Monday, September 30, 2013

Orkid Hutan.

Salam...


Masa saya pergi rumah seorang kawan saya terjumpa dekat lamannya ada pokok orkid yang berbeza sedikit dari yang biasa. Kata tuan rumah orkid itu suami dia ambik dekat hutan. Dia tanam dalam tanah tidak menggunakan arang. Daunnya nipis dan panjang tidak tebal atau keras macam orkid yang biasa kita tengok. Saya cakap dengan hubby kalau pergi ke Sungai Buloh nanti saya nak cari.

Nasib memang menyebelahi saya sebab masa saya pergi ke Sungai Buloh untuk menambah koleksi orkid saya jumpa orkid itu. Saya beli dua pasu, satu warna purple dan satu lagi putih dan purple. Dalam satu tangkai bunga dia tidak banyak dan satu lagi orkid ini tidak tahan lama, dua tiga hari bunganya sudah mula layu.

Inilah dia pokok orkid hutan tu, saya sudah pindahkan ke dalam pasu. Masa beli ianya dalam polybag.


pokok orkid hutan

bunga purple


dua colour



Cantik tapi tak tahan lama.


Friday, September 27, 2013

Sudah Terantuk Baru Tengadah?

Salam Jumaat...

Saya memang respek dan tabik dengan pasangan ini, suami isteri berjawatan tinggi tapi tidak sombong dan low profile. Sibuk macamana pun mesti meluangkan masa untuk keluarga, kawan atau pun jiran. Kalau ikutkan si suami tidak banyak masa berada di dalam negara, selalu saja terbang ke seluruh dunia. Kadang2 balik cuma tukar beg dan terbang semula. Jika ada kematian atau apa saja majlis dia tetap hadir walau kadang2 bukan dirinya yang datang tapi sumbangannya. Memang boleh dibanggakan dengan sikap mereka berdua. Semoga mereka menjadi tauladan buat semua.

Yang seorang ini pula sentiasa sibuk atau sengaja menyibukkan diri. Dari dulu masa sekolah lagi bila hari raya orang seronok berkumpul dengan keluarga tapi dia sibuk menziarahi mak atau keluarga angkat. Bila sudah bekerja semua mak angkat sudah tidak ujud lagi dan ada yang sudah menjadi musuh. Sekarang nak kata berjawatan tinggi tidaklah sangat tapi macam sibuk sesangat. Tidak ada masa untuk menziarahi even untuk menalipon pun tidak ada masa.

Konon sibuk dengan kerja2 outstation itu pun hanya dalam negara, berada tersepit / berkepit ditengah2 orang berpengaruh. Tapi nampaknya diri itu sengaja ditonjolkan lebih2. Mendabik dada seolah2 macam orang2 yang berpengaruh. Sedarlah wahai insan kerdil  bila terantuk hanya orang2 yang setaraflah yang lebih memahami bukan dato', tan sri dan sebagainya. Untuk mengingatkan... jangan sudah terantuk baru tengadah.dan jangan jadi si luncai terjun dengan labu2nya.

Cubalah renung2kan jasa orang2 disekeliling anda.






Thursday, September 26, 2013

Mendadak Harganya.

Salam...

Baru2 ini saya berborak dengan seorang kawan berkenaan dengan harga rumah. Hampir semuanya tidak ada yang dianggap murah. Kalau dulu sebut rumah berharga Rm200 ribu ke atas sudah rasa besar dan selesa tapi sekarang kebanyakkannya tidak ada lagi. Sekitar harga rumah teres sekarang hampir rm400 ribu itu pun susah nak cari yang berhampiran dengan ibu kota.

Rumah yang dulunya hanya berharga tak sampai Rm100 ribu dijual dengan harga dekat Rm400 ribu. Memang terkejut dibuatnya., itu belum buat renovation lagi. Tolak campur sudah dekat setengah juta. Terfikir juga dari mana orang dapat duit beli rumah dengan harga yang begitu tinggi. Kalau diperhatikan rumah semakin banyak sudah tentu ada pembelinya.

Tidak dinafikan juga rumah sekarang bentuknya memang cantik kalau dibandingkan dengan rumah dulu tapi keluasan agak kecik. Selalunya master room saja yang besar tapi bilik yang lain muat satu katil saja. kalau ditambah dengan almari dan sebagainya memang sempit dan agak susah hendak bergerak.

Bulan lepas saya ke rumah anak buah hubby yang baru berpindah. Dari luar memang nampak cantik tapi bila saya masuk agak terkejut. Dari pintu masuk terus ke dapur nampak direct, tidak ada dinding untuk memisahkan dapur. Disebabkan terlalu lapang anak buah membina kayu untuk dijadikan pelindung. Kalau tetamu datang dia akan nampak apa yang tuan rumah lakukan didapur tanpa ada lindungan atau sekatan.

