Thursday, April 30, 2015

Buat Hal Lagi.

Assalamualaikum....

Ya Allah ya tuhan ku Kau berikanlah jiran ku ini hati yang bersih, jangan ada noda atau titik hitam dihatinya.
Semoga doa saya didengar olehNya.

Kalau sesiapa saja yang membuat atau memperbaiki rumah sudah semestinya kena sediakan tong yang besar untuk membuang segala benda buangan. Wajib ada, kalau tidak dimana nak diletakkan sampah buangan.

Kontraktor yang saya ambil untuk renovation diberi amaran supaya jangan meletakkan tong itu ditempat kononya parking anak dia. Rakan2 semua masih ingat tak N3 saya sebelum ini kalau tak silap saya ada dua tentang beliau.

Rumah dia seberang jalan tong yang diletakkan depan rumah saya. Logik tak dia beri amaran. Saya dah malas nak layan orang macam ini. Takanlah tong tu dibiarkan berbulan. Baru 4 hari tong tu disitu hari ini sudah pun diangkat. Kenapa nak bising2 sabar ajelah. Hari ini hari saya mungkin esok lusa hari dia pulak.

Saya mendapat tahu anak lelakinya yang nak langgar saya tempohari nak kahwin bulan June ini. Agaknya boleh tak saya sound dia pulak sebab dah tiga orang anaknya kahwin pasang khemah depan rumah. Kalau dipasang hari Sabtu dan dibuka hari Ahad tak apalah juga tetapi ini dipasang pada hari Khamis dan dibuka pada hari Isnin. Merewanglah dan macam2 lagi alasan.



 
Tong ini diletakan ditepi tanah reserve jalan.






9 comments:

Unknown said...

selamat malam kakzai, kena banyak bersabar dengan jiran yang macam ni, mudhan ALLAH lembutkan hati nya lepas ni kan, kita hanya mampu berdoa je..

NEKCIK said...

Iyalah Zai..takkan seberang jalan pun dia punya kan..mmg pening klau berjiran dgn spesies camni...biarkanlah. .sambil buat solat hajat untuk diberikan hidayah padanya..insyaallah

sweetie said...

Di mana-mana taman perumahan, mesti adalah spesis mcm tu. BERANInya anak lelaki dia nak langgar kak Zai... mmg kurang ajarlah tu.

paridah said...

HMM JIRAN GINI XLAYAK DPT TARAF JIRAN YG BAIK N DIANGGAP SDRA SEPATUTNYA...DOA SELALU N KIRIMKAN HADIAH FATIHAH AGAR LEMBUT HATINYA..INSYA ALLAH.

saniahibrahim said...

susahnya ada jiran hati dengki macam tu ,harap kak zai bertabahlah,mudah2an lembutlah hati mereka satu hari nanti.

Normala Saad said...

Jiran sebegini memang ada dimana-mana, agak malang org mcm kita pula yg selalu terkena. Di perumahan saya pasal sikap suka buang sisa basuhan harian dan sisa kumbahan yang tersumbat dalam longkang. Bau masam macam taik kucing. Mcm nak meletup hidung dan dada. Boleh buat selamba ja...

Jari Manis said...

ya ampun pening betul daat jiram mcm ni..pentingkan diri...hanya doa sahajaagar beliau berubah

QASEEH HATIKU QASEEH said...

mslh jiran punya perangai..mmg mana2 pun ada..masalah saya..satu jiran sy ada kucing..ajar kucing x membuang dalam rumah dia tp kucing2 tu berak d pasu2 bunga saya dan blkg rumah sy..ssb blkg rumah jiran tu tak ada tanah dah ful simen..satu lg jiran sy renovate rumah..extend ke blkg atas bwh..tp blm siap da masuk 2 yrs..mslh nya..bumbung zink rmh yg d extend tu da te cabut..byg kan da 2 yrs ni zink tu berkibar2 di hempas2 angin..boel byg kan bunyik bising tu mcm mn..terkini zink tu da nak tercabut separuh da terjuntai2 nak jatuh..tp boel plk jiran tu buat tak tau..bising siang mlm bila ada angin berdentum2 bunyi zink tu..ada jiran sanagt bagus..boleh pulak buat kandang ayam besar2an d tanah reserve tepi rumah dia..tau la dia corner..tp piara ayam kampung byk2 tu buat apa..bauk taik ayam rmh aku seblah rumah dia..da anjing dia byk..bauk anjing lg satu hal..aduinaaa..semoga aku dikurniakan kesabaran yang maha tinggi..aku berdoa semoga jiran aku piara ayam tu pindah balik kampung..dia tak sesuai tinggal dlm taman perumahan mcm ni..hobi dia tak sesuai sangattttt

OKje said...

Sabarlah kak Zai.....moga doa kak Zai termakbul hendaknya. Biarlah org buat jahat pun tp kita balas baik jer....insyaallah lama lama dia akan sedar.