Friday, December 19, 2014

Selamat Hari Lahir.

Salam....

Tahun 1989 lahir seorang bayi perempuan di Hospital Pusat Rawatan Islam KL (Pusrawi). Seronok sangat sebab sebelum ini sudah ada anak lelaki. Kali ini Allah anugerahkan pula seorang baby perempuan.

Membesar sebagaimana kanak2 lain. Sejak lahir dijaga oleh pembantu rumah. Sampai satu ketika slank yang digunakan macam orang seberang. Masa tu saya sangat sibuk dengan pernigaan dari pagi sampai ke malam baru balik rumah.

Seawal umur 4 tahun sudah masuk sekolah. Belajar di tadika Sri Ukay berhampiran dengan Highland Tower. Pergi dan balik diuruskan pihak sekolah. Banyak aktiviti disekolah termasuk berenang dan main piano.

Sifatnya yang tak banyak cakap, tak ramai kawan. Semasa ditadika hanya berkawan dengan seorang budak lelaki melayu yang tak pandai cakap melayu. Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah cuma ada 4 orang kawan. Sampai sekarang itulah juga rakan2 yang menjadi sahabat karibnya.

Habis SPM melanjutkan pelajaran disalah sebuah universiti dalam bidang undang2. In shaa Allah akan memegang jawatan seorang peguam tak lama lagi. Semoga dipermudahkan segala2nya.

Di kesempatan ini mama nak ucapkan selamat hari lahir buat akak. Semoga akak dipanjangkan umur, dimewahkan rezeki, suksess didunia dan diakhirat dan yang paling penting sentiasa diberkati dan dalam lindungan rahmatNya. Amin.

Happy birthday buat Syamimi Azmira dari seluruh keluarga.

Gambar paling latest semasa holiday ke Penang bersama rakan2nya.












13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Happy birthday buat anakanda Syamimi. Moga sentiasa mendapat limpahan kasih-sayang dan berbahagia selalu.

kakrose said...

Selamat hari lahir..moga anaknda Syamimi sentiasa dalam limpahan kasih sayang Allah..Amin

Acik Erna said...

Selamat hari lahir Syamimi

cahayahidupku.blogspot.my said...

Selamat hari lahir syamimi.. semoga suksess dalam kehidupan..

AMIIZAA@Mieja said...

happy birthday buat syamimi azmira, moga dipanjangkan umur dimurahkan rezki dan suksess dalam bidang yg diceburi:):)


NEKCIK said...

selamat hari lahir anaknda syamimi azmira.semuga mnjadi insan yang berbahagia di dunia dan akhirat..amiin

paridah said...

HAPPY BIRTHDAY ANAK KESAYANGAN IBU/BAPA MOGA AKN TERUS MEMBANGGAKN KELUARGA...TAHNIAH BAKAL JD LAWYER...

Nieda Ramly said...

happy birthday buat mimi

Bunda_nora said...

Selamat hari lahir kepada Shamimi...semoga sentiasa mendapat rahmat dari NYA ...aamiin

Sura Mohd said...

Selamat hari lahir buat puteri Kak Zai..semoga dipermudahkan segala urusan..dan bahagia selalu..:)

saniahibrahim said...

selamat hari lahir utk anak gadis kak zai...moga menjadi peguam yg berjaya kelak

Normala Saad said...

Selamat Hari lahir buat anak dara Zai.

Jari Manis said...

selamat hari lahir buat Syamimi Azmira