Terfikir juga bagaimana anak2 saya nanti nak beli rumah kalau sudah harga yang begitu tinggi dan susah yang ada berdekatan dengan tempat kerja. Kalau ada pun mungkin rumah pangsa atau condo yang bertingkat2. Bagi saya rumah yang sedemikian hanya sesuai buat orang muda tidak bagi orang yang sudah berumur.

Bagaimana dengan rakan2...adakah tempat tinggal sekarang sudah selesa?

Saya? masih mencari jika ada rezeki lebih.




Rindu rumah macam ini...gambar google.




Wednesday, September 25, 2013

KetentuanNya.

Salam...

Pagi semalam hujan...Bestnya rahmat pagi dari Allah lepas tu saya cakap untung tak payah siram pokok. Tak sangka air yang mencurah2 itu membuatkan sebatang sungai yang tidak begitu besar menjadi deras.

Abang sepupu saya, mak dia adik kepada mak saya manakala ayah dia pula sepupu kepada ayah saya. Ini bermakna kami dua kali bersaudara, ikut sebelah mak kami sepupu manakala sebelah ayah pula kami dua pupu. Setelah bersara awal tugas hariannya setiap hari menghantar dan mengambil isteri dari bekerja. Sebelah pagi setelah balik dari menghantar isterinya dia akan berkebun. Ada tanah reserve berhampiran dengan rumahnya dia usahakan buat kebun. Berhampiran dengan tanah tu pula ada sebatang sungai kecil tapi bila hari hujan airnya akan menjadi deras.

Nak dijadikan penyebab sepupu saya tergelincir ke dalam sungai itu, cuba berpaut pada sebatang pokok kecil tapi pokok itu pun tercabut. Mungkin sebab dia terlalu kuat berpegang membuatkan pokok tu tercabut lalu menghempap ke badannya.  Dia dihanyutkan air tanpa dapat bantuan dari sesiapa. Pukul 4 petang seorang penduduk cina yang tinggal ditaman yang sama melalui jalan sungai dan ternampak sekujur tubuh terapung didalam air. Minta bantuan dari penduduk dan polis lalu mayat diangkat ka atas. Tidak ada seorang pun yang dapat mengecam mayat sebab sudah kembung membesar disebabkan terlalu lama dalam air.

Seorang jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah sepupu saya  menjejaki ada parang dan selipar yang selalu digunakan beliau. Mereka memanggil anak beliau tapi anaknya sendiri tidak dapat mengenali ayah mereka. Polis mengarahkan anak arwah pergi menjemput mak mereka ditempat kerja. Setelah isterinya pulang barulah dapat betul2 pengesahan yang mayat tersebuat adalah suaminya.

Sudah takdirnya dia meninggal dengan cara yang demikian sedangkan dia seorang yang sihat dan aktif. Semuanya ketentuan dari Allah tak kira masih sihat atau tidak berada ditempat yang bahaya. Kalau sudah sampai masanya kita akan dijemput. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman, amin.

Al-Fatihah...






Tuesday, September 24, 2013

Brand Sama.

Salam...

Ramai yang memberi cadangan dan tunjuk ajar bila saya minta tolong macamana nak gunakan rumpai laut yang saya dapat dari menantu adik. Terima kasih banyak2 buat irfa, Nieda, JunAina, Acik Erna, Kakzakie, Cik Viva, ummiross, nyanyisunyi dan azi.

Menurut irfa dan Cik Viva seaweed boleh dibuat masker dan JunAina pula kata elok disapu pada rambut untuk mengelakkan rambut dari gugur. Manakala Nieda, Acik Erna, Kakzakie, dan nyanyisunyi pula menyarankan supaya diminum tapi lebih elok kalau ditambah dengan apa2 minuman contohnya dicampur dengan sunquick atau yoghurt. Saya ucapkan ribuan terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar yang diberikan.

.............................................



lama

Sudah dibawa lori ...bertahun2 lamanya berkhidmat, sampai masanya terpaksa dibuang. 



Digantikan dengan yang baru sama brand cuma yang ini menggunakan digital. 

Pernah sekali gunakan washing machine top loader tapi saya lebih suka gunakan front loader. Electrolux pula brand pilihan saya.  Semoga yang baru ini biarlah bertahan lama. .






Monday, September 23, 2013

Seaweed...Boleh Tolong?

Salam...

