Sesiapa yang pernah ke Bentong atau melalui jalan nak ke Pantai Timur bila lalu dekat satu kawasan ini mesti nak berhenti. Tempatnya ditepi jalan berhadapan dengan jerat cina. Gerai yang dihiasi dengan pokok2, pasu2 besar antik dan juga botol2 besar. Saya bukan nak cerita pasal kecantikan tempat ini tapi ada sesuatu yang sedap bagi sesiapa yang suka makan makanan ini.
Ini tanda mercu tempatnya.
Nampak tak deretan lemang tu. Rendang daging dan rendang ayam juga ada dijual. Di sini ada juga makanan lain seperti nasi berlauk dan kuih muih. Maknanya kalau singgah membeli lemang boleh menjamu selera sekali disini. Kedainya dibuka setiap hari cuma ditutup hari Isnin. Setiap kali saya lalu tak kira siang atau pun malam kedainya sentiasa dibuka.
Kalau tanya saya kesedapan lemang disini bagi saya two tumb up sebab sudah berpuluh2 batang lemang yang saya beli disini masuk ke dalam perut hehe...Banyak tempat yang jual lemang yang agak terkenal yang pernah saya beli tapi disini masih pilihan saya. Begitu juga dengan rasa rendangnya, memang sedap.
Saya tak ambik banyak gambar dekat kawasan dia.
Kalau sesiapa hantu lemang macam saya hehe... bolehlah singgah di tempat ini.
11 comments:
so mmmg sepanjang musim dia jual lemang ya? ni macam kat area dkt dengan arah masuk Tol Simpang Ampat dekat2 Tampin...sepanjang masa ada jual lemang..;)
makanan trasional yg dikomersialkan.
tempat pun menarik dgn deco yang cantik kawasan pun bersih
Kak Zai tak beli sekali pokok orkid itu ke? Orkid ni sekali bunga rancak tau:)
Org cerita lemang kakak cerita orkid hihi...
sedap kakzai lemang ...saya n family suka sangat ...
kak zai canteknya okid tu...
Dulu masa kak zai duduk uk selalu beli lemang pak ali. Kadang2 tak masak tapi lemang to' ki memang best.
Kakzakie ...orkid tu dia tak jual.
Ya...sepanjang musim.
Makanan pun sedap hehe...
Pernah juga lalu zai..tapi x pernah beli lemang nya tu..sedap ye zai
Lemang n rendang memang sedap la... suka yg buluh dia kecik2
tapi makchaq jarang sangat ke arah sana.. maklum la kahwin orang arah utara jugak..
susah kak zai nk cari lemang yg sedap dan lemak nampaknya to'ki adalah lemang pilihan
Post a Comment