Hari ini saya nak cerita pasal makanan sebab tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Rasa tak elok pulak kalau nak tayang gambar makanan.
Kepada sesiapa yang teringin nak makan ABC macam ini bolehlah pergi ke foodcourt Giant Melawati. Agak susah nak cari ABC yang mempunyai pelbagai isi.
ABC Special
Kelmarin menantu saya datang ke rumah, hantar makanan ini. Saya agak pelik sebab tak pernah makan. Ada sotong yang diisi dengan pulut tapi kuah dia rasa manis. Bila saya tanya apa nama masakan ini katanya ketupat sotong. Sesiapa yang berasal dari Pantai Timur sudah tentu biasa dengan makanan ini kan.
ketupat sotong
Ini pula cekodok bawang yang saya buat versi indonesia...Selalu saya buat bulat2 tapi ada satu hari tu saya ternampak peniaga indonesia goreng cekodok berbentuk sedemikian rupa, saya pun ikutlah.
cekodok bawang
Gambar satay dan mee rebus ihsan dari google.
3 comments:
memang mengoda ABC tu...kalau tak letak aiskrim pun tak apa sbb aisnya halus.
jika makan satay, saya pun tolak kulit dan lemak.
salam zai.Kebetulan Cm tengah "angan" nak makan ABC .Bila nampak gambar abc yang Zai letak ni.Ya Allah rasa nak pi kat Giant malam-malam ni.Puas hati jika Abc tinggi menggunung ni .
Sedapnya ABC tu...mmng tergoda tengok...
Post a Comment