Salam Jumaat.
Menurut yang menjual pokok, orkid yang dibawah adalah orkid harimau. Tengok dari rupa memang sama cuma pokoknya masih kecil. Beli masa expo MAHA dengan harga rm21 selepas tawar menawar. Saya tanam diatas tanah bekas tempat pokok mangga yang tumbang. Kebiasaanya orkid harimau pokoknya besar kalau tanam dipasu nanti tentu susah untuk mengeluarkanya bila dah sesak dalam pasu. Lebih baik terus tanam aje diatas tanah.
Baru beberapa bulan ditanam pokoknya sudah mengeluarkan beberapa kuntum bunga. Pokok dia pun tak adalah sihat sangat. Baja pun main campak2 aje cuma siram hari2. Kalaulah betul ianya orkid harimau memang saya sangat teruja kerana setahu saya orkid harimau akan berbunga selepas 3 ke 5 tahun. Saya kena tunggu bunganya berkembang dulu baru boleh tahu ianya betul atau tidak orkid harimau.
Ada mcm orkid harimau
Saya harap biarlah ia berkembang cantik jangan ada yang merosakkannya.
7 comments:
assalam kak zai ,nanti bila orkid ni dah berkembang masukkan dalam entry ya...nak juga tengok macamana orkid harimau tu.
Betul Kak Zai orkid harimau ni besar pokoknya dan boleh membiak meriah. Kakak panggil orkid kelapa juga. Sebab biasa kalau tanam di busut kelapa dia akan besar tinggi. Bunga dia kalau Kak Zai perhati betul macam muka harimau tau sealain warna kuning coklat macam harimau... biasa dia satu tangkai banyak bunganya dan tahan lama.
SELALUNYA ORKID RIMAU NI DH RUMPUNNYA MEMBIAK BESAR BARU NK BERBUNGA...LAMA PULA MENUNGGUNYA. TAK SABAR NK TUNGGU ORKID RIMAU ZAI NI...MESTI CANTIK TU...NAMPK MMG JENIS ORKID RIMAU TU.
nanti dah berbunga mesti cantik..:)
bunga orkid ni suka duduk di pokok tinggi dalam hutan
Makchaq memang tak pandai pasal orkid.. tapi suka tengok gambar2 bunga orkid yang macam orang, monyet, spider, burung etc tu.. memang menakjubkan
Post a Comment