Wednesday, September 17, 2014

Alahai...Orang Melayu.

Salam...

Melalui highway utara lepas bandar Ipoh sebuah kereta yang berada dihadapan mencampakkan sesuatu. Hubby cuba mengelak dan saya pula menjerit takut benda yang dibaling terkena cermin depan. Nasib baik ianya jatuh ke atas jalan raya. Bila nampak baru tahu benda yang dicampak keluar adalah tin minuman. Mungkin sebab kosong ianya senang melayang.

Hubby cuba memotong kereta yang dipandu dan saya sempat menjeling ke arah sebelah. Alahai...satu keluarga melayu. Rasa nak marah, sedih dan kesian. Disekolah tentunya belajar sivic, mak dan ayah takkan tak pernah ajar anak2 jangan buang sampah merata2.

Sampai Bukit Gantang banyak kereta singgah kat r&r. Berhentikan kereta menunggu kalau ada yang nak keluar. Nasib baik lepas beberapa waktu nampak satu kereta nak keluar. Bagi laluan dan pasang signal. Sebaik kereta tu berlalu bila hubby nak masuk parking tiba2 aje sebuah kereta dari belakang terus mencelah. Takkan dia tak nampak signal yang dipasang.

Nasib menyebelahi kami opposite parking pun ada kereta yang nak keluar. Kami pun parkinglah disitu. Bertemu dengan pemandu yang kurang manners hubby bagitau...parking tu dah lama saya tunggu dengan selamba dan angkuh dia jawab...kalau nak ambil balik...ambilah. Kalau dia minta maaf apa salahnya kita pun taklah marah ini tunjuk lagak pulak. Alahai orang melayu....

Masa nak keluar dari parking saya cakap dengan hubby kenapa hari ini kita jumpa orang2 macam ini, kita ada buat salah ke?
Hubby jawab...kalau kurang sivic  dan kurang iman kita pun boleh macam dia orang juga. Benda yang berlaku boleh cetuskan pergaduhan. Saya pandang muka hubby sambil angguk2.

Ini cerita hari Ahad...masa balik dari Kelantan kami singgah di r&r Bukit Besi. Sebelum ini tak pernah singgah kat sini. Sudah pukul 6 petang belum solat, walaupun buat jama' tapi takkan nak tunggu lewat sangat. Dari luar nampak ok tapi bila dah dekat sampah sana sini, agak kotor jugalah. Mula hubby nak makan ringan2 tapi saya kata jangan. Saya terus ke surau. Masuk macam biasa terus ke tempat uduk. Nak tahu apa saya jumpa? Cuba tengok gambar kat bawah. Bayangkan ditempat yang sepatutnya bersih tapi ada manusia atau tangan yang nak dipanggil apa? saya pun tak tahu.

Apa perasaan anda bila nak ambil uduk didepan mata ada najis.


Pampers yang sudah digunakan


Saya bukan nak kutuk orang melayu sebab saya sendiri pun melayu jati. Tapi kadang2 terasa malu bila menantu saya balik bila dia tengok orang kita bersikap demikian. Saya selalu bercerita Islam tu bersih maklumlah orang baru nak kenal Melayu, Islam tapi dia pun keliru sebab adanya manusia yang sedemikian rupa.


7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Realitinya begitulah Kak Zai. Sebenarnya mereka yg benar-benar mengikut syariat dan landasan Islam tak ada yg -ve. Macam kata hubby Kak Zai. Kalau ada iman semua itu tak terjadi..

IndaMarya said...

btui apa u ckp.dlm toilet awam, di plyground , atas jlnraya..evrywhere..di sek saya dok kmpen budak2 jga kbrsihan klas, canteen.jgn buang smpah rata2.tapi dpan mata kita I saw them buang smpah..geram betui

NEKCIK said...

itulah zai klau kita puji negara orang... ramai yg suruh kita migrate pulak...pada hal yg tak islam tu pembersih..bersopan santun..dari pengalaman lah..
ntah lah ye

makchaq said...

Itu yg tak faham dengan sikap sesetengah orang Islam ni.. tandas yg kotor selalunya tandas kat masjud, mesti la yg guna tu Islam..

Memang rasa nak marah sangat bila ada orang tinggal diapers yg ada berak anak dengan x digulung atas sinki/atas tutup tong sampah.. susah sangat ke nak masukkan dlm tong tu...

Nieda Ramly said...

kesian kaka zai dalam sehari macam2 yg terjadi.

kakrose said...

nampaknya kesedaran sivik orang melayu islam masih tahap menyedihkan.bukan setakat di RnR atau disurau sampah di buang merata-rata,di kawasan perumahan pun sampah harian tak boleh nak diuruskan dengan betul, puntung rokok di buang merata-rata dihalaman jiran

Jari Manis said...

mmg betul ckp kak zai tu bukan kita nk kutuk org mrlsyu tetapi biasa org yg berperangai begitu org melsyu sbb Jm pun pernah situasi spt kak zai. entahlah x fanam betul d mana dorang letsk akal pemikiran