilik aje yang saya buat ada warna itu pun tak terang. Puas cari warna yang sesuai untuk bilik konon nak bagi striking tapi bila pergi kat kedai cat tunjuk warna yang mild juga. Tanya pendapat hubby dia kata suka hatilah cuma Mimi minta bilik dia nak warna putih jugak.
Selesai pilih memilih masa nak bayar tengok bil...banyaknya bila mata scroll ke bawah tengok GST sahaja dekat rm300. Duit sebanyak itu macam2 benda boleh beli kannn....
Semuanya ada 12 tong yang besar dan 4 tong yang kecil.
9 comments:
Belum lagi upah org yg nak buat kerja itu semua lagi. Nampak sangat kos hidup kita semakin tinggi..
Wahh.. GST sahaja RM300.. Kos sara hidup sekarang makinn tinggi..Semoga kita semua dimurahkan rezeki hendaknya.
LatifahFazri
cat sekarang ni tak bau kan zai..tak pe cat luar dalam walaupun kita ada dirumah..tapi bab mengemas tu yang berat sikit
tak pe kakzai ,putih kan suci.Apa2 warna pun boleh digandingkan
amboi mahalnya GST...mahu atau tidak terpaksa menerima juga.
WALAU PUTIH TETAP CNTIK...HARGANYA CANTIK JUGATU..
Macam qu putih ha ha..gurau je kak..
warna putih memang suci jer nampak..yang buat hati rasa tak berapa suci..sbb terpaksa byr GST tu..sakit pulak mata tengok harga GST tu..
Saya dulupun suka putih2 tapi dah asyik kena komplen dengan anak2..boring kata mereka. Tukarlah..tapi tetap kena komplen juga..warna masam & mild...
Bila tengok rumah orang cat putih okje pun dah jadi jatuh cinta Kak Zai....Meh ler tunjuk rumah Kak Zai teringin nak tengok.
GST jer Rm300 yer kak Zai....Tu yg jadi mls nak cat rumah tu, tengok GST jer dah seram hihi
Post a Comment