Saya tidak tahu apa nak buat dengan rumpai laut (seaweed) yang di kirimkan oleh menantu adik saya yang berasal dari Sabah. Ada terbaca dekat N3 Nieda ramli, dia menggunakan untuk rawatan kulit dan setelah beberapa kali menggunakannya ternyata keberkesanannya.


tiga warna...hijau, purple dan kuning




Saya tidak biasa menggunakan apa2 produck selain vitamin yang sudah bertahun saya makan. Apa yang saya amalkan hanyalah sentiasa berwuduk walau pun bukan waktu solat. Saya rasa air wuduk boleh menampakkan seri muka jika diamalkan selalu. Satu lagi amalan yang saya lakukan ialah setiap hari mengambil makanan tambahan seperti multivitamin dan vitamin C. Dulu masa muda ada juga buat facial tapi sekarang tidak lagi. Makeup pun hanya yang asas untuk tidak menampakkan kusam di muka tapi saya hanya menggunakan pada satu jenama.

Ada juga rakan dan jiran mencadangkan untuk memakan jamu tapi saya belum mencuba. Seingat saya jamu yang saya makan adalah yang dibuat oleh opah saya sendiri. Opah pula seorang bidan yang diikhtiraf diklinik desa. Sebenarnya takut untuk mencuba sebab sudah banyak yang terjadi sebaliknya.

Berbalik pada cerita diatas ada sekiranya kawan2 yang tahu apa nak buat dengan seaweed ini? Ada juga saya dengar boleh dibuat sup tapi saya tidak tahu caranya. Saya  juga ada mencari kebenaran khasiatnya di internet, ada yang positive dan ada yang negative.




Saturday, September 21, 2013

Coklat UK.

Salam...

Terasa nak makan manis2, buka fridge jumpa benda yang dalam gambar kat bawah ini. Terharu rasanya air mata mula bergenang. Tempohari nampak menantu masukkan coklat yang dibawanya ke dalam fridge. Ada macam2 tapi hanya ini yang tinggal, maklumlah ramai adik beradik yang datang dapatlah merasa sikit sorang.

Hubby kata tak payahlah sedih2, nanti kalau ada rezeki kita pergi sana. Saya jawab bukan sikit belanja nak ke sana kalau pergi Singapore bolehlah, cakap hari ini esok boleh pergi. Hati seorang ibu tak boleh nak sorok atau berpura2.


Saya suka coklat ini sebab ada rasa mint.


coklat





p/s: Main buai kat laman terus tertidur


 





Friday, September 20, 2013

Mekar Semula.

Salam...

Ingat tak saya pernah masukkan dalam N3 tentang pokok bunga yang saya cantas sampai botak, tinggal batang aje.. Sekarang dah subur dan berbunga semula. Dibawah pasu pokok bunga kertas tu saya tanam pokok bunga kembang pukul 9. Tak tahu nama asal bunganya tapi bila pukul 9 bunganya akan kembang dan petang sikit dah layu. Sebenarnya ada banyak warna tapi tak banyak lagi yang  berbunga.






terselit satu pasu pokok asing.


Thursday, September 19, 2013

Kenangan bila Kerinduan.

Salam...

N3 jenjalan semasa cucu balik tempohari, buat kenangan bila kerinduan.

Saya membawa cucu ke Melaka jenjalan keliling bandar lepas tu naik cruise. Dah penat kami ke Klebang menikmati coconut shake. Kami lepak dipantai, tak mandi pun cuma main air basahkan kaki aje.


Cruise Sungai Melaka


bersama grandpa

 two aunties


Pantai Klebang.



4 orang anak dan cucu

mudah2an pasangan ini juga akan dikurniakan zuriat.


Minggu berikutnya ke ICT Shah Alam. Waktu siang mandi manda di i-city waterworld dan sebelah malamnya menikmati cahaya lampu yang berwarna warni.


 buah hati saya



tertidur...kepenatan selepas mandi


Waktu malam...


bersambung....


p/s: gambar yang dihantar 2 hari selepas terbang semula ke UK.


kaya dengan senyuman







Tuesday, September 17, 2013

Kiriman dari Sahabat.

Salam...

Ribuan terima kasih saya ucapkan pada rakan2 yang sudi singgah diblog saya terutamanya yang meninggalkan comment. Buat Norhaizan Kasim, azi, suri solehah, Nieda ramly, cikmanggis, nyanyisunyi, Acik Erna, nekcik, saniah, kakzakie, ummiross dan makchaq. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas ucapan dan doa. Buat kakzakie happy belated birthday semoga diberikan kesihatan yang baik2 dan bahagia disamping keluarga.

................................


