Salam...
Lamanya saya tak ke BSN (Bank Simpanan Nasional) ada urusan yang harus dilaksanakan. Macam big projek aje kan hehehe...Kebetulan anak lelaki saya ada kat rumah minta tolong hantarkan saya tak payahlah saya drive sorang2. Nak cari parking pun bukan senang kalau waktu pejabat selalunya kereta berderet2.
Saya masuk sorang ke dalam bank tak ramai sangat orang. Bukan macam bank yang selalu saya pergi sentiasa penuh. Kebanyakkan yang ada didalam budak2 sebaya dengan adik. Sudah tentu tujuan kami sama. Bila nak ambik nombor terpandang dua orang classmate adik, sempat berborak dan mereka bertanya khabar adik sementara menunggu giliran dipanggil.
Tujuan saya ke BSN adalah untuk mengambil nombor upu untuk kemasukkan ke pengajian tinggi buat adik. Memandangkan hubby agak sibuk saya disuruh untuk mengambilnya. Bukan susah pun cuma isi borang lepas itu bayar RM10.60. Tak lama menunggu semua urusan selesai. Petangnya cal adik bagitau saya sudah pun uruskan.
2 comments:
BSN penuh dgn budak remaja yg nak beli no Pin
Dah ambik borang upu ye Kakzai, moga adik dapat menlanjutkan pelajaran di universiti yang di ingini, moga Allah permudahkan.
Post a Comment