Tuesday, January 27, 2015

R&R Gua Musang.

Assalammualaikum...

R&R Gua Musang adalah tempat yang selasa untuk singgah jika pergi ke Pantai Timur. Disediakan surau, tandas, food court dan parking yang luas. Banyak kedai makan yang menjual makanan pilihan. Ada makanan barat dan kampung. Sangat selesa cuma disitu tidak boleh membawa makanan dari luar.

Kadang2 ada juga ibu2 yang membawa bekal untuk dimakan ditengah jalan. Saya pernah nampak ada keluarga yang makan didalam kereta gara2 dilarang membawa makanan ke dalam food court. Kesian juga dengan anak2 yang masih kecil.

Gerai no 2 menjual berbagai jenis mee. Saya suka makan mee sup dia. Disediakan dalam mangkuk yang besar. Tapi mee yang dihidangkan terlalu sedikit. Terkilan jugalah dengan harga yang dijual.

My hubby cakap jangan banyak complaint kalau rasa tak berbaloi beli aje makanan lain atau jangan beli langsung huhu....










10 comments:

Irfa said...

SELESA JUGAKLAH
PNH SGGAH MKN SEKALI DULU
OK LAH

Azra said...

suka makan kat kedai ni ... nasik bubur die pun sedap.. tapi thn lepas harga masih RM5, skang dah RM5.80 satu mangkuk

Inani Hazwani said...

kita kurang sikit kalau mee ni. hehhe

Saniah said...

kalau balik kampung saya di johor,, selalu juga singgah R&R,, amat penting kalau nak membeli di food court kena tengok sign board dia,, pemilik kedai tu milik siapa?? kadang ada je pemilik kedai cina guna pekerja melayu,, jangan tertipu dengan pemilik kedai cina ni,, sebelum membeli tengok2 lah dulu,, :-)..

Nieda Ramly said...



Betullah ...kenal berhati2 di R&R sebab onwner bangsa lain , jurujual pakai tudung. takut bahan basah yg subahah yg digunakan saja.

Zaitun said...

Kak zai pun prihatin tentang ini. Tengok pemilik bukan penjual.

paridah said...

hmm nampak mangkuknya besar tapi meenya sikit jer..kena dua mangkuk baru kenyang ni...

:: CIKVIVA :: said...

R&R Gua Musang dah lama tak singgah..selalu singgah Hentian Gua Musang yg baru tu...sbb situ surau dia selesa..

aizamia3 said...

Kalau ke arah selatan biasanya takde nak singgah kat mana2 R&R..
Kalau ke arah utara ye.. sebab jarak antara setiap R&R tu jauh, kesian pada anak2..

Jari Manis said...

mana2 RnR pun begitu lah kak Zai..kualiti makan agak kurang dorang lebih kepada kejar untung