Tuesday, February 18, 2014

Minta Pendapat Atau Nasihat Dari Kawan2.

Salam...

Agak lama saya tidak mengupdate blog. Blog sudah jadi lemau tak tahu kenapa tahun 2014 ini agak malas untuk menulis. Kalau ikutkan banyak cerita dalam simpanan.

Hari ini saya nak cerita satu peristiwa dan kalau boleh saya nak minta nasihat atau cadangan dari kawan2 apa yang harus saya lakukan. Pernah berlaku satu ketika dulu kalau sesiapa yang pernah baca N3 saya bertajuk NYARIS, mengisahkan saya nak dilanggar gara2 menyiram pokok dan air siraman terkena ke kereta yang di parking dibawah pokok yang saya tanam, iaitu berdekatan dengan rumah saya.

Kali ini sekali lagi berlaku satu peristiwa yang melibatkan orang yang sama. Ceritanya begini. Semalam anak lelaki saya minta saya tolong siramkan porch sebab katanya ada air bateri. Setelah anak keluarkan kereta saya menutup gate dan mula menyiram lantai. Seorang lelaki yang saya kenali dan ibunya tiba datang terus bertanya... siapa yang punya kereta Satria. Sedia maklum dia sudah mengetahui kenapa dia masih bertanya dan kenapa tidak ke rumah orang lain saja kalau dia tidak pasti.

Disebabkan saya terpempan saya tidak terus menjawab tapi dia bersuara lagi dengan berkata Jangan nak kurang ajar dan guna otak sambil menunjukkan jari ke kepalanya sebanyak 3 kali. Selepas itu baru saya bertanya kenapa? terus dijawabnya dia LANGGAR kereta saya, (parking keretanya dibawah pokok yang sama) rasa macam terkejut sebab tak dengar ada bunyi benda yang berlanggar. Saya suruh dia beritahu sendiri pada anak saya tapi jawabnya itu anak awak. Semasa pertengkaran berlaku Mimi muncul dipintu. Setelah dia dan maknya berlalu saya sambung menyiram lantai, bila siap saya ajak Mimi untuk melihat kerosakkan kereta. Saya dan Mimi mengelilingi kereta mencari tempat yang di langgar tapi tidak ada kesan dimana2. Dari gate rumah emaknya melaung langgar dekat side mirror. Alangkah terkejutnya saya calar yang berlaku cuma sedikit garis halus besar sikit dari kuman.

Petangnya anak saya balik saya tanya ada ke dia melanggar kereta yang diparking diluar pagar. Kata anak saya bukan langgar tapi semasa dia hendak membuang abu rokok dengan tak sengaja jarinya yang memakai CINCIN tersentuh kereta. Sentuhan cincin itulah yang dikata LANGGAR.

Saya mengadu dengan hubby kalaulah mereka datang dengan memberi salam dan ajak berbincang taklah hati dan perasaan saya menjadi tertekan. Rasa malu sebab semua jiran yang berdekatan keluar dan mendengar.

Terima kasih diatas cadangan yang diberi.






9 comments:

che mid said...

Selagi terdaya..orang bagi najis kita balas dengan bunga kak...orang jenis api ni kena balas dgn air.

Niat memang nak mengajar mereka tu, tapi dengan reverse saikologi sikit..yang akhirnya mereka akan segan/takut sikit dengan akak..bagaimana caranya? akak kena fikir elok2 la ya sbb akak je yang tau tabiat dan karenah jiran akak tu..

Ke keluarga akak ni terlalu baik/berlembut sangat ..kalau ya, dah tiba masa utk bertegas kak!

Kakzakie Purvit said...

Kakak ingat N3 lama Kak Zai masa siram bunga dulu tu. Nasib Kak Zai kurang baik dpt jiran yg begitu. Tapi kalau dilayan kakak rasa bertambah buruk. Sebaiknya lihat dari keluarganya siapa yg boleh diajak berbincang. Kalau perlu ganti 'CALAR' yg tak seberapa tu gantilah Kak Zai. Mengalah bukan bererti kalah. Kakak percaya dia akan malu kalau kita bertindak lembut..

Atau memang jenis org 'tak tahu malu' memang payahlah nak berunding.

Nieda Ramly said...

sedihnya nasib yg terkena pada kak zai. ada juga org yg mcm tu dgn jiran tetangga .
mmg kita stres kalau hubungan sesama jiran tak baik.
cari rumah lain kak zai....


ummiross said...

Kak Zai..memang sukar mempunyai jiran yang buruk perangai. Harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik, harap ada diantara ahli keluarga mereka yang boleh diajak berbincang.
Jangan lupa, banyak2 berdoa ye Kak Zai, agar lembut hati mereka.



Acik Erna said...

Menang jenis tak boleh disentuh jiran zai tu..

cikmanggis said...

Sabar Zai dan doalah byk byk.Mmg ada doa untuk dpt jiran yg baik.Anggaplah ini sebagai ujian.Semoga satu hari nnt hati mereka akan lembut.

mamawana said...

Assalamualaikum

kebetulan saya pernah baca entri yg dulu tu. Hmmm....Jiran spesis ini kena sabar jer lah. Buat tahajjud sedekah alfatihah kat dia. Doa banyak2 supaya Allah swt bagi petunjuk dan kesedaran kat dia. Insya allah berkesan. Amin.

Bunda_nora said...

hati manusia ni tak sama...susah untuk diramalkan...kadang tu depan kita jer mulut manis...

Irfa said...

emm mcm sengaja nak ajak gaduh je
harap selesai dgn baik