Monday, July 01, 2013

Kemaman Pula ....

Salam...

N3 yang lepas saya menceritakan tentang sebuah restoren roti naan yang sedap yang terdapat di Melaka. Ramai yang minat dan che mid bertanya tentang chicken hyderabat. Masakannya sedikit lembab, sesuai untuk dicicah dengan roti. Cubalah... kalau sesiapa yang berhajat.

Bulan Jun bulan yang agak sibuk buat saya, setiap minggu ke luar daerah. Bermula dengan minggu pertama ke Perak, minggu ke dua Melaka. Seterusnya ke Johor dan semalam minggu penutup bulan Jun ke Kemaman, Terengganu. Selepas ini saya nak rehat sebab hari Selasa atau Rabu minggu depan kita akan mula berpuasa. Bersiapa sedia untuk mengharungi bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Kalau boleh nak buat apa saja yang boleh dapat pahala sebab dibulan ini kita mudah mendapat ganjaran dan digandakan pula pahalanya. Kepada semua rakan2... mudah2an kita mampu melakukannya, Insha Allah.

Hari Sabtu saya dan hubby pergi ke Kemaman, Terengganu kerana menghadiri majlis walimatulurus anak sahabat. Saya pergi berdua dengan hubby, adik tak ikut sebab ada sukan sekolah. Minta tolong dengan menantu untuk menemankan adik. Kami bertolak pagi, alhamdulillah dalam pukul 1 tengahari kami sudah sampai ke rumah pengantin. Meriah kendurinya, makanan pun banyak dan sedap2 belaka. Masa balik kami dibekalkan dengan nasi, kari daging, kuih muih, telor pindang dan juga goodies.

 Keluar dari rumah pengantin dalam pukul 2.30 petang, kami diajak sahabat seorang lagi yang datang dari Besut untuk ke rumah bakal besannya yang tidak jauh dari rumah pengantin. Di sana pula kami dijamu dengan mihun goreng dan kuih muih. Kenyang betul perut dibuatnya. Selepas bersembang kami minta diri untuk pulang. Saya dan hubby bercadang untuk bermalam di Kuantan manakala sahabat kami meneruskan perjalanan mereka balik ke Besut.

Sampai di Kuantan kami mencari hotel yang berdekatan dengan laut tapi hampa semuanya penuh. Kalau ada pun kurang memuaskan hati. Inilah akibatnya kalau perjalanan yang tidak dirancang, terjah saja ingat banyak hotel yang kosong. Akhirnya selepas penat mencari kami menginap saja disebuah hotel yang terletak ditengah bandar.

Goodies yang saya dapat...


mangkuk kaca diisi dengan marsh melllow

apam inti kelapa

telor pindang

Telor pindang selalunya famous di Johor tapi kali ini orang Pantai Timur pulak yang hadiahkan sebagai goodies. Sebenarnya kedua2 ibubapa pengantin berasal dari Johor tapi telah menetap di Kemaman setelah bersara. Mungkin setelah sekian lama bertugas mereka lebih selesa tinggal disana

p/s: Tak ada gambar pengantin ...busy chit chat.....hehe...


10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Seronoknya kakak melihat perjalan kak zai sepanjang bulan Jun lepas. Penat tapi indah utk dikenang.

Telur pindang memang femes di Johor kak zai,.

che mid said...

Betul-betul jalan-jalan cari makan dan dapat kawan. Lepas duduk rumah dan fokus utk ibadah pula ya kak. Semoga sihat dan kuat untuk beribadah.

JunAina said...

Jalan sakan2 akak ya. Aina tak pernah makan telur pindang tu.

ibundo said...

Kpah lebih suka kalau dapat goodies yang boleh dimakan. Benda-benda lain,kadang-kadang buang macam tu je. kan membazir.

Acik Erna said...

Assalam zai.telur pindang memang suka sangat sedap

Nieda Ramly said...

BUSYNYA KAK ZAI BULAN JUN ....julai pula kena slow2 untuk ramadan pula

ummiross said...

Salam Zai..

Seronoknya Zai, kenduri-kendara di Terengganu. Betul tu Zai orang terengganu takde telur pindang, tapi ummi suka sangat telur pindang, hehe..susah nak dapat.

azi said...

Salam Kak Zai..
seronoknya akak puas jalan-jalan sebelum kedatangan ramadan..berdua pulak tu...dari utara ke selatan, lepas tu ke pantai timur pulak...dapat pulak makan best2..jeles saya tau...:)

Anonymous said...

Di Kemaman tak singgah kuala kemaman makan satar dan otak2.

Kuantan kalau musim cuti memang selalunya hotel penuh terutama hotel yang elok2lah.

Kak ani pun kalau balik ke dungun agak lambat, kami bermala di kuantan dulu baru meneruskan perjalanan ke dungun. Malam pegi ke Tanjung Lumpur makan 'sea food'.

Mak Wardah said...

Perjalanan yang sangat seronok...dah jumpa member semua memang boleh tak ingat dunia.