Saya tak punya dusun kalau ada pun hanya saudara mara yang tinggal dikampung. Kalau rasa tak segan bolehlah pergi bila musim buah. Tapi yang paling seronoknya setiap kali musim buah rumah saya akan ada macam2 buah. Buah2 itu sudah semestinya datang dari sahabat kami yang tinggal di Terengganu. Tengahari tadi hubby hantar balik kiriman dari cik Daud. Kebetulan seorang sahabat hubby datang ke KL untuk berkursus. Itulah sikap baik cik Daud sekeluarga sama ada hubby ke Terengganu atau sesiapa saja yang datang ke KL dia akan mengirimkan apa saja buah2an yang ada dikebunnya. Terima kasih banyak2 dan syukur alhamdulillah ditemukan sahabat yang berhati mulia.  Semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah ke atas beliau sekeluarga.


 Inilah buah2an kiriman dari cik Daud.



Buah binjai bersama duku langsat, sedap dibuat sambal.


buah sentul





Kalau beli kat pasar jarang jumpa tangkai duku langsat panjang macam ini.



Sunday, September 15, 2013

Syukur...

Salam...

N3 ini sepatutnya minggu lepas tapi disebabkan kesuntukkan masa saya tak dapat nak update. Tidak ada apa yang istimewa cuma saya nak simpan buat kenang2an.

Kawan satu office dengan hubby nak belanja kami makan sempena anak saya sekeluarga balik. Dia menempah VIP Room di Kelantan Delights yang terletak berdekatan dengan KL Sentral. Katanya senang nak berborak tanpa gangguan. Makanan telah diorder awal, bila kami sampai semuanya disajikan on the spot.

Masa last desert kawan hubby kata ada satu lagi desert tapi yang ini special sikit. Saya sememangnya tak tahu apa2. Tiba2 waiter membawa sebiji kek dan diletakan dihadapan saya. Saya betul2 terpinga2 bila anak2 dan semuanya menyanyikan lagu selamat hari jadi. Kalau ikut haribulan hari jadi saya jatuh ke esokkan harinya. Kebetulan pula isteri kawan hubby hari lahirnya lagi dua hari jadi kami sambut sama2. Speechless...hanya airmata yang keluar menggambarkan kegembiraan. Pertama kali saya menyambut hari lahir bersama cucu.


kek sumbangan dari adik

 
dua buah keluarga

anak dan menantu...seorang lagi anak lelaki tidak ada dalam gambar


Terima kasih buat Encik Khairul dan isteri Jaja dan terima kasih juga buat adik sponser kek untuk mama. Sayang semuaaa....


Friday, September 13, 2013

Hendrix Mikael is on a jetplane.

Salam...

Apa khabar rakan2 semua? rindu rasanya sebab agak lama menghilangkan diri bukan sibuk apa pun cuma sibukkan diri melayan cucu. Pagi ini baru balik dari KLIA menghantar cucu untuk terbang semula ke UK. Tak tahu nak cakap apa cuma air mata yang banyak mengalir. Tak tahu bila mereka akan pulang lagi sebab bergantung pada cuti dan ongkos anak dan menantu. Kalau pun mereka balik nanti sudah semestinya cucu saya sudah besar dari sekarang.

Balik dari airport menangis lagi tengok barang yang ditinggalkan. Air mata bertambah lebat bila masuk ke bilik mereka. Sehelai baju yang bertulis sayang saya dan hubby ditinggalkan diatas katil. Tak tahu nak menggambarkan betapa rindunya saya walaupun hanya beberapa jam ditinggalkan. Kalau boleh nak saja saya mengikut mereka balik ke sana. Pujuk hati ini kalau ada rezeki kami akan bertemu semula In Shaa Allah. Semoga cucu, anak dan menantu saya selamat sampai.


ditinggalkan diatas katil




I luv you too sayanggg.....Big kisses from grandma and grandpa.

Tuesday, September 03, 2013

Mikail on holiday...

Salam...

Terasa sunyi sebab cucu pergi holiday ke Langkawi. Macam manalah kalau mereka sudah balik nanti tentu masing2 merasa sunyi. Walaupun dia masih belum tahu apa2 tapi senyumnya sudah membuatkan kami semua bahagia.

Seronok kalau dapat ikut tapi apakan daya adik sekarang sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Hanya anak, menantu dan cucu saja yang pergi. In shaa Allah weekend ini setelah mereka balik dari sana kami sekeluarga akan pergi bercuti tapi hanya sekejap saja. Belum tahu nak ke mana, masih berbincang dan mungkin tak pergi jauh sebab masa tidak mengizinkan.


Kongsi sedikit gambar...macam anak arab hihi....









 Terima kasih...jumpa lagi.