Saturday, June 14, 2014

Limo di King's Park & Botanic Garden

Salam...

Semalan hubby call mengatakan yang dia telah selamat landed di Shanghai setelah tamat 6 hari menjalankan tugas di Tieling. Bandar Tieling agak jauh ke utara Cina dan ianya bersempadan dengan Rusia. Kata hubby lagi dia akan berada di Shanghai selama 3 hari untuk melawat bandar itu setelah penat menjalankan tugas. Terasa rugi pulak tak ikut kalau tidak boleh juga menjejakkan kaki ke Shanghai. Tapi tak apalah mungkin ada rezeki dilain hari.






Gambar diatas saya ambil masa jalan2 di King's Park, Perth. Belum pernah lagi tengok kereta sepanjang itu. Masa saya sampai dekat King's Park nampak ramai orang mengelilingi kereta itu. Ingat ada apa, bila sudah dekat rupanya kereta itu digunakan untuk membawa bride & groom. Saya diberi keizinan untuk mengambil gambar oleh salah seorang keluarga b & g, siap pelawa dekat lagi. Alhamdulillah walau dimana saya pergi selalu berjumpa dengan orang yang baik2 termasukalah bila saya nak menggunakan laman pejabat mereka untuk menunaikan solat.



5 comments:

Nieda Ramly said...

Kalau saya tak lepas peluang mengekor aja

saniahibrahim said...

assalam zaitun ,terimakasih kerana sudi singgah blog saya yg tak sepertinya

Kakzakie Purvit said...

Lain kali jgn lepas peluang kak Zai. Ikut ajelah hihi...

Kalau kita baik sebenarnya insya-allah org pun akan baik juga dgn kita kak zai. Tak hari ini mungkin pada anak kita diberinya balasan..

Bunda_nora said...

Alhamdulillah...semoga dimana2 pun kita pergi akan bertemu orang yang baik2 .

IndaMarya said...

bestnyeee. crita la lagi..