Salam...
Selepas solat maghrib semalam sekali lagi saya ke MAHA. Menolak beberapa kali tapi hubby tetap memujuk. Katanya last day selalunya banyak barang yang murah dan lelong.
Kami tidak menaiki bas khas yang disediakan tapi terus menuju ke pintu 1. Dekat dengan barang yang nak dicari. Saya tak tahu kenapa hubby beria2 mengajak.
Rupa2nya hubby nak membeli orkid lagi. Kemungkinan masa hari Sabtu kami ke Sungai Buloh untuk mencari pasu hubby nampak banyak orkid yang sama macam diMAHA tapi harganya mahal sikit.
Kalau minggu lepas harga orkid butterfly 4 pasu rm100 tapi semalam dapat 5 pasu rm100. Cuma semalam tidak banyak pilihan macam minggu lepas.
Banyak lagi barang lain yang murah termasuklah buah2an dan sebagainya.
orkid rm8
Pokok hutan rm10
Pokok hutan Rm10
Orkid Rm15
pisang kaki rm10 dapat 10biji
limau rm10 lebih 3 kilo
Syukur alhamdulillah bertambah lagilah orkid saya. Anak orkid yang dibeli minggu lepas pun belum lagi ditukar ke pasu lain.
Terima kasih dear hihi...
8 comments:
wah murahnya kakzai ,kawan2 yg pi MAHA pun sempat berposing kat orkid2 dan buah2an yang murah dan segar tu .
Zai...nampak macam orkid pinang ja tuu..
Kak Zai bagi gemuk-gemuk dan banyakkan anak orkid tu semua. Kalau dan banyak post kat kakak sini setiap satu anaknya hihi.... cantiknya:)
wah cantik sungguh butterfly tu n murah pula...zai n suami mesti bnyk borong orkid maha tu...
Saya menjenguk juga ke MAHA hari Jumaat tengahari... Teringin jugak nak beli orkid tapi tangan dah penuh dengan barang jadi tak beli pun... hajat hati nak pergi lagi Sabtu tu... tapi kensel sebab hujan.
Cantik2 pokok orkid tu kak zai.. tu yg beriye en hubby mengajak ke MAHA tu lagi..
salams akak...seronoknya dpt pergi maha.....geram tgk pokok2 tu:)
kak Zai ni mmg peminat orkid kan :-)
Post a Comment