Wednesday, July 03, 2013

Tanjung Lumpur...Ada Sata Macam Kemaman...

Salam...

Sambungan cerita Kemaman.

Ramai yang suka makan telor pindang tapi tak tahu macamana nak buat. Termasuklah saya sendiri suka makan tapi tak tahu nak buat. Kalau boleh nak belajar bila kenduri bolehlah kita beri pada tetamu... kan macam orang Johor. Nak belajar dengan kakzakie...boleh tak hehehe....

Kalau pergi ke Kemaman mesti orang akan cari sata...makanan itu memang famous kat sana. Salah seorang kenalan promote kat Tanjung Lumpur pun ada jual sata. Selepas sarapan pagi saya ke Tanjung Lumpur untuk mencari sata untuk dibawa balik. Tak banyak gerai yang menjual tapi saya bernasib baik sebab tempat yang saya beli tu sedap satanya. Satu lagi gerai yang saya jumpa dekat dengan pasar dan disitu juga ada jual keropok lekor. Saya pun beli keropok lekor untuk di berikan pada jiran dan kawan2.


 sata Tanjung Lumpur


Saya beli ini juga.

ketupat palas



Di Tanjung Lumpur juga banyak terdapat gerai ikan bakar. Masa saya pergi tu belum dibuka lagi mungkin masih awal. Selepas ke Tanjung Lumpur saya jalan2 pula ke  bandar Kuantan selepas itu teruskan perjalanan untuk pulang ke KL.
.

9 comments:

JunAina said...

Aina kenal sata masa belajar di Besut terus jatuh cinta kak. telur pindang tu nampak pernah makan belum lagi tak pernah rasa.

Acik Erna said...

Assalam zai..sama la kita peminat telur pindang..bila sebut ni pun dah terasa nak makak dah ni

Bunda_nora said...

assalam,

ketupat palas bakar ke tu?

ummiross said...

Salam Zai..

Peberet ummi sata dengan ketupat palas tu, lama tak makan.

lady lavender said...

Sedaaaapnya sata...fevret saya ni :D

azi said...

Salam Kak Zai..
Sayapun suka makan sata..kalau ada kat Pasar Malam kat tempat saya, memang saya akan beli..6 biji pun boleh saya habiskan..he..he..

Nieda Ramly said...

org pantai timur makan ketupat sbg sarapan berbanding negeri lain yg makan ketupat bila time raya saja

Lee said...

Hi Zaitun, I have never eaten this before, but sure looks delicious. And Tanjong Lumpur? Dimana tempat ni?
Have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

lady lavender said...

yang k.zai tayang tu semua fevret saya :-)