Thursday, January 15, 2015

Nasi Lemak Antarabangsa VS Nasi Lemak Opah.

Assalammualaikum...

Kalau dulu bila nak makan nasi lemak selalunya pergi makan nasi lemak antarabangsa Kg Baharu. Bila anak2 dah besar dah pandai memilih. Tempat tak bestlah, tak selesalah dan macam2 lagi.

Sesiapa yang biasa dengan Kg Baharu mesti faham, kawasannya agak sesak dan sempit. Banyak rumah yang susunannya agak rapat. Begitu juga gerai2 makan bersusun disetiap sudut. Pun begitu makanan disini banyak yang sedap2.

Salah satunya masuk aje pintu gerbang nak masuk Kg Baharu sebelah kanan. Kalau nak makan tengahari memang ada bermacam2 lauk sampai tak tahu nak pilih.

Sambung cerita nasi lemak lagi hehe....

Satu lagi nasi lemak yang sangat famous ada di Taipan USJ dibelajang Masjid Al- Falah section 9. Nama kedai tu Nasi Lemak Opah-Warisan Sambal Opah. Dibuka pada waktu petang sampai malam.

Nasi lemak dibungkus dengan daun pisang berharga rm1. Lauk pula pilih aje yang mana suka memang bermacam2 jenis. Kalau pergi petang orang belum ramai sangat tapi bila malam beratur panjang sampai ke tengah jalan. warga cina pun ramai yang makan kat situ. Harga...mahal sikit.
Tentu rakan2 pun ada tempat makan yang sedap2 kan.





7 comments:

Sura Mohd said...

sura pernah cuba sekali dua rasanya nasi lemak antarabangsa..tu pon masa slalu pegi KL masa anakbuah kerja kat HKL..bila dia dah transfer ...dh takde nak ke KL lagi dah.. dah tak merasa makanan2 kat sana..sura tercari2 jugak kedai nasi lemak yg sodap tp x jumpa2 lagi..nak ke usj tu cam jauh pulak rasanya kalau semata2 nak makan nasi lemak..tp kalau dh kebetulan lalu situ boleh la merasa..:)

paridah said...

di sini senang nk cari makanan yg pelbagai jenisnya sgt sedap pula.

sweetie said...

Kak Zai selalu ke pergi makan tengahari kat gerai di Kampung Baru tu... Saya pun kalau malas2 masak di rumah, selalu juga pergi makan kat situ.

Inani Hazwani said...

tak pernah try lagi nasi lemak opah tuu. boleh lah terjah pasni

Zaitun said...

Entah2 kita pernah laga bahu hehe....

Kakzakie Purvit said...

Makanan tradisi ni Kak Zai kalau sedap walau mahal pun tetap akan jadi tumpuan. Tempat kakak sini pun ada satu tempat. Dari zaman kakak anak dara sampai sekarang masih terus ramai pelanggan termasuk cina-india-org pendatang juga. Sedap!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kalau sedap kak zai.. mana ceruk pun orang carikan.. sanggup beratur panjang2 macam tu kan :)