Thursday, January 09, 2014

Immigration Oh Immigration

Salam...

Luahan tidak puas hati, perkara dan masaalah yang sama pernah berlaku dan dimasukkan dalam N3 beberapa lama dulu.

Hari Jumaat hujung bulan December saya ke Immigration untuk memperbaharui passport saya dan adik. Urusan passport saya hanya menggunakan mesin lebih kurang macam ATM. Alhamdulillah tidak menghadapi masaalah berbanding ramai pelanggan yang tidak berjaya. Kononnya IC dan cop jari ada masaalah dan akhirnya urusan terpaksa dilakukan dikaunter setelah bertungkus lumus menggunakan mesin.

Saya datang awal pagi, sampai dikaunter pertanyaan saya diberikan number untuk urusan passport adik. Pembaharuan passport adik tidak boleh menggunakan mesin sebab dia masih dibawah umur. Masa duduk menunggu saya tengok ada 10 kaunter tapi yang dibuka cuma 5 sahaja. Sudah dekat pukul 11 pagi semua kaunter dibuka, saya tanya adik, dari mana datangnya petugas, adik jawab, dari lubang cacing, memang pantas. 

Setelah semua documet diambil saya disuruh menunggu dan akan dipanggil dengan menggunakan number yang sama. Beberapa lama number saya dipanggil lagi, kali ini hanya untuk urusan pembayaran. Ingatkan selepas membayar segala urusan sudah selesai tapi saya disuruh datang semula pada waktu petang.

Tepat pukul 12 tengahari pintu sudah mula ditutup, waktu rehat mungkin lebih awal sebab hari Jumaat. Sempat saya bertanya pada petugas pukul berapa dibuka semula, jawabnya pukul 2.45 petang. Saya dan adik ke shopping mall yang berdekatan. Dekat pukul 3 petang saya kembali ke pejabat, terus masuk dan duduk dibangku yang disediakan. Salah seorang pelanggan yang duduk berhampiran menegur. Nak ambik passport ke kak, jawab saya ya. Katanya lagi kena ambik number, saya jawab bukan ke kita tunggu untuk panggil nama saja sebab pagi tadi sudah berurusan. Saya ke kaunter semula untuk mengambil number. Akhirnya passport adik siap menjelang pejabat ditutup sekali lagi.

Semasa saya mengambil number saya bertanya pada petugas, kenapa nak ambik number sekali lagi sedangkan urusannya cuma nak ambik passport yang sudah siap...jawab petugas... nak naik kapal terbang pun susah, bagus punya jawapan hehehe...Saya pula dengan selambanya jawab... bukan ke selalu di WAR2 kan segala urusan hanya mengambil masa 2 jam. Banyak mata yang menghalakan ke arah saya sambil tersenyum.


Pendapat saya kalau diringkaskan segala urusan... semasa document diambil kenapa tidak masa itu juga dilakukan pembayaran. Ini bermakna pelanggan berurusan cuma 2 kali tidak 3 kali. Serah document dan bayar selepas itu ambik passport yang sudah siap.

Kadang2 terasa ngeri bila berurusan untuk membuat passport. MALAYSIA BOLEH.


9 comments:

JunAina said...

Mana2 pejabat Imigresen memang macam tu prosedur dia kak. Saya kalau nak buat passport memang kena ambik cuti sehari. Tunggulah sampai pukul 6 petang!

Nieda Ramly said...
This comment has been removed by the author.
Nieda Ramly said...

di Imigresen Taiping lagi senang lah kalau macam tu..
ambil nombor(sekarang tak pakai borang dah)bagi ic dan pasport lama.
tunggu dipanggil utk cop jari, bayar dan tunggu utk ambil paspot yg dah siap . kalau pergi pukul 8 , pukul 11 dah siap.
jumaat sj tutup awal sbb ada solat jumaat. hari lain tak ada time break

ummiross said...

Kak Zai, ummi pun bila ingat nak buat passport memang cuak kak, macam Kakzai cerita ni lah, prosesnya 'bertingkek-tingkek', silap hari bulan, keesokan harinya kena datang balik.

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa memang dah jadi procedure mereka begitu Kak Zai. Kakak biasa buat di Kukup tidak ramai org sekejap aje dah settle. Kalau di JB memang samalah macam Kak Zai buat utk adik tu..

NEKCIK said...

Kat tempat nekcik ni alhamdulolah ok. ..cuma klau ramai tu lambat lah sikit

Acik Erna said...

Kalau datang dari jauh susah kan zai..nak ulang macam tu

Irfa said...

dah kena, kat immigresen putrajaya
penah tulis kat blog
seharian sy ber kg disitu

Mummydearie said...

Saya suka entri ni kerana selama 9 tahun berkahwin, memang terlalu kerap saya ke pejabat imigresen dan kerenahnya memang saya dah sedia maklum sangat. Nak bertekak pun dah rasa malas. Dengan layanan dan cara bekerja yang 'penuh berhemah' cubalah beritahu, siapa yang tak marah?